Monday, 18 June 2012

How time Flies

Assalamualaikum...how time flies...kejap je dah hari selasa kan..Pung pang pung pang xlama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Bulan depan kan..:) Hari ni aku nak share something yang teroleng-oleng dalam mindaku sejak pagi tadi. Pasal ibu bapa...Sedar xsedar hampir 25 tahun aku bersama kedua ibu bapaku..mak abah..Pahit manis tawar maung hanyir ke..semua kami tempuh bersama-sama. Tak kiralah sama ada senang ke susah ke. Bukan sedikit luka yang ditoreh dengan luka yang ditampal plaster!! (tanda seruan sikit..)..Hopefully be recover soon..hik3..


Dari tapak kaki besar dua jari..:)
25 tahun...satu jangka masa yang lama tapi rasanya belum puas lagi aku meneguk kasih sayang mereka. Kalau korang nak tahu, aku adalah seorang anak yang sangat suka 'mengekor' mak abah (terutama mak la kan) walau ke mana aje dia orang pergi. X kisah la pegi rumah orang kahwin ke, pergi pasar basah ke, pasar tani ke, pasar malam ke, pasaraya ke, klinik ke, sepital ke..semuanya..Aku tetap nak ikut..Mungkinkah dulu masa mak preggy kan aku dia suka berjalan..pastu jatuh pulak tabiat itu kat aku...kuang3...(Gurau2..bukan salah ibu yang mengandung sebenarnya kat sini.hahaha..) Sebenarnya aku puas dapat bawakkan barang yang patut aku bawak..aku puas dapat pimpin tangan mak (kadang2..sebab mak sering xsihat). Aku dapat kepuasan dengan cara tu.. Lagipun aku suka dengar cerita mak..Walau kadang2 cerita tu ulang dengar..aku tetap jugak nak dengar.

Dulu mak pernah cakap masa jalan2 dengan aku. Dia kata kalau aku dah kahwin t aku dah xboleh ikut dia dah. Aku cakaplah..biarlah..xnak kawin dulu..xpuas pergi jalan2 dengan mak lagi. xpuas nak mengekor lagi..Sebab masa tu aku xrasa aku akan ada jodoh..Tapi alhamdulillah..berkat doa mereka jodohku hampir tiba. Insyaallah..(tekup muka kat dinding jap..sreeettt...ambil tisu..)


Terima kasih mak. Terima kasih abah..Namun begitu bukan itu yang jadi pointnya kat sini.. Aku rasa baru semalam aku masuk tadika..baru semalam aku sekolah..baru semalam..baru semalam...Tapi tiap kali aku lihat garis2 halus pada wajah mak...aku sedar..masa kian pantas berlalu..Kata mak..Cuba tengok tangan mak dah xtegang macam dulu..banyak sangat kedutnya.. Aku kata kat mak...alah ni sebab kulit kering ni...Padahal dalam hati berdetik..Lajunya masa berlalu...Bila tengok rajuk abah...terlintas di minda ni..abah ni macam budak2 je...merajuk2 bagai..Tapi jauh dalam hati..abah makin tua...hati tuanya makin sensitif dan cepat tersentuh hatta untuk benda kecil sekalipun..How time flies...

Tiba2 aku terfikir..rasa sayu bila mengenangkan masanya aku jauh dari mereka. Dan betapa makin singkat masa ini untuk aku bersama mereka. Aku xtahu la kenapa aku harus berperasaan macam ni.Betapa masa mencemburui kebiasaan ini. Melihat kesedihan rakan dan orang sekeliling yang kehilangan ibu bapa, buatkan aku rasa betapa beruntungnya aku kerana masih memiliki harta yang tiada taranya di dunia ni. Sejuk kasih mereka persis salju yang menyamankan perdu hati. Dan walaupun kadang2 nasihat yang xhenti2 umpama machine gun yang menghentam gendang telinga secara bertubi2. Aku xlari dari melakukan kesilapan..makin nak elak makin menjadi pulak.. BUT AFTER ALL, DEEP INI MY HEART I LOVE BOTH OFF THEM SO MUCH...

Mak dan Abah masa baru pulang dari tanah suci

THANKS 4 READING






Saturday, 16 June 2012

Perempuan dan Semalu

Assalamualaikum dear readers...

Hopefully semuanya sihat dan bahagia  berhujung minggu bersama keluarga. Buat mereka-mereka yang bercuti esok hari..selamat bercuti diucapkan..Israk Mikraj kan...(tak semua negeri cotii tapi negeri tumpah darahku cooti okey..). Semoga kita sama2 dapat menyerap intipati dari peristiwa perjalanan Rasullullah ini. Insyaallah..

Sebenarnya aku tertarik dengan satu bacaan yang menyapa penglihatan pada pagi ini.  Ok. Walaupun ada dia antara kita yang pernah membaca atau melihat bahan ini aku tetap nak kongsi jugak dengan korang apa yang aku baca ni. Semoga apa yang aku tuliskan kali ni akan jadi pedoman buat kita semua khususnya buat makhluk yang jantinanya perempuan..:)

Akhlak seorang wanita dengan pokok semalu. Apakah korang tahu apa kaitan antara dua ciptaan Allah ni? Dan betapa perempuan itu memiliki seindah-indah peribadi andai mereka dapat memahami kaitan antara diri mereka dan pokok semalu ni. Yup..pokok semalu yang banyak melata dekat padang, tepi rumah atau mana2 je tempat yang sesuai kat atas bumi ni..

Rasulullah SAW pernah berkata dengan puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah tentang wanita dan semalu. Tentang pengajaran yang harus diterapkan dalam diri seorang perempuan dari pokok semalu. ADA 4 PERKARA YE ADIK2..:)

1~Semalu kuncup bila disentuh~ Pengajarannya disini kaum perempuan perlu ADA perasaan malu pada tempatnya. 

2~Semalu ada duri yang tajam untuk melindunginya~ Pengajarannya pula, pertahanan yang perlu ada pada diri seorang perempuan dalam mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang yang beragama Islam.

3~Semalu mempunyai akar yang sangat kuat mencengkam bumi~ dan pengajaran yang harus diserap adalah perempuan harus mempunyai hubungan yang kuat dengan Pencipta. 

4~Semalu dengan sendirinya akan kuncup bila senja menjelang~ dan oleh itu wanita, kembalilah ke rumah bila siang melabuhkan tirainya.


Rasulullah SAW juga pernah bersabda..bahawa jika Allah ingin membinasakan seseorang itu, akan dicabut rasa malu darinya. Semoga kita bukan  dari golongan itu. Sekadar perkongsian dengan korang dalam usaha memperbaiki diri.Semoga sikit sebanyak perkongsian ni jadi panduan dan pengajaran buat kita semua. Ketidaksempurnaan aku memakukan mata pada artikel ni tadi. Kalau ada kekurangan aku dahului dengan ucapan maaf. Yang buruk itu datang dari aku sendiri, yang baik itu datang dari Ya Rabb..


be like this girl.. :)

THANKS 4 READING THIS




Friday, 15 June 2012

TWin2...:)

Assalamualaikum..:) Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan Allah hendaknya. Terasa macam nak demam aje ni.. Lepas tertelan panadol yang besar gajah tu terus tangan ni terasa rindu pulak nak menaip..hehehe....**mungkinkah aku salah makan ubat ni**

Sebenarnya aku teringin nak menaip entri pasal kembar kali ni.. Terlalu banyak bukti kebesaran Allah dan salah satunya adalah dengan kelahiran kembar. Bayangkanlah bagaimana seorang ibu itu membawa lebih dari satu janin dari dalam rahimnya.Bukankah itu satu yang menakjubkan?. Tapi tak ada apa yang mustahil dalam hidup ni jika Allah berkehendakkannya...KUNFAYAKUN...Dan apabila Allah itu berkata jadi maka jadilah..Sesungguhnya tiada apa yang berlaku di dunia ini di luar dari lingkungan kekuasaanNYA. 

Aku xingin bicara aspek kelahiran kembar ini dari sudut saintifik tapi aku mahu bicara mengenainya dari sudut pandangan aku yang sememangnya amat-amat mengagumi kelahiran kembar ini. Tambahan pula ada seorang sahabat lama berjaya melahirkan dua orang anak kembar. Ya Allah...comelnya mereka...Sama je muka dia orang. Rasa nak cobit je pipi yang merah dan gebu tu...

Tapi fakta mengatakan kelahiran kembar ni selalunya terjadi jika ada genetik ibu bapa yang pernah ada kelahiran kembar.Bermaksud jika adanya pasangan kembar dari keturunan sebelah ibu atau bapa, maka potensi untuk mendapat anak kembar adalah lebih cerah. Namun, tiada apa yang mustahil jika Allah mengizinkan segalanya berlaku bukan. Mak pernah bercerita ada sorang kawan dia tu xada keturunan kembar baik dari sebelah dia atau en suami. Tapi dia memang nak sangat anak kembar. Satu hari tu, dia buat pemeriksaan kat hospital..yang mengejutkan..doktor sahkan dia mengandung kembar.. Dia terus pengsan masa tu.. Nah..bukankah tiada yang mustahil jika Allah berkehendakkan sesuatu terjadi? :)

Nak share jugak gambar kembar kita ni..seiras x.:) 


THANKS 4 READING THIS

Thursday, 14 June 2012

zaman Sorok selipar Jepun

Salam saiyidul ayyam buat semua..Sidang pembaca yang dirahmati..semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Selamat menunaikan solat jumaat buat kaum adam. Alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk berada di sini dan berkongsi pengalaman masam-masam manis yang aku ada. Ini adalah pengalaman masa mula2 aku mengenal kalam Allah. Dari zaman mengaji muqaddam sampailah ke Al Quran. Sebenarnya aku diajar mengaji oleh arwah wan aku yang tersayang..Allahyarham Asiah Binti Siti Zubaidah...(al fatihah buat beliau..).. Sebenarnya wan adalah orang pertama yang mengajar aku alif..ba..ta..Dia mula mengajar lepas selesai sembahyang magrib.. Masa tu aku akan bawak rehal bersama muqaddam untuk proses pengajarannya. Proses ni berlarutan hinggalah aku dah naik Al Quran...belum pun darjah 3 masa tu...Kata wan hati aku jenis terang..cepat belajar. Kadang-kadang ada jugak mak ambil alih tugas wan..Cuma sesekali bila dia rasa teringin.Tapi aku xsuka mak yang ajar sebab dia garang. Masa aku salah baca sakit belakang aku kena debik.dushhh3x...Aku lebih suka wan ajar sebab wan agak lembut dan selalu jer ikut yang aku minta..Contohnya.."wan ari ni kita baca sampai sini je ye"..hehehe..can uols see...Lawan tauke kan aku...disebabkan aku agak manja dengan wan...wan pun xsampai hati nak marah, atau mengatakan tidak pada permintaan aku...apatah lagi nak pukul..xpernah wan pukul tau... Jadi dia pun cakap dengan mak suruh hantar aku mengaji dekat tempat lain sebab dia xboleh bertegas dengan  aku...hehehe..

Jadi tanpa melengahkan masa dan ketika..ececeh...abah dengan pantasnya telah mendapatkan seorang guru yang boleh mengajar aku untuk mengaji..Guru lelaki yang garang ok uols..rawr!!!!....Kecut nak pergi mengaji masa tu..:) Tapi lepas lama2 guru lelaki yang ku panggil atuk ni agak baik jugak dan kelakar...kat atuk ni aku belajar mengaji dan tajwid sekali....Rezeki aku dapat ulang baca Quran 2x...Ramai jugak kawan2 aku mengaji kat situ masa tu..Masa balik je kalau lambat keluar ada saja selipar yang hilang..Sapa lagi yang sorokkan kalau bukan kawan2 yang pernah aku dajalkan selipar dan lidi mengaji diorang...Hehehe....Men baling2 beg la..Nota berantai lah....Aku habis mengaji kalau xsalah masa aku form 2/3...dan disambung pulak oleh liltle2 bro aku..(wahh..betul ke ayat..;P)...dua rutin yang xpernah aku tinggalkan masa kat sana adalah selalu pergi coci muka kat tempayan luar rumah atuk dan selalu je lengah2kan masa duduk atas pangkin bawah pokok nangka rumah atuk..berangin je duk sana....Aku jugak selalu tolong atuk ajar budak2 lain mengaji...Ada yang aku hempuk guna beg atau paling kurang aku jentik telinga dorg..Ada yang sampai tersedu-sedu nanges...Bila adegan hujan turun ni terjadik atuk akan tersenyum dan berkata kat aku..garangnya kak Nor ni..amboi..hehehe...Atuk da jadi arwah sekarang...Al fatihah umtuk beliau...(Beliau menitiskan ai mata sebab berjaya khatamkan kami adik beradik dan xlama lepas tu atuk sakit dan dipanggil Allah pulang)

Dan buat kedua2 arwah...keikhlasan mereka untuk mengajar aku mengenal kalam Allah ini buat aku teharu dan rasa beruntung sangat2. Jasa mereka berdua aku bawak sampai liang lahad nanti..Kenangan bersama mereka kekal abadi dalam lipatan sejarah hidup aku. Al Fatihah untuk arwah...


Last partE About the dug story

Assalamualaikum..

Adakah seseorang tu boleh dikatakan terpelajar atau x hanya dengan sekilas pandang atau tanpa kita mengenalinya?... Boleh ke?...Memang sedap kita membodohkan orang yang x ada masalah langsung dengan kita..tapi ingat...1 jari kau menuding orang...4 jari akan mempersoalkan kau masa di akhirat kelak..Mujur la kan x ada apa yang luak bila kau kata macam tu..About my family pun nak sebut?WTF...Pesal la korang ni..len kali bila family aku ditimpa musibah biar aku rasakan...Ok..sapa yang hingusan kat sini? Kau atau aku? Apa pulak kena mengena dengan family aku? Korang Islam atau x? Sebab setahu aku yang masih HINGUSAN ni lah seorang yang agamanya Islam x akan mendoakan yang tak baik untuk saudara Islamnya yang lain..Semoga gelagat dugung2 hitam ni berupaya menambah nilai pahalaku yang sangatlah kurang di sisinya. 

Ok...aku salah kat sini..Sebab kurang paham bahasa korang-korang yang educated macam korang...sekolah kita sama sayang..guru2 pun sama..ok...fine sebab aku xbelajar sampai master atau pHD aku dipanggil hingusan?uneducated? Xguna belajar sampai master sekali pun kalau otak letak dekat kepala lutut. Master dalam menyembur orang kat sana sini...PhD yang bakal diambil pulak macam simbolik pada perasan hasad dengki yang xluntur dari hati korang.Jangan sebab nak tegakkan kebenaran palsu tu sampai menimbulkan fitnah pulak....Ya Allah...lindungilah aku dari umpat keji manusia...Tiba-tiba je aku rasa nak menangis..But..kenapa nak nangis untuk iblis-iblis yang macam tu...Aku redha...Kau berikan aku ketenangan  dan kekuatan itu...Aku keseorangan tika ini Ya Allah..Lindungi aku orang-orang yang teraniaya ini...Aku tiada perisai untuk mempertahankan diriku. Berikan aku kematangan berfikir melangkaui mereka-mereka yang terpelajar itu Ya Allah. Dan untuk apa saja musibah yang bakal menimpa diri ini..Kau jauhkan lah keluargaku dari segala malapetaka. 

YA Allah...hinakah aku kalau aku hanya duduk dirumah menguruskan urusan rumah tangga sehingga menantikan rezeki Mu datang menyapa?.. Aku xkan jemu berharap..aku xkan jemu menunggu dan aku juga xkan pernah berhenti mencari. Rahmatilah aku..kedua ibu bapaku..saudara ku ber~3 dan orang yang aku sayangi.Amin Ya RAbb..

P/S~xkan ada orang yang nampak bodoh kalau berbahasa melayu, xkan ada orang yang rugi kalau hanya duduk di rumah untuk menjaga kebajikan ibu bapa dan adik beradik...Sekurang-kurangnya aku dapat tambah saham ku di sana nanti..Family ku jangan disebut sebab memandangkan usul asal family korang...kalau orang tahu..orang pun pandang serong...korang xlayak sebut pun pasal family aku..Seorang pengemis jalanan tu lagi tinggi darjatnya dari beberapa ekor pengadu domba seperti kamu orang..Bersama ni..aku berjanji xkan bercerita pasal gelagat beberapa ekor dugong hitam kat sini lagi..Memikirkan kamu orang pun x akan aku buat. Aku nokhtahkan tinta ku pasal dugong2 hitam ni..Ku sangkakan biar kulit hitam tapi hati putih macam isi manggis...Tapi sayang rupamu hitam dan hati pulak hitam penuh hanyir dengan nanah fitnah. Jangan nak terlampau mengata sangat der..Allah kalau nak bayar cash kat kamu orang..bila2 masa saja...Alhamdulillah atas segala nikmat Allah pada ku..


THANKS 4 READING THIS

Tuesday, 12 June 2012

KERTAS GULUNG BUAT ABAH

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...



Tiba2 datang idea nak hapdate blog dikala malam  bulan gerhana ni...Bila bulan gerhana aku datang rajin menggodek papan kekunci pc ni. walawee...Tengok litle bro menggosok baju seragamnya tuk majlis anugerah cemerlang esok sesungguhnya menggamit nostalgia silam aku masa zaman form 6 dulu. Lil bro aku esok dengarnya akan ambil 4 anugerah esok...Mak abah datang sekolah tuk menyaksikan detik-detik yang membanggakan tu..:) Tahniah aih..

Jom flashback sikit masa zaman2 kegemilangan aku dulu...Memulakan persekolahan aku kat kampung...menengah atas diluar daerah Port Dickson...dan tingkatan 6 dalam daerah Seremban...Sekolah aku masa tingkatan 6 tu sebelah ladang getah.Depannya pulak kuil..Majoriti sekolah adalah bukan melayu...

Lets go to the point...masa tingkatan 5 dulu dengan keputusan SPM yang xberapa memberansangkan..terasa bumi yang berputar ni menghempap kepala..Berat sangat..dengan keputusan matapelajaran sains tulen aku yang macam tahik..selalu je buat aku meniskan air mata..Institusi mana yang mahu terima aku dengan result yang amboi amboi ni...Nasib lah pelajaran teras aku keputusannya agak memberansangkan.Lantas aku hayunkan langkah kaki ini ke tingkatan 6. Yup tingkatan 6..pra universiti..Aku bulatkan tekad...untuk berjuang sehabis daya..Aku kerahkan tenaga untuk menghadapi pertempuran besar dengan tujuan mendapatkan tiket untuk menjejakkan kaki ke menara gading..Bukan senang nak loloskan diri ke sana tanpa azam yang jitu.

2 tahun di sana...aku jumpa dengan kawan-kawan. Di situ kita kenal sapa kawan sapa lawan..Sebab aku skema masa tu aku dipulaukan...Tengok aku bukak buku semua berbisik sesama sendiri...Tengok aku dapat markah tinggi dalam peperiksaan...ada saja kata belakang yang mengatakan markahku tinggi sebab cikgu bagi soalan peperksaan dekat aku..hey ppl..dapat x anda rasakan bagaimana hati aku masa tu?..cikgu pernah berkata...kaum minoriti menganggap tingkatan 6 ini sebagai lombong emas untuk ke universiti...tapi sayang..kaum sejenis aku pulak anggap tingkatan 6 ni sebagai tempat yang nak dituju sebab xdapat tawaran lain...tolong..ubahkan tanggapan anda...

Penghujung tahun sebelum nak ambil STPM...nama aku naik untuk dapat anugerah pelajar cemerlang dalam subjek dan pelajar cemerlang dalam tingkatan...Ya Allah..gigilnya kaki aku nak dapat habuan untuk usaha aku yang dipandang enteng kawan-kawan...dan masa tu mak tak pergi pun   hari anugerah cemerlang aku..beliau bekerja. Bila aku utarakan kat abah pulak..abah xberjanji...katanya tengoklah dulu. Kalau sempat abah datang...aku jernihkan hati..xapalah...asal diorang tahu...sedangkan dalam hati bertapa aku nak mereka hadir tengok kejayaan aku...kejayaan yang xpernah aku kecap sepanjang zaman persekolahan aku..

Dan bila tiba hari dan waktu yang dijanjikan...masa nama ku dipanggil...aku aturkan langkah secermat yang mungkin untuk terima hadiah kat atas pentas dan sebelum aku sambut hadiah yang dihulur aku pandang belakang..Aku nampak abah berdiri sambil tersenyum memandangku dengan uniform TNBnya..dan itulah anugerah yang tak ternilai sebenarnya untuk segala perih aku...ya..abah berdiri..tersenyum bangga aku kira sambil bertepuk tangan...Terus terukir senyum meleret di wajahku sambil tangan menyambut anugerah dari pengetua.

Benarlah kata orang. Ayah adalah lah orangnya yang akan berdiri,tersenyum dan bertepuk tangan saat kejayaan datang menyapa kepada anaknya ini..Memang bahagia rasa hidup kalau orang tersayang hadir menyaksikan kejayaan meskipun itu hanya satu kejayaan kecil...


THANKS 4 READING THIS


                  




Monday, 11 June 2012

INI CERITA DUG...

Haters???

i have haters??? omjayyyy...haters? memang xsangka...hari ni dapat ramai tau..aku merasakan dunia ni macam ana yang punya..hahaha..handal kan...Dunia ni kurasakan semakin pelik.Sebab ape? Sebab makin kita diam..makin orang sesuka hati je nak pijak kepala kita. Adakah dia merasakan dia cukup hot atau comel...atau cantik...Apa yang cantiknya kalau perangai macam tu. My fb is mine..So please la hormatkan hak peribadi orang..bukan nak post benda-benda merapu kat my wall dengan niat mendabik dada dan mengaibkan orang. Kalau xnak orang cakap yang tidak2 pasal kita, tolonglah hormatkan orang lain.Aku hanya manusia biasa..yang xlari dari perasaan marah jika hak aku dicerobohi sewenang-wenangnya. kalau nak tanya pun..gunalah bicara yang lembut dan x mengguris...bukan main hambur macam naga..

Apa yang aku dapat simpulkan hari ni...lan kali kalau orang yang bajet2 hot atau lawa cuba menghentam kita..kita patut berdiam diri je..biarlah dia nak melompat atas kepala kita ke..nak bergonjeng ke...kita patut biarkan saja..tak ada hak nak membela diri. just look n smile..macam burung unta. Masalahnya sekarang burung unta pandai ke senyum??? **garu pale jap..hadoiii..Pale terasa heavy sangat...banyak lagi benda lain yang harus dipikirkan selain benda ni...to haters..jauhkanlah diri dari aku..aku belum bersedia dan xkan bersedia langsung tuk semua ni...

TApi..syukur alhamdulillah...di samping haters...aku ada liltle bro n mr fiancee yang xjemu-jemu bagi dorongan dan semangat MALAM NI...maybe this day i got 3 or more idiot haters..but i got truly love from ppl who care for me..THANKS TO CREATOR...



THANKS 4 READING THIS..