Assalamualaikum dear readers...
Hopefully semuanya sihat dan bahagia berhujung minggu bersama keluarga. Buat mereka-mereka yang bercuti esok hari..selamat bercuti diucapkan..Israk Mikraj kan...(tak semua negeri cotii tapi negeri tumpah darahku cooti okey..). Semoga kita sama2 dapat menyerap intipati dari peristiwa perjalanan Rasullullah ini. Insyaallah..
Sebenarnya aku tertarik dengan satu bacaan yang menyapa penglihatan pada pagi ini. Ok. Walaupun ada dia antara kita yang pernah membaca atau melihat bahan ini aku tetap nak kongsi jugak dengan korang apa yang aku baca ni. Semoga apa yang aku tuliskan kali ni akan jadi pedoman buat kita semua khususnya buat makhluk yang jantinanya perempuan..:)
Akhlak seorang wanita dengan pokok semalu. Apakah korang tahu apa kaitan antara dua ciptaan Allah ni? Dan betapa perempuan itu memiliki seindah-indah peribadi andai mereka dapat memahami kaitan antara diri mereka dan pokok semalu ni. Yup..pokok semalu yang banyak melata dekat padang, tepi rumah atau mana2 je tempat yang sesuai kat atas bumi ni..
Rasulullah SAW pernah berkata dengan puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah tentang wanita dan semalu. Tentang pengajaran yang harus diterapkan dalam diri seorang perempuan dari pokok semalu. ADA 4 PERKARA YE ADIK2..:)
1~Semalu kuncup bila disentuh~ Pengajarannya disini kaum perempuan perlu ADA perasaan malu pada tempatnya.
2~Semalu ada duri yang tajam untuk melindunginya~ Pengajarannya pula, pertahanan yang perlu ada pada diri seorang perempuan dalam mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang yang beragama Islam.
3~Semalu mempunyai akar yang sangat kuat mencengkam bumi~ dan pengajaran yang harus diserap adalah perempuan harus mempunyai hubungan yang kuat dengan Pencipta.
4~Semalu dengan sendirinya akan kuncup bila senja menjelang~ dan oleh itu wanita, kembalilah ke rumah bila siang melabuhkan tirainya.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda..bahawa jika Allah ingin membinasakan seseorang itu, akan dicabut rasa malu darinya. Semoga kita bukan dari golongan itu. Sekadar perkongsian dengan korang dalam usaha memperbaiki diri.Semoga sikit sebanyak perkongsian ni jadi panduan dan pengajaran buat kita semua. Ketidaksempurnaan aku memakukan mata pada artikel ni tadi. Kalau ada kekurangan aku dahului dengan ucapan maaf. Yang buruk itu datang dari aku sendiri, yang baik itu datang dari Ya Rabb..

be like this girl.. :)
THANKS 4 READING THIS
No comments:
Post a Comment