Tuesday, 30 October 2012

Malang tu Memang Xda Bau

Assalamualaikum beloved readers...

MAcam mana ari ni? sihatkah?..atau bertambah2 sihat macam ida? ;) ....harap korang semua sihat2 n happy dengan persekitaran masing2...pada yang bekerja...selamat menjalankan tugas masing2...macam ayat org dalam radio lah pulaks..even ari ni hari kelima raya Haji, harap xterlewat bagi ida nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua kawan2 blogger...

Hei korang...ida ada cerita nak diceritakan nih...pasal malam tadi punyer cerita...disebabkan HAri Lahir Abah ida jatuh pada tanggal 25 OKt...jadi kitaorang xdapatlah nak sambut sebab kan masa tu dah nak raya Haji kan...(kitaorang lau sambut besday ahli keluarga dengan cara makan reramai aje..kumpul reramai..burak2..gurau2...makan2..)..

Malam tadi barulah kitaorang keluar nak makan ramai2 satu family sempena buzday abah yang dah lepas...Tempat pilihan yang kitaorang selalu pergi tu nak dijadikan cerita tutup lah pulak..Mak terpancarlah kesuraman diwajah masing2...Abah ida decide pergi je makan kat kedai yang lain...

Alkisahnya pun bermula...

Kedainya dekat dengan laut..kira seberang jalan kedai tu ada laut....hiasan dalaman kedai tu memang menariklah..ada keluk2 yang tersembunyi n sesuai tuk golongan2 yang mahukan privasi...ada air terjun kat tengah2 kedai....sebab dah lapar sangat semua decide nak makan benda yang sama sebab nak cepatkan...pastu ramai pulak customer yang belom dapat makan lagi...Ida dan abah order nasi  goreng biasa n mak dgn 3 adik laki ida order nasi goreng thai...adalah jugak order hidangan lain...tomyam campur, siakap sweet sour dengan kerang bakar...After setengah jam...siaplah nasi gorengnya...Mula2 terkejut jugak bila dapat nasi goreng biasa tuh...ni nasik goreng ke nasi kicap...tapi ida tabahkan jugak hati habiskan nasik goreng tuh...MAk bagi rasa nasi goreng thai dia....tawarnya...xda rasa apa langsungg...Tapi Alhamdulillah sebab lapar habis jugak nasi2 goreng kami...dah nak abis makan  baru sampai hidangan len...ida dengan semangatnya terus ambil sudu nak hirup tomyam...pergghhh...bila masuk je dalam mulut....Alamakkk...manisnya tomyam ni...xda rasa masam langsung..mmg xblh tekak ida nak terima rasa tomyam yang sebegitu...ida paksa tapi gagal...akhirnya terbuang 2 mangkuk tomyam...mmg membazir..ikan sweet sour pulak mentah n kuahnya melimpah ruah...kerang bakar tu mgkin sbb dibakar kot..kalau x maunya kerang lari dari periuk yg memasak kan mereka...haih!!!totalnya lebih kurang 120 MYR...xberbaloi langsung...



**ni ida dengan adik punyer kerja...alhamdulillah...kami makan juga...tapi ida xkan masuk kedai tu lagi..sumpah!!!

Akhirnya kitaorang pun balik dari makan dan dipertengahan perjalanan..jeng3... tetiba bahagian depan kereta berasap2 dengan jayanya..rupanya abah lupa nak tutup penutup tangki air dalam kereta lepas check kereta sebelum bertolak tadi..LAma jugaklah ida dan keluarga terperangkap kat tepi hutan...ngeri gak lah....sebab kena tunggu la dulu tangki sejuk kit sebelum curah air yang baru...Nasib kan....huhuhu..Lama jugak tersadai n gerak balik semula lepas keadaan terkawal....Sudahlah makan makanan yang mengerikan rasanya...kereta pulak tunjuk asap masa dalam perjalanan nak balik. Adehhhh...

Pengajaran dalam cerita ni...keindahan kedai xmenjanjikan kelazatan makanannya..biar makan kat warung asalkan makanannya dapat diterima tekak dan kita puas hati pula...n last...jangan lupa tutup penutup tangki air kereta kalau tak mau tersadai di tepi jalan dalam keadaan kereta yang berasap macam ida...hik3...(Abah janji kami tetap akan pergi makan kat tempat paberet kami yang tutup tu dalam masa terdekat ni...hik3...ternampak2 dah lambaian sotong goreng tepung yang lazat serta mengiurkan kat sana..hehehe)..tu je nak hentak...le kali ida update lagi..daaa..

THANKS 4 READING

Wednesday, 24 October 2012

LEMAK

Assalamualaikum....

Maaf sangat2 sebab xupdate blog, blogwalking....banyak sangat benda yang jadik sampai kiter takut nak update. Takot terbawa2 dengan perasaan...Nanti korang boring baca :) Aceli teringin pulak nak bahasa diri ida tuk korang..Acaner?? Boleh ke idak..??? Kalau boleh sila angguk 3x..kalau x..sila angkat kaki masing2.. ;)

Ida gigih la kali ni...nak susutkan badan...lagi 2 bulan je ader masa..sempat ke idak ni...Nafsu makan makin menggebu2 la sekarang...susah gila nak kawal..berselera aje bila nampak makanan...nak aje makan...darah manis kah???? mmg terasa gila badan nih naik...peha..lengan..perut...owhh..makin comel la rasanya...takot pulak baju kawen xmuat nanti...ada satu malam mak cucuk perut...dia kata kawal la makan tu sikit..(masih halus cara peringatan itu)..Baru2 ni ada la 2-3 orang saudara dan kenalan menegur..wah..sihat kau sekarang!!! pergghh....lantas dalam senyuman meleret yang penuh kebisaan ida pown menjawab...ni semua lambang kemewahan..padahal dalam ati..MAK XRELA NOKKK...!!!

Lantas atas kesedaran yang terbit di pinggir kolbu..try jugak la search petua nak kempis kan perut..pecah lemak segala...Akhirnya ida putuskan ank try satu petua ni..Minum air campuran HALIA+MADU+LIMAU+AiR SUAM...not bad la rasanya..sedap juga...kalau ida kata berkesan kang nampak beno nipunya..baru je sekali minum...

ni bahan2 yang ida guna...ihsan Mr google..;) Harap2 campuran sumber alam ni berkesan kat ida.Insyaallah..dapat susut sikit pun jadilahhh....




ADa yang ida baca minum air teh ijo atau teh cina...yg ni ida penah minum sekali je..:p xsodap...sbb da biasa minum tea harus la ala2 kaler perang gtu...byk songeh kan minah ni..

Korang ada x apa2 petua yang berkesan nak pecahkan lemak..susutkan badan..atau yang seangkatan dgnnya...meh la share..:)

THANKS 4 READING :)

Tuesday, 16 October 2012

Stop It!!

Assalamualaikum...

Sebenarnya dari sekolah rendah lagi dah naik tuli telinga ni disogokkan dengan cerita pasal pak cik2 miang keladi yang kebanyakannya dah beristeri mengganggu isteri2 orang anak dara janda atau apa je lah yang namanya perempuan secara seksual. Yang menyedihkan...ada yang dilakukan oleh Pak Haji yang baru sahaja pulang dari tanah suci. (memang memalukan...) Apatah lagi sifat kebinatangan itu dilakukkan dan ditonton orang ramai yang datang menziarahi kematian di rumah berdekatan.

Baru2 ni pulak peristiwa gangguan kebinatangan ini kembali menusuk pendengaran..Kali ini dilakukan oleh orang yang berlainan kepada pekerja pasar. Tapi yang bagusnya kali ini bila gangguan seksual itu dilakukan, pekerja pasar itu tadi terus menyimpah air yang digunakan untuk menjirus ikan2 tadi ke muka si pelaku. Nahh...Memalukan sungguh bukan...Tapi rasanya itu masih belum cukup buat si pelaku...Alangkah nikmat kalau si mangsa menyepak muka si pelaku secara berkali2 hingga pengsan..dan menghempuk muka si pelaku dengan ikan busuk..Biar pengsan masa tu jugak..

Secara peribadinya di situasi2 yang diceritakan..aku mengenali si pelaku yang mana kedua2nya dah bercucu pun.. Dah tua2 tapi masih gagal memenuhi tuntutan akhlak yang terpuji.. Dapat aku bayangkan tingkat malu yang ditanggung oleh isteri, anak dan cucu si lelaki tadi bahana palitan  najis yang dipalitkan oleh si pelaku tadi . Si miang keladi ni kalau pandang perempuan macam perempuan yang ada kat depan mereka ni xda seurat benang..xkisahlah samaada perempuan yang dipandang tu bertudung atau x. 

Mungkin ni hanya picisan dari cerita gangguan seksual yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari. Ni yang aku nampak..yang aku tahu. Mungkin ada yang lebih dasyat dari ni..Itu aku percaya...Percaya aku, gangguaan bodoh ini xakan menyebabkan wanita merasakan bahawa diri mereka dihargai, tetapi akan menyebabkan mereka merasakan diri tidak dihormati apatah lagi dihargai. Jangan merendahkan martabat kaum wanita dengan sifat2 kebinatangan ini. Gurauan juga boleh dikira sebagai gangguan seksual tanpa kita menyedarinya.. Ini boleh terjadi jika gurau senda yang mengandungi unsur2 lucah mengganggu perasaan dan emosi si mangsa. 

Dan buat kaum perempuan, selamat Melindungi diri daripada si pelaku yang mungkin bertebaran mencari mangsa di luar sana..dan buat kaum lelaki yang budiman...jika anda terlihat perbuatan seperti ini berlaku di depan mata anda.ambillah langkah yang bijak...tunjukkan sikap gentleman anda dengan menjadi penyelamat/super hero..(cewaahhh...)

Tolong hormati wanita sebagai makhluk Allah yang indah ciptaannya..berhenti dari melihat wanita sebagai objek yang yang memberahikan semata2..


THANKS 4  READING



Friday, 12 October 2012

Dia Asiah si Ratu Syahadah...

Assalamualaikum...

Salam Jumaat..semoga kita semua dilimpahi rahmat olehNya di hari yang menjadi penghulu buat segala hari ini..:) 

Sempena hari jumaat ni...pendengaran ni terngiang2 dek alunan merdu lirik ratu syahadah.. Xbanyak yang aku tahu mengenai wanita unggul yang menjadi inspirasi dalam lagu tu..Yang aku tahu...wanita itu merupakan isteri kepada Firaun, wanita yang menyelamatkan Nabi Musa, wanita yang teguh rasa kecintaannya pada Allah...wanita yang Allah janjikan istana untuknya di dalam syurga....dia adalah ASIAH...

Lantas pada petang Jumaat yang terik ni..aku usahakan meng 'google'kan diri menyoroti satu demi satu lembaran kisahnya..Makin tinggi rasa kagum pada wanita istimewa ini..menitis air mata insan jahil ini bila membaca peristiwa2 sejarah yang diceritakan...Wanita yang taat pada kedua ibu bapanya..yang pandai memujuk suami dengan kata2 bijaksananya, ibu pengasih yang menyelamatkan NAbi Musa, hamba Allah yang begitu padu rasa taqwa dan kecintaannya hinggakan dia redha diseksa dan dibunuh suami demi membuktikan kecintaan nya pada Ya Rabb...Ya Allah...

"Wahai Firaunpendirianku tidak akan berubah walau apapun yang menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa samaada aku atau engkau adalah manusia biasa.Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah"

"Wahai firaun..lakukan apa sahaja yang engkau mampu tetapi tidak dengan sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah penyataan ku..Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah"

maka dengan segala derita yang ditanggungnya maka terlahir doa dari mulut Asiah..

"YA Tuhanku, bangunlah rumah untukku di sisi Engkau, lepaskanlah aku dari Firaun perbuatannya dan lepaskanlah aku dari kaum yang dianiaya"..

Surah Al Tahrim

Doa Asiah telah diperkenankan Allah, dan diperintahkan olehNya kepada malaikat

'Sesungguhnya hambaku telah memohon padaKu agar diperkenankan permohonannya. Maka perlihatkan kepadanya gambaran kerana suaminya yang di dunia akan Aku gantikan dengan suami yang lebih baik di syurga dan istananya di dunia akan Aku gantikan dengan istana yang lebih baik baginya di dalam syurga'

dan dengan itu telah diperlihatkan oleh malaikat kepada Asiah istananya di syurga dengan izin Allah hingga tersenyum Asiah...dan ketika beliau menghadapi kematian yang menamatkan penderitaanya, beliau menghadapinya dengan senyuman...ya dengan senyuman...betapa janjinya adalah benar buat hamba2nya yang bertaqwa dan beriman...betapa setia Asiah pada syahadah yang dilafazkannya...betapa hingga akhir hayatnya hanya nama Allah yang meluncur dari bibirnya...Betapa kerdilnya aku disisinya...terkenang olehku dugaan2 yang pernah aku alami yang terkadang selalu membuatkan aku hilang arah...apalah kiranya dugaan yang aku tempuhi berbanding dengan kesengsaraan Asiah yang diancam, diseksa dan dibunuh oleh suami sendiri. Dan betapa Allah begitu bermurah hati mengkabulkan permohonan hambanya..dan betapa semua janji Allah itu benar belaka..

Aku bukan seorang ustazah...orang yang pandai memberi motivasi..bukan jua ilmuan..apatah lagi ahli fikir. Tapi aku adalah insan yang begitu mengagumi ketaqwaan dan kecintaan Asia pada agamanya dan atas rasa kagum aku soroti lembaran kisahnya untuk santapan jiwa aku sendiri dan insyaallah untuk kawan2 blogger yang membaca.

Kecintaan kita..ketaqwaan kita padaNya pula? setinggi mana pula.Kita boleh bilang kita cinta sangat dengan kekasih..suami....Cinta setinggi langit...seluas lautan..sebanyak udara yang kita perlukan..Tapi..sebanyak mana pula Cinta kita pada Ya Rabb yang memberikan kita rasa untuk mencintai itu...Terjawab x kita???




Wallahualam...

Thanks 4 Reading

Thursday, 11 October 2012

Matahari 10 Okt

Assalamualaikum...

Kenapa matahari 10 Okt...
Sebab ni ulang tahun kelahiran  my litle bro yg ke 19 tahun...
Pantasnya masa berlalu
Terasa baru semalam abah awak pergi hospital tengok adik baru...
Terasa baru semalam aku kendong dia bawak berjalan2 kat laman rumah...
Terasa baru semalam aku pintal2 kan rambut dia...
Ni yang paling jengkel sekali...ha..terasa baru semalam aku kunyah2 gula sugus tuk bagi dia makan..
Karang kalau bagi sebijik takut dia tercekik pulak..***memori sugus pink!!
kena lah kunyah sikit bagi bagi penyek semata2 nak bagi  dia makan..
berlari sama jatuh bersama bangun bersama..
suka duka jerit perih pahit getir menjadi anak Tuan Haji Nasir dan Pn Hajjah Halijah...
semua kami tempuh bersama2...
adakalanya bercakaran..adatlah adik beradik kan..
Untuk segala memory ni...
ikhlas hentakkan di keyboard pc ini menghentakkan
 Selamat hari lahir yang ke 19 tahun...
Semoga peningkatan usia ini akan mematangkan kau sebagai seorang lelaki dewasa yang matang lagi gagah..yeyehh!!!!
Untuk segala liku yang dah kau tempuh..untuk segala duri yang menusuk pedih
Non doakan agar tuah menjadi milik kau...
Jatuh berkali2 xkan sebabkan kita jatuh selamanya...
Jadikan kejatuhan itu sebagai satu kekuatan untuk kebangkitan kau di kemudian hari..

NAk tulis panjang2 takut Si faiz termuntah pulak..
Terima lah gambar yang xseberapa ni untuk tatapan pembaca belog ni..


10


9

8

7

6


5


4

3

2


1

janggggg


THANKS 4 READING








Sunday, 7 October 2012

Ketagihan Janji '',

Dalam apa jua keadaan dan situasi...dalam apa juga kesusahan..disaat kita menagih sesuatu yang sangat-sangat kita perlukan...tapi permintaan kita..amanah kita..hanya dianggap macam semilir angin lalu sahaja...Tiap2 hari kita meminta..kita menyalak bagaikan anjing menyalak bukit..tiap hari memerlukan kita memantau apa saja yang kita perlukan...samalah keadaannya macam menunggu buah muda yang masih kukuh ditangkainya untuk gugur ke bumi.

Ya  Allah..tertekannya perasaan..pendekatan apa yang kita guna still sama jugak keadaanya. Slow talk..tegas..segala yang baik2 kita dah cuba.. Dalam ruang lingkup fikiran ni..terbayang jugak..adakah maki hamun itu jalan keluar yang paling berkesan lagi baik?..macam mana pulak kalau lepas dimaki hamun..sengketa lain pula yang timbul..xpasal2 menambah musuh pulak..tu tak kira lagi perasaan mangsa maki hamun yang mungkin tergores dek kata2 kita yang macam panah-panah racun. (Berbunga2 ayat masa hati tengah sakit nih)...

Kita sibuk2 memikirkan perasaan mereka..dan adakah mereka2 yang berkaitan itu tadi memahami masalah yang wujud bila mana mereka xmenunaikan janji seperti  yang telah dipersetujui diawal pertemuan.. banyak lagi tuntutan lain yang nak dibuat selain daripada nak follow up mereka hari2...aku bukan bukan bos mereka dan ini adalah bisnes mereka..aku berkait dengan mereka semata2 hanya sebagai pelanggan..Teruk betul servis mereka...

Bila disuruh datang tengok design yang kononnya dah dibuat..terpaksa pulak menunggu hampir setengah jam..seolah2..mereka tak buat satu benda pun lagi..dan kerja mereka yang berlama-lamaan kat dalam tu hanyalah tukar gambar..nama..dengan isi telefon pun salah2..objek2 yang patut kita tukar langsung xletak...kita terpaksa bagitahu berkali2..warna pun lari...WTF!!!!!!!!!

yang kali ni pulak nak tengok design yang last..yg kononnya dah dibetulkan segala makan masa berminggu2...bila kaum lain berlumba2 untuk memenuhi citarasa pelanggan, kita kata mereka tamak..bila kaum kita yang lebih suka gunakan khidmat kaum lain dalam segala macam perkara..kita kata kaum sendiri xnak sokong, xnk guna khidmat kita...ada diskriminasi la..macam mana kita nak maju kalau asyik harap kat kaum lain...Tapi bila dah guna khidmat kaum sendiri..OMG!! memang macam macam harem la...

Tak nak salahkan sapa2..mungkin segelintir saja yang melakukan perkara2 seperti ini xkiralah dalam apa bentuk sekalipun..Tapi tolonglah...kalau anda mau jadi kaum yang maju..seiring dengan kaum lain...tolongla buat segala apa mengikut apa yang telah dipersetujui pelanggan..tepati masa...anggaplah urusan bisnes yang berjalan itu merupakan satu amanah...ikhlaskan hati dalam setiap tugas yang dilakukan..itu tanggungjawab anda..kalau anda berjaya lakukan ini dengan betul..insyaallah...anda bakal manusia berjaya..dan jangan jadi manusia yang apabila berjanji dia mungkir..dan bila diberi amanah dia khianat..tolong alihkan perspektif janji melayu dari yang negatif kepada yang positif. Supa bila mendengar ungkapan janji melayu, manusia lain akan tunduk mengaguminya..wallahualam..



Thursday, 4 October 2012

Rumah beserta dengan tangganya

Salam jumaat yang penuh berkat...:) Tup tap tup tap...da seminggu berlalu....betapa masa berlari meninggalkan kita...tinggal kita yang terhencot-hencot mengejar masa...hamboi..tragis sungguh bunyinya..dah lama rasanya xupdate entri..minggu ni minggu yang agak pack bagi aku...macam2 kena diurus...heee :) 


Cerita ni adalah salah satu daripada langkah yang harus kita lalui apabila kita mahu merancang untuk membina sebiji rumah beserta tangganya..Minggu lepas aku pergi menghadirkan diri ke kursus pra perkahwinan Islam..Matlamat asal nak pergi ke sana secara jujurnya nak dapatkan segulung sijil yang diperlukan untuk upacara nikah...uhukk...

Tapi selepas pergi ke sana...setelah menghabiskan 2 hari hujung minggu, setelah naik kematu punggung duduk dengar ceramah, lepas kebas pipi akibat ketawa..setelah puas wajah bertukar warna akibat termalu...sebenarnya..apa yang diperoleh adalah lebih daripada tu. Pengetahuan itu sebenarnya jauh  lebih berharga dari sekeping sijil.. 

Bukan mendabik dada dengan alasan dah pergi kursus tu ilmu da penuh dalam dada.. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara. Tertanya dalam diri..samaada sudah bersedia untuk menempuh alam baru yang xsemua masanya menjanjikan keindahan dan kebahagiaan. Dalam hati mula tertanya dah bersedia ke aku menerima kekurangan dia dan yang paling aku risaukan adalah samaada dia bersedia menerima kecacatan dan kekurangan aku. Masa bercinta nak batuk pun cover...dah kahwin t buatnya aku batuk terkokol2...x ke terkejut beruang  dia bila dengar.. (contohnya lah kan)...xpun masa berjumpa..makan pun sikit2..antara masuk dengan x je makanan dalam perut, nak control ayu  punya pasal..dah kawen...dengan makanan2 suami pun dibalun..ahakss....So para suami diluar sana...jangan gundah kalau isteri anda semakin comel..itu tanda mereka makan dengan baik..Lagipun setiap suap makanan yang masuk dalam mulut isteri, kan kaum suami juga yang dapat pahala...;)

Aku tertarik dengan kata-kata seorang penceramah ni..Jangan hipokrit!!!..buat apa kita nak mempamerkan perbuatan yang menidakkan itu adalah diri kita. Untuk apa kita nak gambarkan diri, berpura-pura kita seindah bidadari sedangkan xsampai satu pertiga pun kita seperti yang dipura-purakan. Ingat...andai benar dia ikhlas menerima kita...segala keburukan dan kebaikan kita dia akan terima dengan lapang hati. Tak ada apa nak ditakutkan...Yang penting...andai kita mahu berubah sekalipun..biarlah perubahan yang ingin kita lakukan itu adalah perubahan yang ikhlas yang terbit dari kerelaan hati dan kolbu kita. Kita hanya manusia biasa...xkan ada yang sempurna melainkanNya.

Semoga dengan kehadiran dia yang telah ditakdirkan untuk kita...kita akan saling lengkap melengkapi sesama sendiri. Dan pagi diri aku sendiri pula aku rusmuskan rupa, keadaan fizikal, kekurangan yang ada pada kita walau tidak  sempurna di mata orang lain barangkali akan nampak indah di mata orang yang menerima kita sepenuh hati. Mengenai kekurangan tu..biarlah dia nampak sekarang..sekurang-kurangnya kalau dia xdapat terima dan pergi..kita dalam keadaan yang masih belum ada ikatan. Kita bukan janda/duda selepas ditinggalkan.. Bagaimana pula bila sudah memegang status suami dan isteri...dia tahu kekurangan dan kejelekan kita...dia xdapat terima..lantas kita ditinggalkan. Xrugi bercinta selepas kahwin kalu kita rasa perkenalan kita dengan dia singkat...xlama macam pasangan lain..Insyaallah..Allah sendiri akan tanam rasa kecintaan itu dalam diri pasangan..Sama2 kita renung-renungkan.

Sesungguhnya segala apa yang ditulis hanya merupakan pendapat penulis semata-mata. Segala kekurangan harap dimaafkan. Janggal sangat rasanya menulis bab2 macam ni..heee..Mula2 semangat nak cerita..api ni je yang mampu nak dikongsikan..:)

**Banyak kali dalam kursus tu den kena bahan. Paling xboleh bla..penceramah tu bertanya kat aku panggil mr fiancée dengan panggilan apa. Dan apa pulak perasaan aku bila en fiancee panggil aku dengan panggilan anje/ayang ke...aku terus ketawa dan tekup muka. Rasa nak larik balik je..(xmatang sungguh aku kan.huh!!).habis satu kelas gelakkan aku...hohoho. Dan gara2 aku kerap dibahan...mr fiancée pun turut terlibatlah.Famous kejap dia....dah lah dia pemalu..kesian sungguh...Sorry yer!!

Ini nukilan ikhlas dari aku...nak tampal jugak muka dalm entri kali ni..selalunya guna ehsan mr google je...

                                            
Thanks 4 Reading