Friday 15 June 2012

TWin2...:)

Assalamualaikum..:) Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan Allah hendaknya. Terasa macam nak demam aje ni.. Lepas tertelan panadol yang besar gajah tu terus tangan ni terasa rindu pulak nak menaip..hehehe....**mungkinkah aku salah makan ubat ni**

Sebenarnya aku teringin nak menaip entri pasal kembar kali ni.. Terlalu banyak bukti kebesaran Allah dan salah satunya adalah dengan kelahiran kembar. Bayangkanlah bagaimana seorang ibu itu membawa lebih dari satu janin dari dalam rahimnya.Bukankah itu satu yang menakjubkan?. Tapi tak ada apa yang mustahil dalam hidup ni jika Allah berkehendakkannya...KUNFAYAKUN...Dan apabila Allah itu berkata jadi maka jadilah..Sesungguhnya tiada apa yang berlaku di dunia ini di luar dari lingkungan kekuasaanNYA. 

Aku xingin bicara aspek kelahiran kembar ini dari sudut saintifik tapi aku mahu bicara mengenainya dari sudut pandangan aku yang sememangnya amat-amat mengagumi kelahiran kembar ini. Tambahan pula ada seorang sahabat lama berjaya melahirkan dua orang anak kembar. Ya Allah...comelnya mereka...Sama je muka dia orang. Rasa nak cobit je pipi yang merah dan gebu tu...

Tapi fakta mengatakan kelahiran kembar ni selalunya terjadi jika ada genetik ibu bapa yang pernah ada kelahiran kembar.Bermaksud jika adanya pasangan kembar dari keturunan sebelah ibu atau bapa, maka potensi untuk mendapat anak kembar adalah lebih cerah. Namun, tiada apa yang mustahil jika Allah mengizinkan segalanya berlaku bukan. Mak pernah bercerita ada sorang kawan dia tu xada keturunan kembar baik dari sebelah dia atau en suami. Tapi dia memang nak sangat anak kembar. Satu hari tu, dia buat pemeriksaan kat hospital..yang mengejutkan..doktor sahkan dia mengandung kembar.. Dia terus pengsan masa tu.. Nah..bukankah tiada yang mustahil jika Allah berkehendakkan sesuatu terjadi? :)

Nak share jugak gambar kembar kita ni..seiras x.:) 


THANKS 4 READING THIS

2 comments:

  1. Kun Fayakun, apapun Allah boleh buat sekelip mata, kan?subhanallah...

    ReplyDelete
  2. nampaknya Allah telah mengabulkan permintaan kawan mak tu kan.. alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete