Musim exam tiba lagi..tapi kali ni buka exam sekolah atau di universiti..bukan exam untuk dapatkan gred seperti biasa yang pernah aku ambil. Ini adalah exam yang bakal membuat saraf dan urat jadi berpintal seperti wayar.
Aku xtau apa yang patut aku siapkan..buntu...bukannya aku xberusaha menyumbat otak ni dengan aneka bahan bacaan tapi sume tu pada aku tidak berkesan. Entah dimana silapnya aku sendiri tak pasti. Keyakinan aku beransur-ansur hilang.Semangat makin pudar aku rasa. Langkah kaki menuju destinasi makin lemah. Serasanya tak ada benda pun yang mampu menyuntik tenaga yang aku perlukan. Lantaran itulah, bahan bacaan yang ada aku pandang hanya sebelah mata.
Tuhan..dah terlalu lama kau mengharap..dah terlalu banyak harapanku musnah di pertengahan. Aku tak kuat menampung kekecewaan lagi. Terasa tiada tempat yang menerima, terasa diri tidak berguna...serasa apa yang diusahakan selam ni hanya sia-sia belaka. Tuhan...aku tak sanggup lihat keluhan serta rintihan dari orang sekelilingku seolah-olah aku manusia yang paling bodoh. Hidup hanya mengharapkan ihsan mereka. Menyusahkan saja hadirku ini buat mereka. Tuhan..kau tamatkanlah penantianku dengan segera. Seperti kau tamatkan pencarian Adam dan Hawa seperti kau tamatkan penantian Zulaika pada Yusuf. Kau usaikan kekusutan ini Ya Allah. Kurniakan aku dahan yang kukuh untuk aku berpaut.
Seorang pengecut akan mati berkali-kali dalam hidupnya sedangkan seorang pejuang hanya akan mati sekali sahaja seumur hidup..Dan mengalah sebelum berjuang..itu bukan aku...
No comments:
Post a Comment