Wednesday, 29 August 2012

.....Syawal yang berlabuh...

Assalamualaikum...

Kehadapan pembaca2 yang disayangi serta dirindui...(nada gedikkksss....auwww)...Maaf dipinta atas keadaan blog yang agak huru hara dan sana-sini bersawang lelabah (nak bagitahu dah lama xjenguk blog secara halusnyer..)..>,< sambil tangan melibas2 ke kiri serta kanan dalam usaha membersihkan sawang lelabah sambil terbatuk tersedu2..ewahhh...

Ramadhan dah lama berlalu pergi dan Syawal pula dah hampir 2 minggu menyingkap tirai...dan semoga Ramadhan kita semua menjadi titik tolak kepada perubahan2 yang + ve dan pengakhiran kepada permulaan yang - ve baik pada diri ni atau pada diri korang semua.. semoga Syawal ini menjadi saksi kepada detik perubahan kemenangan kita mengubah landasan yang digunakan kepada landasan yang lebih baik. Fuhhh...dah macam bagi ucapan dekat majlis hari raya la pulak...

Macam mana dengan Raya korang tahun ni?..Mesti gempak dan meriah kan...Raya tahun ni  membuatkan diri ni banyak mengenang mereka-mereka yang dah tiada dan betapa beruntungnya diri ni jika dibandingkan dengan mereka2 yang ada disekeliling...kat kawasan kejiranan ni banyak jugalah peristiwa-peristiwa kematian yang berlaku sehari dua sebelum raya..Al Fatihah untuk mereka yang sudah tidak lagi bersama kita di tempat tumpangan yang sementara ni. 

Sayup takbir yang bergema membisikkan syukur yang tak putus2 dalam hati ni kerana masih punya keluarga kecil yang bahagia bersama2 meraikan kedatangan Syawal...Melihat wajah abah..mak...bangah..aih dan alif...air mata ni seakan nak berlumba-lumba turun..Ni raya terakhir diri ni sebagai orang 'bujang'..insyaallah...jika panjang jodoh...betapa aku akan mengenangi saat-saat bujang manja dan mengada-ngada ini di sepanjang hidup ni....Raya sebagai seorang isteri nanti tentunya tidak akan sama dengan raya sebagai seorang anak bujang bukan??....Mungkinkah tahun depan aku akan bertukar menjadi matang dan muke berkerut saat bersalaman dengan ahli keluarga tercinta...ohh tidakkk....besar harapan supaya perubahan yang ada nanti tidak berlawanan dengan jiwa muda serta gila yang ada sekarang...

Tapi yang bestnya..umur dah 25 tahun pun masih dapat duit raya dari mak, abah serta dari yang tersayang okies..ok xnak cakap banyak..karang jadi isu xpuas hati pulak kat sini...(pada yang berkenaan lah...) Fobia ok nak letak gambar dapat duit raya..***keterlukaan itu masih diingati hingga kini..sungguh!!

Akhir kata...dengan kerendahan hati walaupun dah terlambat..tapi xlah lambat sangat..nak ucapkan jugak Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger dan kepada sesiapa yang mengenali..Maaf dipohon andai terkasar bahasa sepanjang perkenalan indah  kita dalam dunia blogger ni...Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah..yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri...

***malam ni tadi baru lepas tengok cerita My Name Is Khan..tu pun tengok bila cerita hamper nak habes..oh ya.nak bagitahu..tadi petang masa kiter masak..poooopppppppp minyak goreng ikan meletoopp dan menyambar bahagian bibir dan dagu...ohh sangatt pijar dan pedih sekali..maka terkupas la kulit seperti kulit ubi kayu yang dikopek sebelum digoreng....tolong doakan kesembuhan patik ya kawan2.. ; )

2 comments:

  1. layan jugak my name is khan?? hehehhee.

    saya pun nak ucapkan selamat hari raya kepada awak ye.. maaf zahir dan batin sepanjang mengenali saya ni.. salah dan silap haraplah dimaafkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan ajer...nyesal xgk xtgk sedari awal...
      trima kasih byk boni...baik..da 0-0 okeyh.. :)

      Delete