Wednesday, 29 August 2012

.....Syawal yang berlabuh...

Assalamualaikum...

Kehadapan pembaca2 yang disayangi serta dirindui...(nada gedikkksss....auwww)...Maaf dipinta atas keadaan blog yang agak huru hara dan sana-sini bersawang lelabah (nak bagitahu dah lama xjenguk blog secara halusnyer..)..>,< sambil tangan melibas2 ke kiri serta kanan dalam usaha membersihkan sawang lelabah sambil terbatuk tersedu2..ewahhh...

Ramadhan dah lama berlalu pergi dan Syawal pula dah hampir 2 minggu menyingkap tirai...dan semoga Ramadhan kita semua menjadi titik tolak kepada perubahan2 yang + ve dan pengakhiran kepada permulaan yang - ve baik pada diri ni atau pada diri korang semua.. semoga Syawal ini menjadi saksi kepada detik perubahan kemenangan kita mengubah landasan yang digunakan kepada landasan yang lebih baik. Fuhhh...dah macam bagi ucapan dekat majlis hari raya la pulak...

Macam mana dengan Raya korang tahun ni?..Mesti gempak dan meriah kan...Raya tahun ni  membuatkan diri ni banyak mengenang mereka-mereka yang dah tiada dan betapa beruntungnya diri ni jika dibandingkan dengan mereka2 yang ada disekeliling...kat kawasan kejiranan ni banyak jugalah peristiwa-peristiwa kematian yang berlaku sehari dua sebelum raya..Al Fatihah untuk mereka yang sudah tidak lagi bersama kita di tempat tumpangan yang sementara ni. 

Sayup takbir yang bergema membisikkan syukur yang tak putus2 dalam hati ni kerana masih punya keluarga kecil yang bahagia bersama2 meraikan kedatangan Syawal...Melihat wajah abah..mak...bangah..aih dan alif...air mata ni seakan nak berlumba-lumba turun..Ni raya terakhir diri ni sebagai orang 'bujang'..insyaallah...jika panjang jodoh...betapa aku akan mengenangi saat-saat bujang manja dan mengada-ngada ini di sepanjang hidup ni....Raya sebagai seorang isteri nanti tentunya tidak akan sama dengan raya sebagai seorang anak bujang bukan??....Mungkinkah tahun depan aku akan bertukar menjadi matang dan muke berkerut saat bersalaman dengan ahli keluarga tercinta...ohh tidakkk....besar harapan supaya perubahan yang ada nanti tidak berlawanan dengan jiwa muda serta gila yang ada sekarang...

Tapi yang bestnya..umur dah 25 tahun pun masih dapat duit raya dari mak, abah serta dari yang tersayang okies..ok xnak cakap banyak..karang jadi isu xpuas hati pulak kat sini...(pada yang berkenaan lah...) Fobia ok nak letak gambar dapat duit raya..***keterlukaan itu masih diingati hingga kini..sungguh!!

Akhir kata...dengan kerendahan hati walaupun dah terlambat..tapi xlah lambat sangat..nak ucapkan jugak Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger dan kepada sesiapa yang mengenali..Maaf dipohon andai terkasar bahasa sepanjang perkenalan indah  kita dalam dunia blogger ni...Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah..yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri...

***malam ni tadi baru lepas tengok cerita My Name Is Khan..tu pun tengok bila cerita hamper nak habes..oh ya.nak bagitahu..tadi petang masa kiter masak..poooopppppppp minyak goreng ikan meletoopp dan menyambar bahagian bibir dan dagu...ohh sangatt pijar dan pedih sekali..maka terkupas la kulit seperti kulit ubi kayu yang dikopek sebelum digoreng....tolong doakan kesembuhan patik ya kawan2.. ; )

Thursday, 2 August 2012

ALONG

Assalamualaikum...hello dear readers.....salam jumaat semuanya...selamat berpuasa jugak.....tengah hari macam ni kritikal benor rasanya kan...tengok dapur perut ase sayu je...ye ke??Boleh pulak kan...hehehe....Dah lama rasanya kiter x berbloging.....uzur rasanya blog yang xseberapa ni....komen2 korang jua lah penambah seri...suka baca taw...t kiter datang follow n komen kat blog korang plak...

Hari ni kita kepingin sangat nak bercerita pasal dilema, perasaan atau ape2 ajelah..semuanya dalam lingkaran sulung...Yup anak sulung.....Jadi selagi sulung..selagi gelaran ALONG itu milik anda..Fuhhh..kemain ayat... >,< Tapi boleh aje kalau angah, achik, alang, atam, uda atau ocu sekalipun nak baca..Sekurang-kurangnya walau dalam seminit dua boleh jugak kita selami sikit dari lubuk jiwa terdalam seorang ALONG...:)


  1. Point number 1~ seorang ALONG...haruslah berjiwa kental ala2 komando.. SEbab apa kena kental?? Boleh jadi beliau ada adik yang ramai...Kalu dia berjiwa lembut..macam mana lah dia nak handle adik2 yang bersusun paku tu kan2...silap2 sesenang je nak kena pijak kepala. Bayangkanlah kalau along suruh jangan main air, kalau dapat adik yang jenis menurut tu taper lah jugak..tapi kot dapat adik yang kuat melawan...xkan kena lawan sikit..kena tinggi suara sikit..kena tengking sikit  da cembeng si along tu...xboleh begitu kan......t kepala pijak kepala....
  2. Point seterusnya seorang along itu harus...xboleh tidak untuk bersedia mengendong kesalahan yang bukan kesalahannya.. Selalu x kita tengok dalam realiti kehidupan..kalau salah itu datang dari adik...yang kena peluru berpandu dari ibu atau ayah adalah along..lagi lagi along...kenapa? alasannya along yang tua..kenapa xmahu beralah...dah tahu salah kenapa x tegur...kenapa xjadi contoh yang baik pada adik...
  3. Next~seorang along haruslah kaya dengan air mata? Untuk apa? Untuk melepaskan apa yang xdapat dilepaskan di depan ibu ayah, adik2..dan sesapa jugaklah..Walaupun kental jiwanya..along juga seorang manusia..ada rasa...ada perasaan.tahu rasa sedih...ibarat macam dalam hati ada taman gitewww..
  4. Berkorban apa saja harta ataupun nyawa..itulah kasih mesra..sejati dan mulia..yang macam ni kalau along tu betul berjiwa srikandi..Ha..berkorban..Adik2 ramai....keinginan pun banyak..masing-masing ada kehendak..Selaluuu sangat seorang along itu beralah untuk beri laluan  kepada adik2nya bagi mereka peluang nak dapatkan apa yang dihajati atau diidamkan....Tapi jarang bila seorang along itu beralah orang sedar....sengsara bukan???...
  5. seorang along harus tahu buat semua....along kena jaga adik..along kena tahu kemas rumah..along kena tahu lipat baju..along kena tahu masak..semuanya...Tapi adik2 xpernah ambil tahu..along jugak tahu PENAT....along juga pernah terasa  nak menangis..nak menjerit gara2 tenguk baju yang terlipat rapi dibaraikan secara sengaja...rumah yang telah dikemas sehabis baik disepahkan semula tanpa simpati...adakala masakan yang along masak dengan sepenuh kasih sayang itu terbiar sepi xberjamah!!...xperlu pingat along terbaik..along cemerlang..hanya hargailah segala lelahnya...berterima kasih lah untuk kasih dan sayang yang xpernah putus buat keluarganya.
FUHhh...xbanyak point pun..Tapi cukup untuk buat aku terasa sebak..nak je cari langsir kesat cendol..haiiiYOOOo...Tapi nilah sedikit sebanyak yang mampu aku taipkan beserta ulasan serta contoh yang mungkin jugak pada sesetngah orang xmasuk akal..ALONG tetap ALONG....disebalik sikap ala Hitler nya tersisip kasih sayang yang terlalu dalam buat ibu ayah serta adik2....disebalik kerutan wajahnya terselit doa yang xputus2 untuk kebahagiaan mereka....Nak interframe gak kat sini

gugurl dalam pict ni anak sulung la...*_^

THANKS 4 READING...

Wednesday, 25 July 2012

Datang kamu berdua..pergi kamu pun berdua

Assalamualaikum...sepi sungguh hari ini....ada dua kehilangan makhluk Allah yang comel hari ni..hanya sayu mengisi ruang-ruang yang mereka tinggalkan..ya.datang mereka berdua...pergi mereka pun berdua..aku yang menemui jasad kaku yang comel itu di dalam gulungan tikar tepi bilik awal pagi tadi..dah kaku dan sejuk sungguh tidak sepanas kali terakhir aku memegang mereka.

Dua hari lepas aku masukkan dua makhluk ini dalam sangkar dan aku usung ke klinik vaterinar yang berdekatan.. Dapatlah ubat dua jenis..diberi tanpa memeriksa keadaan mereka..hanya komen menyakitkan yang diperolehi...DAH KURUS SANGAT.. Tu aje...tanpa periksa suhu badan atau paling tidak periksa mata atau bulu mereka..Ya...makhluk ini terlampau kurus..datang mereka beberapa bulan yang lepas...seakan memenuhi keinginan mak yang terlalu mahukan kucing yang berwarna oren. Didatangkan oleh Allah sepasang..Dua-dua kaler oren...Tapi selayaknya anak yang tidak beribu...hidupnya hanya menumpang susu pada 3 ekor ibu kucing yang kami ada. Mujur ibu-ibu haiwan yang terlalu murni hatinya ini tidak kisah untuk membelai..memanjai dan tidak lokek menghulurkan susu seteguk dua buat mengisi keinginan lapar mereka. selebihnya mereka menumpang makan nasi peliharaan kami yang lain.

Tapi hari demi hari tubuh mereka makin kurus...susu haiwan dah kami beri, vitamin, antibiotik segala seakan tidak membantu.... tubuh  lemah mereka tetap begitu...kurus...mata yang dulu bersinar kini makin kelam sinarnya...menjentik sayu pada jiwa yang melihatnya..semalam kali akhir najis mereka aku cucikan. Masa tu dah nak berbuka puasa..Tapi pagi ni dua mereka aku temui mati di luar rumah...berhampiran tingkap kamar ku...Ya Allah...sudah sampai janjiMu...sampai ketika ini sahaja waktu yang ada untuk aku merawat mereka..meski kerenah mereka yang gemar mencuri makanan yang ada selalu saja menaikkan darah..tapi sesungguhnya sayang pada mereka tetap ada. Mereka ada tempat di hati ini...Sayu hati masa mengutip jasad kaku mereka...Berehatlah sayang...Dia pinjam kamu buat aku...sampai masa kini pemberianNya diambil kembali...semoga kamu bahagia disisiNya...

Terima kasih sayang kerana datang seketika memenuhi keinginan bonda..terima kasih kerana memilih rumah kami untuk berlindung...terima kasih untuk kasih sayang yang suci untuk kami rasa..terima kasih..terima kasih..amanlah kamu disisiNya sayang...Sesungguhnya hanya Dia Penjaga yang maha sempurna..

  Motif letak gambar pokok? Saje suka2...melambangkan sekeping hati yang tandus merindu..

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan...berjumpa kita lagi...:)

Assalamualaikum semua..:)

Berkobar2 nak buat entri baru kali ni..niat aty nak cakap pasal Ramadhan Al Mubarak...Moga xterkeluar dari landasan yang telah ditetapkan ini..aminn..:) Hujan renyai2 malam tadi bagai xmemberi kesan langsung kepadaku yang mengkerekot kesejukan kat depan tv..semangat nak tunggu pengumuman nak puasa ni mengtasi segala...sama macam exited tunggu pengumuman nak raya...haih...

Ramadhan al Mubarak..syukur pada Allah swt kerana untuk kesekian kalinya dapat aku bersua dengan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Alhamdulillah....Semeja lagi kami sekeluarga untuk bersahur dan berbuka menghadap hidangan yang disediakan..  Betapa aku akan merindukan suara riuh mak dan adik2 mengejutkan aku dari lena untuk menyertai sahur kami.. sUNGGUH AKU AKAN MERINDUI RUTIN RAMADHAN YANG AKU LALUI SELAMA HAMPIR 25 TAHUN USIA PENGHIDUPAN INI...(sangat sedih bila mengenangkan ini nanti....)..huhu abaikan..

Dulu masa mula2 belajar puasa ni selang sejam tanya maka..tanya abah lagi berapa jam nak berbuka...Dekat nak berbuka supaya xterasa sangat waktu berlalu dengan lambat abah bawa aku pergi jalan2...tengok sungai..tengok bangau...dan beli gula2 atau apa2 kueh yang aku nak untuk dimakan masa berbuka nanti...aku pulak memborong xingat donia...tapi last2 bukan larat nak makan pun...sahur aje  lepas makan nasi, abah atau mak akan bancuhkan aku segelas susu..dan aku akan minum sampai bermisai tepi mulut...sambung pastu tidoo.....ZZZzz..(aku mula belajar puasa masa umur aku 5 tahun...) Puasa penuh terus...hari raya dapat la banyak duit raya..Tahun ni sungguh pun dah tua...walaupun bukan ganjaran sebab puasa...aku dapati diri ni masih mengidamkan duit raya..hahaha...

Sebelum melalut ke landasan lain...dengan rendah hati aku pohon kemaafan kalau ada kata2 yang menyinggung perasaan..atau komen yang menyentuh jantung...Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.Selamat berpuasa...semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas..dan semoga puasa kita yang akan bermula esok hari akan diberkatinya..:)



Akhir kata Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)


Monday, 16 July 2012

apa kerna kilo lebih itu bahan lelucon kalian?


Gemuk!! Montel..dan sebagainya yang seangkatan…Boleh bagitahu sapa kat sini yang mengimpikan untuk jadi sedemikian…?? Sapa pulak yang nak saturated fat bertumpu dekat satu2 bahagian tubuh??..Nak jalani aktiviti seharian pun susah..tu belom masuk lagi kalau pergi mana2 kedai-kedai..asal ada baju yang cantik2 semuanya untuk golongan kecil molek dan yang sedang2 saja…Nak pergi kedai pun malu..Asal mula belek dan hati  da kenan kat satu2 pakaian..tengok2 saiz xde da..itu yang lah yang paling bapak besar…asal mula belek2 baju jurujual dah pandang semacam je..macam Bigfoot nak pakai baju semut gamaknya..

Asal nampak orang gemuk..dia ni kuat makan..dia ni pemalas..dia ni kuat tidor…dia ni begitu..dia ni begini..Senang cakap kalau roh seseorang tu ditakdirkan berselindung dalam satu jasad yang gemuk makanya potensi dia untuk dijadikan bahan gurauan atau modal lelucon tu adalah tinggi.

Tapi cuba kita letakkan diri sendiri kalau2 kita yang berselindung dalam jasad gemuk tu. Kalau diri dijadikan bahan perlian, bahan jenaka..bahan lelucon..malu x????ada x rasa rendah diri itu hadir?...apa perasaan??Best ke? Syok? Apa golongan XL atau entah berapa x  ini tak mempunyai perasaan yang perlu dijaga atau paling tidak dihormati?

ME?? Sejak hati berbungan tulip ni..nampak makin sihat dari hari ke hari...nampak cubby..belum lagi gedempol...pun jadi isu jugak..!!!pergi sana sini..ditegur..bukan secara selindung tapi di tengah2 orang ramai...Perasaan aku??MALU ok!!! yang peliknya...yang tegur aku berbadan gini badannya kecik sikit dari bigfoot...!!!aku xpernah tegur bentuk ala bigfoot dia sebab aku hormat dia.xnak dia malu...Pengajarannya kat perenggan ni, xsemestinya bila kita xnak orang malu..dia nak tutup aib kita...Tak apelah kan..

Wahai orang yang berkaitan..cukup sempurnakah kamu untuk menghina dan memalukan orang lain kerana fizikalnya..Xpernah dia mintak duit..makanan..atau ehsan kamu walau sedikitpun untuk menambahkan kilonya...kalau nak tegur tu biarlah dengan cara yang lembut dan berhemah..tapi kalau niat tu nak menghina..sila pergi beli cermin besau kat kodai perabut Ah Pek...Dear readers..Im hurt...kadang2 terpikir keyakinan diri ni hilang..terbang macam tu jer..nak berdepan ngan orang pun malu...


Tambah kapsyen


MOOD~GANGGUAN EMOSI..sampai rasa nak cubitbanyak kali je bontot si tenok2 yang xsedar diri tu


THANKS 4 READING

Wednesday, 11 July 2012

orang kita lebih "pUTEH" ok

Assalamualaikum...

Aloha readers....Sorry sebab da berapa hari menyepi dari berblogging...Sebenarnya kita menyepi sebab pergi singapore...Melawat saudara di sana..Sebenarnya penat itu masih bersisa..namun hati bertolak-tolak nak mengetuk kat depan pc ni..hehehe...

Pergi sana hari jumaat naek sejenis pengangkutan ni.. YA Allah..servis dia..Allah je yang Maha TAhu...servisnya agak uzur dan dalam perjalanan nak balik ke sini pula...pengangkutan yang aku gunakan tak ada aircond. Rosak katanya!!! Bayangkan dengan keadaan yang bergerak laju..tingkap ketat xboleh bukak...dari kempas, johor ke gemas, neg 9...aircond tader...dari petang ke malam berwap sauna kat situ...dengan orang2 yang mengamuk sebab panas...kanak2 merengek kepanasan..n hasilnya yang aku perolehi..lelah yang berpanjangan dan ruam serata badan.YA Allah...duit nak tapi servis bapak ting tong...

Banyak jugak orang luar dari negara lain memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini..Memang memalukan..Nak share jugak ngan korang pasal pemandangan yang amboi2 menjamu mata aku sepanjang perjalanan yang agak ngeri itu...dari perhentian yang aku namakan sebagai K ada 6 orang muda mudi naik..dan perjalanan pun diteruskan..sepanjang perjalanan ni..naik berhabuk mata aku melihat gelagat si gadis yang memainkan peranan sebagai'Gundik'. Mula2 menggeliat..penat la kot..lepas tu mengurut jejaka kat depan tuh sambil menonggekkan bumpernya...urut kepala urut bahu..picit2 badan jejaka tuh...sampai perhentian L...aircond pun tader..si gadis yang sama mula ikat rambutnya yang mengerbang tu..dan mula mengipas2 jejaka di sebelahnya pulak..mula2 dari jauh..last2 makin dekat..n pastu keluarkan tisu lap2 peluh jejaka dekat sebelahnya pulak...

da beberapa lama tersadai kat gemas.(dari lepas asar sampai lepas maghrib).kenderaan yang bawak aku ni mula bergerak...dan wayang pun bermula balik. Kali ni aircond da jalan...kemesraan da tercipta..rambut mengerbang dia mula dilepaskan dari ikatan..perut pun lapar kan...dia makan berdua pulak...main suap2 okies..xpeduli makcik pakcik yang dah terjuling biji mata kat sekitar ni...si jejaka sebelah da mula pakai singlet saja...yang perempuan tadi pas makan sibuk lap2 mulut jejaka yang mungkin la kot baru belajar makan...pastu duk mengipas jejaka tu lagi. Bergelak sakan dan ketawa bagai dunia milik berdua..mcam orang sekeliling hanya boneka..sambil mata mengerling2 orang2 sekeliling..mungkin mau cakap gini kot..kau ader...ok hampir kul 9 aku sampai ke destinasi..dan wayang tu..terhenti aku tengok kat situ tanpa tahu apa pengakhirannya...

Apa yang aku fikir..apa yang aku rasa...aku benar2 malu..terasa macam aku tengah tengok zaman dulu..zaman raja dengan gundik tapi yang ini  versi moden...Itu dia kaumku..dengan rela menjatuhkan harga diri..di khalayak..Ya Allah bangsaku...Terpulang kalau ada yang mahu menyangkal apa yang aku taipkan ini....mungkin pada kalian aku kolot..aku kuno..tapi peribadi dan akhlak tiada yang kolot..tiada yang kuno...yang kolot itu yang payah ...yang kuno itu selalu saja nampak terpuji di lensa mataku...

btw sangat puas hati sebab dapat jumpa sanak saudara yang dah lebih 3 tahun xberjumpa...sangat drastik perubahan yang berlaku..:) Tader g shopping pun..penganggur kan...Mana ada pitih. Untuk yang bekerja serta berpendapatan sederhana pun agak mengerang inikan pula yang tiada pendapatan...RM 1000 duit kiter hanya berupaya menghasilkan hanya 400 dullar saja..Makna RM 600 pun hilang macam tu je..cuma mak aku ada borong kain batik jawa kat situ..serta pelikat juga...oleh-oleh ala2 dah g sana kan..:)


Kat kedai ni mak terjumpa longgokan  novel dari penulis kegemarannya 

dan  di malam hari aku bersama eow yang somell..:)

                                                                    bersama sepupu..:)

Dalam perjalanan beli kain batik

THANKS 4 READING

Thursday, 5 July 2012

Pengorbanan Lembu..

Assalamualaikum....

Salam nisfu syaaban buat para pembaca sekalian alam..ewahhh...Semalam baru aje tukar buku baru tapi petang-petang hari ni free2 dapat dosa kering. Betul la  kata orang selagi bernama manusia dan masih belum terpisah lagi jasad dengan roh..xlepas la kita dari melakukan kesalahan yang boleh menjerumuskan kita ke lembah dosa..Baru je semalam nak bersih hati..tersenyum tanpa syak wasangka dan kegeraman..tapi ini petang..ini hari..pukul 5:30 tadi lebih kurang..haduusshhhh...

Kenapa la orang yang busy buat kita macam hamba abdi..sesuka hati nak marah..sesuka hati nak renyuk..#$%$#..Gila ke apa? G la dapatkan motivasi dari sapa2 yang patut..g ceramah ke?..Ke masalah rumah tangga..Xbermakna orang yang duduk rumah ni kerja dia asik nak goyang kaki dan menunggu panggilan untuk tindakan segera. Ingat robot ke?? Master chef pun set time tuk peserta dia masak tau!!...Xboleh ke untuk satu kerja yang rumit bagi tahu beberapa jam awal ke..ingat senang ke dalam masa sejam nak tarik paus naik ke darat..*_@..macam tu la ibaratnya...Ni la yang buat perbuatan aku jadi xikhlas..aku rasa macam nak campak je balik ikan paus ke laut alik. Biar dia hidup bahagia kat situ.

Tak semua orang boleh bekerja di bawah tekanan, rasanya semua orang perlukan masa yang cukup untuk melaksanakan tugas yang diperintahkan..tegur karang merajuk berkurun-kurun...cakap sikit di kata kurang ajar...Tapi apa saja perbuatan xpernah nya yang betul..Setiap kebaikan yang terpancar pulak dikatakan hasil dari perbuatan orang lain. sedangkan yang bertungkus lumus itu siapa?? AKU..its from my own effort!!!its  MINe!!!..Tapi kuasa apa yang aku ada? 

Agaknya memang pedih kan perasaan lembu yang hasilkan susu tu..ye lah..penat2 dia proses susu dalam kantungnya alih-alih yang dapat nama tu? Adalah sapi..sapi...

Ampuni aku yang serba kekurangan ini Ya Allah...dan jika kesabaran bagimu yang perlu ada dalam diri ni..berikan aku kesabaran itu...

      Aku simpati dengan nasib mOO..kamu simpati dgn aku???noOO

THANKS 4 READING