Assalamualaikum...sepi sungguh hari ini....ada dua kehilangan makhluk Allah yang comel hari ni..hanya sayu mengisi ruang-ruang yang mereka tinggalkan..ya.datang mereka berdua...pergi mereka pun berdua..aku yang menemui jasad kaku yang comel itu di dalam gulungan tikar tepi bilik awal pagi tadi..dah kaku dan sejuk sungguh tidak sepanas kali terakhir aku memegang mereka.
Dua hari lepas aku masukkan dua makhluk ini dalam sangkar dan aku usung ke klinik vaterinar yang berdekatan.. Dapatlah ubat dua jenis..diberi tanpa memeriksa keadaan mereka..hanya komen menyakitkan yang diperolehi...DAH KURUS SANGAT.. Tu aje...tanpa periksa suhu badan atau paling tidak periksa mata atau bulu mereka..Ya...makhluk ini terlampau kurus..datang mereka beberapa bulan yang lepas...seakan memenuhi keinginan mak yang terlalu mahukan kucing yang berwarna oren. Didatangkan oleh Allah sepasang..Dua-dua kaler oren...Tapi selayaknya anak yang tidak beribu...hidupnya hanya menumpang susu pada 3 ekor ibu kucing yang kami ada. Mujur ibu-ibu haiwan yang terlalu murni hatinya ini tidak kisah untuk membelai..memanjai dan tidak lokek menghulurkan susu seteguk dua buat mengisi keinginan lapar mereka. selebihnya mereka menumpang makan nasi peliharaan kami yang lain.
Tapi hari demi hari tubuh mereka makin kurus...susu haiwan dah kami beri, vitamin, antibiotik segala seakan tidak membantu.... tubuh lemah mereka tetap begitu...kurus...mata yang dulu bersinar kini makin kelam sinarnya...menjentik sayu pada jiwa yang melihatnya..semalam kali akhir najis mereka aku cucikan. Masa tu dah nak berbuka puasa..Tapi pagi ni dua mereka aku temui mati di luar rumah...berhampiran tingkap kamar ku...Ya Allah...sudah sampai janjiMu...sampai ketika ini sahaja waktu yang ada untuk aku merawat mereka..meski kerenah mereka yang gemar mencuri makanan yang ada selalu saja menaikkan darah..tapi sesungguhnya sayang pada mereka tetap ada. Mereka ada tempat di hati ini...Sayu hati masa mengutip jasad kaku mereka...Berehatlah sayang...Dia pinjam kamu buat aku...sampai masa kini pemberianNya diambil kembali...semoga kamu bahagia disisiNya...
Terima kasih sayang kerana datang seketika memenuhi keinginan bonda..terima kasih kerana memilih rumah kami untuk berlindung...terima kasih untuk kasih sayang yang suci untuk kami rasa..terima kasih..terima kasih..amanlah kamu disisiNya sayang...Sesungguhnya hanya Dia Penjaga yang maha sempurna..