Wednesday, 20 June 2012

KaSeh Suci

Assalamualaikum..haii readers....Rindu la nak menaip, bercerita, berkongsi...Hari ni aku baru balik dari melawat rumah saudara. EMm..Atuk sedara..Arwah meninggal lepas maghrib  malam tadi..Beliau meninggalkan 2 anak dan seorang isteri. Atuk tu da tua da pun,umurnya dalam 78 tahun. Meninggal kat hospital sebab sakit perut. Isteri arwah pun da agak uzur dan selalu je jatuh sakit. Tapi janji Allah, xkisah la sipa yang sakit, siapa yang dah nazak...bila janji Allah itu datang..yang sihat pun boleh pergi dulu mendahului mereka. 

Bertolak dari rumah dalam pukul 8 dan sampai di sana sekitar pukul 8.45 pagi. Xjauh mana pun...Kedatangan aku dan keluarga di sambut dengan bacaan Yasin dan dari laman rumah kelihatan keranda dan tirai yang bergantungan bagi tujuan memandikan jenazah. Desakan minda aku bila sampai aku nak sangat tengok isteri arwah. Xperlu mata melilau, penglihatan aku terus menangkap kelibatnya yang terduduk lesu di sisi jenazah. Di satu sudut kelihatan beberapa orang yang sedang sibuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk tujuan memandi serta mengkafankan jenazah. Sesekali nenek itu (isteri kepada arwah) kelihatan tersedu-sedu. Kerap juga beliau menyingkap kain yang menutupi wajah jenazah. Naluri keperempuanan aku cukup tersentuh bila melihat nenek itu tadi mengucup kasih wajah suaminya yang kaku di pembaringan. Kedengaran tetamu bercerita yang pasangan ini sememangnya pasangan bahagia yang xdapat dipisahkan..macam belangkas. Laju sahaja ingatan aku ini melayang bila terkenangkan peristiwa yang berlalu lebih 2 tahun lepas. Kedua pasangan ini asyik bergurau senda sesama sendiri dan bergelak tawa bersama-sama masa hari pekahwinan cucu lelaki mereka. Nampak bahagia sangat..

Pendengaran ni tiba-tiba tertumpu pada rintihan yang keluar dari mulut nenek tu. Awak pergi tinggalkan kita, mana lagi kita nak pergi. Kita sorang2..selalu awak saja yang jaga kita..Bila ada tetamu yang datang menenangkan nenek tu, terus terpacul dari mulut nenek itu..semalam masa arwah sakit kena tahan kat wad sepital..arwah sibuk suruh dia berehat, pergi cari makanan..Masa nenek itu sakit bermacam kelengkapan yang arwah belikan dalam usaha nak lihat nenek tu sembuh dengan cepat...Sampai ke upacara pengebumian pun, nenek itu terpaksa dipapah ke tanah perkuburan memandangkan keadaannya yang xmampu berjalan denagan stabil dan hajatnya untuk menghantar jenazah suami hingga ke tanah perkuburan. Badannya yang lesu kelihatan payah sekali mengheret kaki menuju ke kereta yang disediakan untuk di tanah perkuburan.

Melihat ada yang memandang simpati..dan xkurang juga ada yang menitiskan air mata...Mungkin kerana melihat kemanjaan dan ketulusan cinta yang terzahir menerusi gerak tubuh nenek tu. Sudahnya berakhir kisah cinta pasangan romantis ini di dunia....Bercinta hingga akhir hayat....Aku xdapat nak menganggarkan akan berapa peratus cinta nenek itu tadi pada arwah. Kerana persoalan itu terlalu payah....cinta xboleh diukur kerana nilainya adalah infiniti!!

Tulah dia cinta orang dulu2...jodohnya kerana pilihan orang tua..perkenalannya di alam petunangan, berkasihnya di alam perkahwinan...cintanya pula harum subur hingga ke akhir hayat...indahnya cinta...Aku tiang  dia penyokong..Tempang penyokong rebahlah tiang....Apa beza cinta mereka dengan cinta yang wujud hasil arus globalisasi ini..Makin laju arus globalisasi..makin laju cinta pudar dalam hati.HAri ni kahwin sebab sayang esok ditinggalkan sebab benci.. Semoga kita semua bertemu dengan teman sehati dan kekal bersamanya hinggalah nyawa tercerai dari badan..Insyaallah..

Sedangkan diri ni terlalu kasihkan awak hingga terlalu takut untuk mengakui..bimbang kasih diancam badai....Sedangkan terlalu ingin lidah menuturkan jangan pernah jemu awak bersama saya selagi darah masih sudi mengairi urat saraf dan temulang. Dan bila saat perpisahan kita hampir tiba...ingin sekali diri ini mendengar alunan kalimah Allah dari awak menyapa pendengaran ini..

Hingga hujung usia tetap bersama


THANKS 4 READING

No comments:

Post a Comment