Saturday, 30 June 2012

Just Sharing My PAIN

Assalamualaikum..Tujuan entri ni ku tulis adalah untuk mengongsikan kesakitan yang ku alami beberapa hari yang lepas. Kesakitan yang belum pernah dirasai. Kalau pernah pun tak pernah selama dan separah itu. Hanya mampu mengerang sakit dan terdampar macam sebuntil tepung cap kunci..sangatla sakit...sakit rahang...Malamnya xla sakit cuma semuanya bermula lepas bangun dari tidur. Pagi tu masa bergayut2 di dahan cinta tiba-tiba terasa kelainan  di rahang. Rasa sakit sangat dan bila ketap gigi..rahang tu terasa sangat sakit, keras, kejang dan sewaktu dengannya..Ingat sebab salah bantal atau apa..tapi pelik jugak kalau tersalah bantal mesti sakit leher atau tengkuk...Kesakitan yang dirasai buatkan aku tertidur sampai petang...Adoooiiiii...

Dalam pukul 6, mak alik dari kerja. dia decide nak bawak aku ke klinik selepas memomokkan aku dengan cerita kemungkinan rahang aku da terkeluar dari paksinya.cewahh..Satu cara je nak baik...dengan cara masukkan balik rahang tu ke tempat asalnya..Lalu dengan naifnya aku tanya macam mana caranya hah..caranya dengan tempeleng muka orang yang sakit..Takut gak masa dengar..takut2 berani ke aku pergi klinik tuh..Nak bercakap pun sakit seyh...

Sesampai je aku di klinik..terus bagi ic kat kaunter..Kakak tu panggil...aku pikir jugak...cepat gila turn sampai...Aku bangun g sana..tiba2 dia tanya.err adik ni cik ke puan..hadooiii....dengan muka yang kelat-kelat payau aku jawab la...cik...sepatah...nak ketap gigi xboleh sakit wooo

Akhirnya sampai lah turn aku..Fuhhh.....berpeluh dahi mengenangkan nak kena sepak...sebelum masuk klinik adik aku kata rahang ku nampak senget sebelah la..mulut herot la...Kecuutt aku bab2 xstabil atau senget sebelah nih...haih!!! Akhirnya untuk membuatkan aku tabah atas sebarang kemungkinan, Mak aku tarik jugak masuk menemani aku...Masuk2 dr tanya aku sakit apa..aku cerita la sakit rahang..Dr tu kata dia pelik sebab katanya rahang tu struktur yang kuat..mustahil boleh sakit atau cedera melainkan kalau aku bertinju, accident...bla bla bla...n jangkaan dia yang seterusnya samaada aku ketawa dengan kuat, menguap xtutup mulut atau jangkaan dia yang buat aku nak kuar je dari bilik rawatan tu...ha.x pun awk kuat mengunyah...chaittt T______T  

Mentang2 aku agak kurang lebih chubby..sesuka adik ipar anak cicit je mengata aku semacam itu...Lastly aku tanya la mengenai sakit aku ni..Dr..boleh ke sakit saya sembuh..boleh plak dia cakap mungkin xkan elok....atau mungkin elok cepat...sakit ati gua baaiii...baik xyah tanya...dapat lah aku beberapa bijik ubat yang berkaler ceria...dah 3-4 round aku telan..baru rasa perubahan..sakitku dah kurang..Alhamdulillah..kita ikhtiar tp yang menyembuhkan hanya Dia..Subhanallah.

Rahang da ok....da blh makan..senyumm..ketawa..menguap..sume boleh.Syukur alhamdulillah Pengajarannya..selain mengunyah secara ber had...menguap katup mulut....Err lagi satu..jangan terlampau bendul sangat sebab akhirnya bendul tu akan makan diri..akhirnya yang malu kita dan diri sendiri jugak..till then...happy Sunday everybody...

Bila aku sakit aku comel cam bb toink  ~_*


THANKS 4 READING

Wednesday, 27 June 2012

Irama Eow itu Indah

Assalamulaikum....

Hari ni nak share pasal haiwan peliharaan yang manjadi kesayangan kat rumah. Kesayangan aku dan seisi keluarga. Haiwan comel yang mengeluarkan bunyi auummmm...eh.tak tak..gurau k..Haiwan yang comel dengan misainya dan mengeluarkan bunyi begini...eow..eow....Bukan seekor tapi berekor-ekor ada kat rumah ni. Subur sungguh mereka..Banyak sangat..ada jugak yang dah mati. Ada yang sebab sakit, dilanggar lari (sungguh walau xdisengajakan aku xkan maafkan individu itu), sebab dah terlalu tua..yang hilang terus pun ada..Harap sangat kat sapa yang copet atau terjumpa..sayangilah kucingku itu..jangan dizalimi atau dijadikan hidangan tau!!....Sebenarnya kucing rumah ni asalnya berapa ekor je..Tapi oleh sebab mereka dah kahwin dan beranak pinak...makin bertambahlah jumlahnya..

Bila berlaku pertambahan yang mendadak ni..macam2 lah masalah datang...pasal tinjanya..sakitnya..makannye..minumnya...seekor dah sakit..habis semua sakit. Masa nak bagi makan ubat..punyelah seksa...Mungkin mereka merasakan tanganku ini seperti kayu saja gamaknya...calar balar dicakar dan digigit..sakit okey!!!

Tapi ada banyak perkara pasal haiwan kesayangan Rasulullah SAW ni yang amat menyentuh naluri manusiawiku.First...masa kita sunyi merekalah teman.Merekalah panglipur lara..Kadang-kadang kat rumah aku bercakap dengan kucing saja...Mereka pun macam faham kan....Puas pun puas sebab dapat curahkan rasa kat haiwan comel ni..mereka pendengar yang baik daripada manusia yang berpura-pura pekak masa kita perlukan telinga kita untuk mendengar.

Keduanya mereka adalah yang paling memahami saat air mata berjuntai-juntai jatuh macam tangki air yang bocor. Mereka akan mengiau2 dan menggeselkan badan dekat aku. Akan duduk diriba...dan pernah sekali tu..ada yang jilat air mataku yang jatuh berjurai-jurai kat pipi..Maha Suc Allah..besar sungguh kekuasaan Mu...Makhluk yang bukan manusia pun boleh faham kesedihan dan kepayahan saat aku memerlukan...Masih ada yang sudi mengesat dengan lidah..walau yang nak kesat guna jemari tiada..Heeee..


Lagi satu mereka suka dengar aku nyanyi sebab sore aku merdu sikit dari katak panggil ribut..;P MASA AKU NYANYI SUME SENYAP DAN MEMANDNGKU KAGUM...hAK3..Abaikan saja ayat ini..gurauan semata-mata okies..

Ada banyak lagi yang istimewanya pasal kucing sebenarnya...Kucing ni pandai sedih jugak tau...Kalau dia sedih sebab kena marah...dia akan menyendiri dan buat derk je bila kita panggil..Kalau marah teruk..ada air yang bergenang kat mata diorang...xcaya cube tengok...sumpah x tipu ni...Kat bawah ni ada beberapa gambar kucing aku...:)
















Ini saja untuk ini hari..caww..eoowww..:)

THANKS 4 READING

Sunday, 24 June 2012

DoktEr Chenta ;)

Assalamualaikum...

Hai korang..Macam mana dengan hujung minggu korang?...Adakah berjalan dengan lancar?.Kejap je dah 24 Jun kan. Hujung minggu aku berjalan dengan lancar dan agak sedikit memenatkan..Biasala kan. Lumrah kalau dah berkumpul reramai ni. Da 2 hari x on belog. Ni bawu sempat nak update.Hehehe...Kalau orang biasa hujung minggu ni santai hari kerja sibuk. Aku pulak banyak masa terluang adalah pada hari2 bekerja.. Thanks sangat untuk korang2 yang sudi follow blog ni.. Teruja plus terharu sebenarnya tengok angka bertambah hari demi hari..:) Thanks...terharu tau..Ada jugak orang yang sudi jengah laman yang xseberapa ni..blog korang pun saya da follow okies..

Nak share   sikit pasal 23 Jun yang dah lepas tu.. 23 Jun tu adalah antara hari-hari penting dalam hidup ni. Hari tu aku menemukan seorang 'doktor peribadi' yang sanggup merawat aku yang sedang dalam keparahan. (a long long  time ago).. ;) Datangnya sekaligus membawa pergi hatiku yang telah dirawatnya...Kih3...Xsangka korang....Masih wujud  mereka yang jujur dan ikhlas menerima diri ni apa adanya..(Wahh..)..Yelah manusia kan..mana ada manusia yang sempurna...Ada aje capiknya di mana-mana. Pada aku walaupun kami sama-sama saling xsempurna tapi kami saling lengkap-melengkapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing. Keserasian tu adakalanya sangatlah payah untuk dipupuk..Tapi kesabaran yang bersisa  akan meleburkan segala kepayahan yang ada.(..ajaran sesat yang percuma dari aku..;p)

Baru semalam rasanya dia aku kenali. Masih terngiang-ngiang kata-kata bujukan dan nasihat yang mengelus lembut sekeping hati yang parah. Masih ternampak-nampak kepanikannya saat aku menagih kekuatan daripadanya. Keikhlasan dan kerendahan diri buat aku terkesima mengamati kejernihan hati miliknya. Bertapa aku bersyukur kerana mempunyai seorang jururawat yang selalu merawat saat hati terluka ditoreh belati tumpul....aku ada penyokong yang kukuh saat aku hampir rebah....aku ada kawan bergaduh yang pandai menyakitkan hati yang hebad..(kutuk skett..asik poji je kan)..aku ada seorang yang bla bla bla...

Apa ntah yang aku repekkan ni korang...Masa taip entri ni sekejap terasa macam dokter cinta yang fail dapat degree...Sekejap  rasa macam pesakit mental yang terlepas dari kena karen...Apa pun 23 Jun tu adalah harinya aku berjumpa dengan dokter,jururawat..sang arjuna. Semoga apa yang ada ni berada pada landasan yang betul dan besar harapan ini agar perjalanan ini dapat diteruskan dengan tabah..Bertabah lah wahai dua keping hati..

Aku begini dia begitu..aku di sini dia di sana..dalam rindu bertemu juga..cewahh..:)



THANKS 4 READING 

Wednesday, 20 June 2012

KaSeh Suci

Assalamualaikum..haii readers....Rindu la nak menaip, bercerita, berkongsi...Hari ni aku baru balik dari melawat rumah saudara. EMm..Atuk sedara..Arwah meninggal lepas maghrib  malam tadi..Beliau meninggalkan 2 anak dan seorang isteri. Atuk tu da tua da pun,umurnya dalam 78 tahun. Meninggal kat hospital sebab sakit perut. Isteri arwah pun da agak uzur dan selalu je jatuh sakit. Tapi janji Allah, xkisah la sipa yang sakit, siapa yang dah nazak...bila janji Allah itu datang..yang sihat pun boleh pergi dulu mendahului mereka. 

Bertolak dari rumah dalam pukul 8 dan sampai di sana sekitar pukul 8.45 pagi. Xjauh mana pun...Kedatangan aku dan keluarga di sambut dengan bacaan Yasin dan dari laman rumah kelihatan keranda dan tirai yang bergantungan bagi tujuan memandikan jenazah. Desakan minda aku bila sampai aku nak sangat tengok isteri arwah. Xperlu mata melilau, penglihatan aku terus menangkap kelibatnya yang terduduk lesu di sisi jenazah. Di satu sudut kelihatan beberapa orang yang sedang sibuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk tujuan memandi serta mengkafankan jenazah. Sesekali nenek itu (isteri kepada arwah) kelihatan tersedu-sedu. Kerap juga beliau menyingkap kain yang menutupi wajah jenazah. Naluri keperempuanan aku cukup tersentuh bila melihat nenek itu tadi mengucup kasih wajah suaminya yang kaku di pembaringan. Kedengaran tetamu bercerita yang pasangan ini sememangnya pasangan bahagia yang xdapat dipisahkan..macam belangkas. Laju sahaja ingatan aku ini melayang bila terkenangkan peristiwa yang berlalu lebih 2 tahun lepas. Kedua pasangan ini asyik bergurau senda sesama sendiri dan bergelak tawa bersama-sama masa hari pekahwinan cucu lelaki mereka. Nampak bahagia sangat..

Pendengaran ni tiba-tiba tertumpu pada rintihan yang keluar dari mulut nenek tu. Awak pergi tinggalkan kita, mana lagi kita nak pergi. Kita sorang2..selalu awak saja yang jaga kita..Bila ada tetamu yang datang menenangkan nenek tu, terus terpacul dari mulut nenek itu..semalam masa arwah sakit kena tahan kat wad sepital..arwah sibuk suruh dia berehat, pergi cari makanan..Masa nenek itu sakit bermacam kelengkapan yang arwah belikan dalam usaha nak lihat nenek tu sembuh dengan cepat...Sampai ke upacara pengebumian pun, nenek itu terpaksa dipapah ke tanah perkuburan memandangkan keadaannya yang xmampu berjalan denagan stabil dan hajatnya untuk menghantar jenazah suami hingga ke tanah perkuburan. Badannya yang lesu kelihatan payah sekali mengheret kaki menuju ke kereta yang disediakan untuk di tanah perkuburan.

Melihat ada yang memandang simpati..dan xkurang juga ada yang menitiskan air mata...Mungkin kerana melihat kemanjaan dan ketulusan cinta yang terzahir menerusi gerak tubuh nenek tu. Sudahnya berakhir kisah cinta pasangan romantis ini di dunia....Bercinta hingga akhir hayat....Aku xdapat nak menganggarkan akan berapa peratus cinta nenek itu tadi pada arwah. Kerana persoalan itu terlalu payah....cinta xboleh diukur kerana nilainya adalah infiniti!!

Tulah dia cinta orang dulu2...jodohnya kerana pilihan orang tua..perkenalannya di alam petunangan, berkasihnya di alam perkahwinan...cintanya pula harum subur hingga ke akhir hayat...indahnya cinta...Aku tiang  dia penyokong..Tempang penyokong rebahlah tiang....Apa beza cinta mereka dengan cinta yang wujud hasil arus globalisasi ini..Makin laju arus globalisasi..makin laju cinta pudar dalam hati.HAri ni kahwin sebab sayang esok ditinggalkan sebab benci.. Semoga kita semua bertemu dengan teman sehati dan kekal bersamanya hinggalah nyawa tercerai dari badan..Insyaallah..

Sedangkan diri ni terlalu kasihkan awak hingga terlalu takut untuk mengakui..bimbang kasih diancam badai....Sedangkan terlalu ingin lidah menuturkan jangan pernah jemu awak bersama saya selagi darah masih sudi mengairi urat saraf dan temulang. Dan bila saat perpisahan kita hampir tiba...ingin sekali diri ini mendengar alunan kalimah Allah dari awak menyapa pendengaran ini..

Hingga hujung usia tetap bersama


THANKS 4 READING

Monday, 18 June 2012

How time Flies

Assalamualaikum...how time flies...kejap je dah hari selasa kan..Pung pang pung pang xlama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Bulan depan kan..:) Hari ni aku nak share something yang teroleng-oleng dalam mindaku sejak pagi tadi. Pasal ibu bapa...Sedar xsedar hampir 25 tahun aku bersama kedua ibu bapaku..mak abah..Pahit manis tawar maung hanyir ke..semua kami tempuh bersama-sama. Tak kiralah sama ada senang ke susah ke. Bukan sedikit luka yang ditoreh dengan luka yang ditampal plaster!! (tanda seruan sikit..)..Hopefully be recover soon..hik3..


Dari tapak kaki besar dua jari..:)
25 tahun...satu jangka masa yang lama tapi rasanya belum puas lagi aku meneguk kasih sayang mereka. Kalau korang nak tahu, aku adalah seorang anak yang sangat suka 'mengekor' mak abah (terutama mak la kan) walau ke mana aje dia orang pergi. X kisah la pegi rumah orang kahwin ke, pergi pasar basah ke, pasar tani ke, pasar malam ke, pasaraya ke, klinik ke, sepital ke..semuanya..Aku tetap nak ikut..Mungkinkah dulu masa mak preggy kan aku dia suka berjalan..pastu jatuh pulak tabiat itu kat aku...kuang3...(Gurau2..bukan salah ibu yang mengandung sebenarnya kat sini.hahaha..) Sebenarnya aku puas dapat bawakkan barang yang patut aku bawak..aku puas dapat pimpin tangan mak (kadang2..sebab mak sering xsihat). Aku dapat kepuasan dengan cara tu.. Lagipun aku suka dengar cerita mak..Walau kadang2 cerita tu ulang dengar..aku tetap jugak nak dengar.

Dulu mak pernah cakap masa jalan2 dengan aku. Dia kata kalau aku dah kahwin t aku dah xboleh ikut dia dah. Aku cakaplah..biarlah..xnak kawin dulu..xpuas pergi jalan2 dengan mak lagi. xpuas nak mengekor lagi..Sebab masa tu aku xrasa aku akan ada jodoh..Tapi alhamdulillah..berkat doa mereka jodohku hampir tiba. Insyaallah..(tekup muka kat dinding jap..sreeettt...ambil tisu..)


Terima kasih mak. Terima kasih abah..Namun begitu bukan itu yang jadi pointnya kat sini.. Aku rasa baru semalam aku masuk tadika..baru semalam aku sekolah..baru semalam..baru semalam...Tapi tiap kali aku lihat garis2 halus pada wajah mak...aku sedar..masa kian pantas berlalu..Kata mak..Cuba tengok tangan mak dah xtegang macam dulu..banyak sangat kedutnya.. Aku kata kat mak...alah ni sebab kulit kering ni...Padahal dalam hati berdetik..Lajunya masa berlalu...Bila tengok rajuk abah...terlintas di minda ni..abah ni macam budak2 je...merajuk2 bagai..Tapi jauh dalam hati..abah makin tua...hati tuanya makin sensitif dan cepat tersentuh hatta untuk benda kecil sekalipun..How time flies...

Tiba2 aku terfikir..rasa sayu bila mengenangkan masanya aku jauh dari mereka. Dan betapa makin singkat masa ini untuk aku bersama mereka. Aku xtahu la kenapa aku harus berperasaan macam ni.Betapa masa mencemburui kebiasaan ini. Melihat kesedihan rakan dan orang sekeliling yang kehilangan ibu bapa, buatkan aku rasa betapa beruntungnya aku kerana masih memiliki harta yang tiada taranya di dunia ni. Sejuk kasih mereka persis salju yang menyamankan perdu hati. Dan walaupun kadang2 nasihat yang xhenti2 umpama machine gun yang menghentam gendang telinga secara bertubi2. Aku xlari dari melakukan kesilapan..makin nak elak makin menjadi pulak.. BUT AFTER ALL, DEEP INI MY HEART I LOVE BOTH OFF THEM SO MUCH...

Mak dan Abah masa baru pulang dari tanah suci

THANKS 4 READING






Saturday, 16 June 2012

Perempuan dan Semalu

Assalamualaikum dear readers...

Hopefully semuanya sihat dan bahagia  berhujung minggu bersama keluarga. Buat mereka-mereka yang bercuti esok hari..selamat bercuti diucapkan..Israk Mikraj kan...(tak semua negeri cotii tapi negeri tumpah darahku cooti okey..). Semoga kita sama2 dapat menyerap intipati dari peristiwa perjalanan Rasullullah ini. Insyaallah..

Sebenarnya aku tertarik dengan satu bacaan yang menyapa penglihatan pada pagi ini.  Ok. Walaupun ada dia antara kita yang pernah membaca atau melihat bahan ini aku tetap nak kongsi jugak dengan korang apa yang aku baca ni. Semoga apa yang aku tuliskan kali ni akan jadi pedoman buat kita semua khususnya buat makhluk yang jantinanya perempuan..:)

Akhlak seorang wanita dengan pokok semalu. Apakah korang tahu apa kaitan antara dua ciptaan Allah ni? Dan betapa perempuan itu memiliki seindah-indah peribadi andai mereka dapat memahami kaitan antara diri mereka dan pokok semalu ni. Yup..pokok semalu yang banyak melata dekat padang, tepi rumah atau mana2 je tempat yang sesuai kat atas bumi ni..

Rasulullah SAW pernah berkata dengan puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah tentang wanita dan semalu. Tentang pengajaran yang harus diterapkan dalam diri seorang perempuan dari pokok semalu. ADA 4 PERKARA YE ADIK2..:)

1~Semalu kuncup bila disentuh~ Pengajarannya disini kaum perempuan perlu ADA perasaan malu pada tempatnya. 

2~Semalu ada duri yang tajam untuk melindunginya~ Pengajarannya pula, pertahanan yang perlu ada pada diri seorang perempuan dalam mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang yang beragama Islam.

3~Semalu mempunyai akar yang sangat kuat mencengkam bumi~ dan pengajaran yang harus diserap adalah perempuan harus mempunyai hubungan yang kuat dengan Pencipta. 

4~Semalu dengan sendirinya akan kuncup bila senja menjelang~ dan oleh itu wanita, kembalilah ke rumah bila siang melabuhkan tirainya.


Rasulullah SAW juga pernah bersabda..bahawa jika Allah ingin membinasakan seseorang itu, akan dicabut rasa malu darinya. Semoga kita bukan  dari golongan itu. Sekadar perkongsian dengan korang dalam usaha memperbaiki diri.Semoga sikit sebanyak perkongsian ni jadi panduan dan pengajaran buat kita semua. Ketidaksempurnaan aku memakukan mata pada artikel ni tadi. Kalau ada kekurangan aku dahului dengan ucapan maaf. Yang buruk itu datang dari aku sendiri, yang baik itu datang dari Ya Rabb..


be like this girl.. :)

THANKS 4 READING THIS




Friday, 15 June 2012

TWin2...:)

Assalamualaikum..:) Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan Allah hendaknya. Terasa macam nak demam aje ni.. Lepas tertelan panadol yang besar gajah tu terus tangan ni terasa rindu pulak nak menaip..hehehe....**mungkinkah aku salah makan ubat ni**

Sebenarnya aku teringin nak menaip entri pasal kembar kali ni.. Terlalu banyak bukti kebesaran Allah dan salah satunya adalah dengan kelahiran kembar. Bayangkanlah bagaimana seorang ibu itu membawa lebih dari satu janin dari dalam rahimnya.Bukankah itu satu yang menakjubkan?. Tapi tak ada apa yang mustahil dalam hidup ni jika Allah berkehendakkannya...KUNFAYAKUN...Dan apabila Allah itu berkata jadi maka jadilah..Sesungguhnya tiada apa yang berlaku di dunia ini di luar dari lingkungan kekuasaanNYA. 

Aku xingin bicara aspek kelahiran kembar ini dari sudut saintifik tapi aku mahu bicara mengenainya dari sudut pandangan aku yang sememangnya amat-amat mengagumi kelahiran kembar ini. Tambahan pula ada seorang sahabat lama berjaya melahirkan dua orang anak kembar. Ya Allah...comelnya mereka...Sama je muka dia orang. Rasa nak cobit je pipi yang merah dan gebu tu...

Tapi fakta mengatakan kelahiran kembar ni selalunya terjadi jika ada genetik ibu bapa yang pernah ada kelahiran kembar.Bermaksud jika adanya pasangan kembar dari keturunan sebelah ibu atau bapa, maka potensi untuk mendapat anak kembar adalah lebih cerah. Namun, tiada apa yang mustahil jika Allah mengizinkan segalanya berlaku bukan. Mak pernah bercerita ada sorang kawan dia tu xada keturunan kembar baik dari sebelah dia atau en suami. Tapi dia memang nak sangat anak kembar. Satu hari tu, dia buat pemeriksaan kat hospital..yang mengejutkan..doktor sahkan dia mengandung kembar.. Dia terus pengsan masa tu.. Nah..bukankah tiada yang mustahil jika Allah berkehendakkan sesuatu terjadi? :)

Nak share jugak gambar kembar kita ni..seiras x.:) 


THANKS 4 READING THIS