Wednesday, 2 May 2012

Guilty and ...

assalamualaikum...

Tiba2 malam ni hati digigit rasa bersalah pulak. Aku mempersoalkan perkara yang menjadi milik orang lain dan bukannya aku.. Dengkikah aku? Tentunya x..buat ape nak mendengki kalau tiap manusia ni dah ada rezeki masing2. Cuma  cepat atau lambat datangnya kan.

Tersentak aku bila tahu coursemate masa kat u dulu dapat panggilan tuk interview PTD.. yup PTD is Pegawai Tadbir Diplomatik. Ya Allah bestnye dapat g interview lepas lulus periksanya yang susah tu. Menurut kawan aku dia dah 2x ambil exam tu..minggu depan g interview pulak...Terdetik dalam hati ni, mempersoalkan..kenapa aku xpernah dipanggil exam tu, kenapa bukan aku yang dipanggil interview..(lau dah namanya xpernah dipanggil exam camne pulak nak panggil temuduga kan..ha ha aha.. ketawa dalam tangisan la aku)...PTD tu satu2nya cita2 yang aku pasakkan dalam hati masa tahun pertama hingga tahun akhir aku di universiti...

Tapi aku sedar balik..balik ke alam realiti...cewah..bukan lah..tapi aku balik pada qadak dan qadar Allah...semua tu dah tersurat..Allah dah tuliskan perjalanan hidup aku ni..dan siapa pulak aku nak mempersoalkannya. .Astagfirullahalazim...Teruknya aku kan..Aku xdengki tau..cuma terkilan...kalau lah aku dapat jawatan tu..mesti aku dapat mengukir senyuman orang2 tersayangkan..Mesti aku jadi berguna di mata semua...

Ya Allah..aku tahu rezeki yang kau utuskan buatku belum sampai..Tapi aku bersyukur dengan rahmatMu..Aku masih punya tempat berteduh..masih ada makanan untuk aku suap saat perut ku lapar..masih ada pakaian untuk melindungi anggotaku..Syukur alhamdulillah...ampuni aku Ya Rab...kerana mempersoalkan perkara yang bukan untukku...To my fwen..ida doakan along berjaya ye..:)

No comments:

Post a Comment