Tuesday 12 June 2012

KERTAS GULUNG BUAT ABAH

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...



Tiba2 datang idea nak hapdate blog dikala malam  bulan gerhana ni...Bila bulan gerhana aku datang rajin menggodek papan kekunci pc ni. walawee...Tengok litle bro menggosok baju seragamnya tuk majlis anugerah cemerlang esok sesungguhnya menggamit nostalgia silam aku masa zaman form 6 dulu. Lil bro aku esok dengarnya akan ambil 4 anugerah esok...Mak abah datang sekolah tuk menyaksikan detik-detik yang membanggakan tu..:) Tahniah aih..

Jom flashback sikit masa zaman2 kegemilangan aku dulu...Memulakan persekolahan aku kat kampung...menengah atas diluar daerah Port Dickson...dan tingkatan 6 dalam daerah Seremban...Sekolah aku masa tingkatan 6 tu sebelah ladang getah.Depannya pulak kuil..Majoriti sekolah adalah bukan melayu...

Lets go to the point...masa tingkatan 5 dulu dengan keputusan SPM yang xberapa memberansangkan..terasa bumi yang berputar ni menghempap kepala..Berat sangat..dengan keputusan matapelajaran sains tulen aku yang macam tahik..selalu je buat aku meniskan air mata..Institusi mana yang mahu terima aku dengan result yang amboi amboi ni...Nasib lah pelajaran teras aku keputusannya agak memberansangkan.Lantas aku hayunkan langkah kaki ini ke tingkatan 6. Yup tingkatan 6..pra universiti..Aku bulatkan tekad...untuk berjuang sehabis daya..Aku kerahkan tenaga untuk menghadapi pertempuran besar dengan tujuan mendapatkan tiket untuk menjejakkan kaki ke menara gading..Bukan senang nak loloskan diri ke sana tanpa azam yang jitu.

2 tahun di sana...aku jumpa dengan kawan-kawan. Di situ kita kenal sapa kawan sapa lawan..Sebab aku skema masa tu aku dipulaukan...Tengok aku bukak buku semua berbisik sesama sendiri...Tengok aku dapat markah tinggi dalam peperiksaan...ada saja kata belakang yang mengatakan markahku tinggi sebab cikgu bagi soalan peperksaan dekat aku..hey ppl..dapat x anda rasakan bagaimana hati aku masa tu?..cikgu pernah berkata...kaum minoriti menganggap tingkatan 6 ini sebagai lombong emas untuk ke universiti...tapi sayang..kaum sejenis aku pulak anggap tingkatan 6 ni sebagai tempat yang nak dituju sebab xdapat tawaran lain...tolong..ubahkan tanggapan anda...

Penghujung tahun sebelum nak ambil STPM...nama aku naik untuk dapat anugerah pelajar cemerlang dalam subjek dan pelajar cemerlang dalam tingkatan...Ya Allah..gigilnya kaki aku nak dapat habuan untuk usaha aku yang dipandang enteng kawan-kawan...dan masa tu mak tak pergi pun   hari anugerah cemerlang aku..beliau bekerja. Bila aku utarakan kat abah pulak..abah xberjanji...katanya tengoklah dulu. Kalau sempat abah datang...aku jernihkan hati..xapalah...asal diorang tahu...sedangkan dalam hati bertapa aku nak mereka hadir tengok kejayaan aku...kejayaan yang xpernah aku kecap sepanjang zaman persekolahan aku..

Dan bila tiba hari dan waktu yang dijanjikan...masa nama ku dipanggil...aku aturkan langkah secermat yang mungkin untuk terima hadiah kat atas pentas dan sebelum aku sambut hadiah yang dihulur aku pandang belakang..Aku nampak abah berdiri sambil tersenyum memandangku dengan uniform TNBnya..dan itulah anugerah yang tak ternilai sebenarnya untuk segala perih aku...ya..abah berdiri..tersenyum bangga aku kira sambil bertepuk tangan...Terus terukir senyum meleret di wajahku sambil tangan menyambut anugerah dari pengetua.

Benarlah kata orang. Ayah adalah lah orangnya yang akan berdiri,tersenyum dan bertepuk tangan saat kejayaan datang menyapa kepada anaknya ini..Memang bahagia rasa hidup kalau orang tersayang hadir menyaksikan kejayaan meskipun itu hanya satu kejayaan kecil...


THANKS 4 READING THIS


                  




No comments:

Post a Comment