Assalamualaikum...
Hai korang..Macam mana dengan hujung minggu korang?...Adakah berjalan dengan lancar?.Kejap je dah 24 Jun kan. Hujung minggu aku berjalan dengan lancar dan agak sedikit memenatkan..Biasala kan. Lumrah kalau dah berkumpul reramai ni. Da 2 hari x on belog. Ni bawu sempat nak update.Hehehe...Kalau orang biasa hujung minggu ni santai hari kerja sibuk. Aku pulak banyak masa terluang adalah pada hari2 bekerja.. Thanks sangat untuk korang2 yang sudi follow blog ni.. Teruja plus terharu sebenarnya tengok angka bertambah hari demi hari..:) Thanks...terharu tau..Ada jugak orang yang sudi jengah laman yang xseberapa ni..blog korang pun saya da follow okies..
Nak share sikit pasal 23 Jun yang dah lepas tu.. 23 Jun tu adalah antara hari-hari penting dalam hidup ni. Hari tu aku menemukan seorang 'doktor peribadi' yang sanggup merawat aku yang sedang dalam keparahan. (a long long time ago).. ;) Datangnya sekaligus membawa pergi hatiku yang telah dirawatnya...Kih3...Xsangka korang....Masih wujud mereka yang jujur dan ikhlas menerima diri ni apa adanya..(Wahh..)..Yelah manusia kan..mana ada manusia yang sempurna...Ada aje capiknya di mana-mana. Pada aku walaupun kami sama-sama saling xsempurna tapi kami saling lengkap-melengkapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing. Keserasian tu adakalanya sangatlah payah untuk dipupuk..Tapi kesabaran yang bersisa akan meleburkan segala kepayahan yang ada.(..ajaran sesat yang percuma dari aku..;p)
Baru semalam rasanya dia aku kenali. Masih terngiang-ngiang kata-kata bujukan dan nasihat yang mengelus lembut sekeping hati yang parah. Masih ternampak-nampak kepanikannya saat aku menagih kekuatan daripadanya. Keikhlasan dan kerendahan diri buat aku terkesima mengamati kejernihan hati miliknya. Bertapa aku bersyukur kerana mempunyai seorang jururawat yang selalu merawat saat hati terluka ditoreh belati tumpul....aku ada penyokong yang kukuh saat aku hampir rebah....aku ada kawan bergaduh yang pandai menyakitkan hati yang hebad..(kutuk skett..asik poji je kan)..aku ada seorang yang bla bla bla...
Apa ntah yang aku repekkan ni korang...Masa taip entri ni sekejap terasa macam dokter cinta yang fail dapat degree...Sekejap rasa macam pesakit mental yang terlepas dari kena karen...Apa pun 23 Jun tu adalah harinya aku berjumpa dengan dokter,jururawat..sang arjuna. Semoga apa yang ada ni berada pada landasan yang betul dan besar harapan ini agar perjalanan ini dapat diteruskan dengan tabah..Bertabah lah wahai dua keping hati..
Aku begini dia begitu..aku di sini dia di sana..dalam rindu bertemu juga..cewahh..:)
THANKS 4 READING
No comments:
Post a Comment