Tuesday, 12 June 2012

KERTAS GULUNG BUAT ABAH

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...



Tiba2 datang idea nak hapdate blog dikala malam  bulan gerhana ni...Bila bulan gerhana aku datang rajin menggodek papan kekunci pc ni. walawee...Tengok litle bro menggosok baju seragamnya tuk majlis anugerah cemerlang esok sesungguhnya menggamit nostalgia silam aku masa zaman form 6 dulu. Lil bro aku esok dengarnya akan ambil 4 anugerah esok...Mak abah datang sekolah tuk menyaksikan detik-detik yang membanggakan tu..:) Tahniah aih..

Jom flashback sikit masa zaman2 kegemilangan aku dulu...Memulakan persekolahan aku kat kampung...menengah atas diluar daerah Port Dickson...dan tingkatan 6 dalam daerah Seremban...Sekolah aku masa tingkatan 6 tu sebelah ladang getah.Depannya pulak kuil..Majoriti sekolah adalah bukan melayu...

Lets go to the point...masa tingkatan 5 dulu dengan keputusan SPM yang xberapa memberansangkan..terasa bumi yang berputar ni menghempap kepala..Berat sangat..dengan keputusan matapelajaran sains tulen aku yang macam tahik..selalu je buat aku meniskan air mata..Institusi mana yang mahu terima aku dengan result yang amboi amboi ni...Nasib lah pelajaran teras aku keputusannya agak memberansangkan.Lantas aku hayunkan langkah kaki ini ke tingkatan 6. Yup tingkatan 6..pra universiti..Aku bulatkan tekad...untuk berjuang sehabis daya..Aku kerahkan tenaga untuk menghadapi pertempuran besar dengan tujuan mendapatkan tiket untuk menjejakkan kaki ke menara gading..Bukan senang nak loloskan diri ke sana tanpa azam yang jitu.

2 tahun di sana...aku jumpa dengan kawan-kawan. Di situ kita kenal sapa kawan sapa lawan..Sebab aku skema masa tu aku dipulaukan...Tengok aku bukak buku semua berbisik sesama sendiri...Tengok aku dapat markah tinggi dalam peperiksaan...ada saja kata belakang yang mengatakan markahku tinggi sebab cikgu bagi soalan peperksaan dekat aku..hey ppl..dapat x anda rasakan bagaimana hati aku masa tu?..cikgu pernah berkata...kaum minoriti menganggap tingkatan 6 ini sebagai lombong emas untuk ke universiti...tapi sayang..kaum sejenis aku pulak anggap tingkatan 6 ni sebagai tempat yang nak dituju sebab xdapat tawaran lain...tolong..ubahkan tanggapan anda...

Penghujung tahun sebelum nak ambil STPM...nama aku naik untuk dapat anugerah pelajar cemerlang dalam subjek dan pelajar cemerlang dalam tingkatan...Ya Allah..gigilnya kaki aku nak dapat habuan untuk usaha aku yang dipandang enteng kawan-kawan...dan masa tu mak tak pergi pun   hari anugerah cemerlang aku..beliau bekerja. Bila aku utarakan kat abah pulak..abah xberjanji...katanya tengoklah dulu. Kalau sempat abah datang...aku jernihkan hati..xapalah...asal diorang tahu...sedangkan dalam hati bertapa aku nak mereka hadir tengok kejayaan aku...kejayaan yang xpernah aku kecap sepanjang zaman persekolahan aku..

Dan bila tiba hari dan waktu yang dijanjikan...masa nama ku dipanggil...aku aturkan langkah secermat yang mungkin untuk terima hadiah kat atas pentas dan sebelum aku sambut hadiah yang dihulur aku pandang belakang..Aku nampak abah berdiri sambil tersenyum memandangku dengan uniform TNBnya..dan itulah anugerah yang tak ternilai sebenarnya untuk segala perih aku...ya..abah berdiri..tersenyum bangga aku kira sambil bertepuk tangan...Terus terukir senyum meleret di wajahku sambil tangan menyambut anugerah dari pengetua.

Benarlah kata orang. Ayah adalah lah orangnya yang akan berdiri,tersenyum dan bertepuk tangan saat kejayaan datang menyapa kepada anaknya ini..Memang bahagia rasa hidup kalau orang tersayang hadir menyaksikan kejayaan meskipun itu hanya satu kejayaan kecil...


THANKS 4 READING THIS


                  




Monday, 11 June 2012

INI CERITA DUG...

Haters???

i have haters??? omjayyyy...haters? memang xsangka...hari ni dapat ramai tau..aku merasakan dunia ni macam ana yang punya..hahaha..handal kan...Dunia ni kurasakan semakin pelik.Sebab ape? Sebab makin kita diam..makin orang sesuka hati je nak pijak kepala kita. Adakah dia merasakan dia cukup hot atau comel...atau cantik...Apa yang cantiknya kalau perangai macam tu. My fb is mine..So please la hormatkan hak peribadi orang..bukan nak post benda-benda merapu kat my wall dengan niat mendabik dada dan mengaibkan orang. Kalau xnak orang cakap yang tidak2 pasal kita, tolonglah hormatkan orang lain.Aku hanya manusia biasa..yang xlari dari perasaan marah jika hak aku dicerobohi sewenang-wenangnya. kalau nak tanya pun..gunalah bicara yang lembut dan x mengguris...bukan main hambur macam naga..

Apa yang aku dapat simpulkan hari ni...lan kali kalau orang yang bajet2 hot atau lawa cuba menghentam kita..kita patut berdiam diri je..biarlah dia nak melompat atas kepala kita ke..nak bergonjeng ke...kita patut biarkan saja..tak ada hak nak membela diri. just look n smile..macam burung unta. Masalahnya sekarang burung unta pandai ke senyum??? **garu pale jap..hadoiii..Pale terasa heavy sangat...banyak lagi benda lain yang harus dipikirkan selain benda ni...to haters..jauhkanlah diri dari aku..aku belum bersedia dan xkan bersedia langsung tuk semua ni...

TApi..syukur alhamdulillah...di samping haters...aku ada liltle bro n mr fiancee yang xjemu-jemu bagi dorongan dan semangat MALAM NI...maybe this day i got 3 or more idiot haters..but i got truly love from ppl who care for me..THANKS TO CREATOR...



THANKS 4 READING THIS..



Monday, 21 May 2012

Kalau lah aku tahu

Assalamualaikum.... 
Kepala yang berat dan agak sakit..
Aku gagahkan jugak diri ni nak menulis sesuatu...
Kalau lah aku tahu...
Benarlah kata orang
Manusia hanya tahu menghargai dan menyesal..
Andai satu perkara  yang xpernah dipandang..xpernah ada makna pada dirinya 
Tiba-tiba dah tiada...bawak diri ke tempat yang jauh..jauh...
Masa tu barulah satu persatu kenangan terlayar depan mata
Macam-macam Flashback terimbas dalam fikiran
Masa tu nak menangis pun dah xberguna

Pagi ni aku hilang 2 ekor kucing sekaligus...
Awal pagi tadi aku kutip jasad dia yang kaku tepi jalan rumah aku
Dah bersemut pun..sejuk..keras badannya
Kena langgar mungkin
Berdasarkan kesan kat sekeliling jasad kaku tu
Baru semalam aku suapkan ubat antibiotik
sebab badan dia kurus dan aku nakkan dia berisi dan sihat
mata dia biru..bulu putih..
Baru semalam aku marah dia sebab tumpang menyusu kat dania
Baru semalam aku angkat dan pandang muka dia...
Kat hidung dia baru aku perasan ada tanda itam separuh
Baru semalam dia teman aku masak sardin kat dapur
Aku masak sambil tengok dia makan sisa-sisa lauk yang aku buang atas tanah..
Baru semalam..baru semalam..
Tapi hari ni yang aku tengok 
Hanya jasad kaku dia yang dah bersemut

Aku jarang pegang dia sebelum ni sebab dia kurus
Cuma semalam.
Aku biarkan dia naik atas riba aku
Aku usap badan dia...
Aku tengok muka dia..
Sebab dia berdegil xmau makan ubat
Dia terkapai-kapai
Dan mungkin dia cakap..aku xmau ubat tu non
DAn kalaulah aku tahu rasa nak mati tu tiada ubatnya
TApi hari ni riba aku kosong..
Tak ada badan dia yang nak aku usap
tak ada muka dia yang ank aku pandang
Tangan aku pun xkan calar lagi sebab cakaran dia (tanda protes xmau ubat)
Dan kalau lah dia dapat tengok air mata sesal aku..air mata sedih aku
Si mata Biru yang selama ni aku pandang sebelah mata aje
Rupanya ada tempat tersendiri dalam hati ni
Kalaulah aku tahu :'(

Puteh masa babY

Putih satu family...Yang tengah nyusu..@ dari kanan tu puTeh

Yang ni gambar putih yang terbaru..kurus kan

   Selalu beralah dengan yang lain..Putih...Paling kiri.







Thursday, 10 May 2012

Si Bebal di hati Aku

Kalu jumpa orang yang annoying akan ku palingkan muka macam ni..
Ada beberapa perkara dalam hidup ni yang xmampu untuk diluahkan. Tapi ketahuilah ianya sangat-sangat menganggu ruang pikir. Perkara yang jadikan segala ketenangan yang ada berkocak dengan hebat. Bertahun-tahun dulu saya orangnya yang pernah nanar kerana perkara gila. Menangis berhari2, sampai bengkak2 mata, result menurun, langkah nak pegi kuliah terasa lemah...Pantang berseorangan pasti air mata berlinang.Kesan?? Result menurun...mata pun terasa kabur. 

5 tahun bukan satu jangka masa yang singkat untuk melupakan segalanya yang pernah terjadi. Nak melupakan tu bukan satu semudah ABC. Macam2 perkara pernah dibuat asal dapat melupakan..xkisah lah kalau lupa sekejap sekalipun. Apa yang sentiasa bermain di fikiran masa tu. "Bodohnya aku..aku bazirkan masa 5 tahun macam tu jer untuk orang yang semacam tu"..Biarpun jauh dalam hati aku ada rasa takut..takut kiranya keputusan yang aku buat, untuk x pandang ke belakang lagi tu salah..atau mungkin satu perkara yang merugikan aku. Macam mana kalau dia memang untuk aku..SAlahkah aku sekiranya aku lepaskan orang yang dijadikan untuk aku. Tapi hati melawan...kalau suka x macam tu, kalau sayang xmcm tu..jodoh yang baik adalah jodoh yang direstui...jodoh yang baik adalah yang mendorong kita ke arah kebaikan...

Bertahun lepas tu..tetap diri aku yang dicari. tapi entah kenapa macam2 kata yang boleh mencairkan aku diucapkan tapi xsedikit pun aku terkesan. Tambah2 ada hint buat hati aku goyang.Berdua dengan girl dalam car masa aku telefon...hampir pukul 1 pagi..Tapi aku abaikan aje. Mungkin dia nak menolong orang aje tu..Walau dalam hati xdapat terima lansung apa yang diperbuatnya tu. Konon ,masa dengan perempuan lain , walau dengan sesiapa pun hanya aku tetap di hati. Aku sudikan jugak telinga ni mendengar walau dalam tekak ni menjolok-jolok muntah nak keluar. Tambah2 lagi bila best friend dia yang sengal tu salahkan aku sebab dia kawen dengan orang lain sedangkan kawan sengal dia tu xpernah lupakan aku..ingatkan aku...(annoying huh?)

AKu tak lah terkilan cuma terfikir, kejamkah aku pada dia sampai macam tu sekali aku buat dia. Tapi tiba2 aku teringat balik kata orang kalau jodoh xkemana kan...Dah jodoh dia...tu yang Allah dah tetapkan. Siapa kita nak persoalkan..(statement tuk kawan dia yang sengal tu).Kadang-kadang selalu jugak aku terfikir..Jahatnya aku..

Dan sampailah hari ni..aku xperlu lagi nak pikir aku jahat. Aku terjumpa gambaran cinta dia. Mac 2008??? Kau tinggalkan aku masa penghujung taun 2007..cepat gila kau dapat ganti kan..Itu ke yang kau kata kau sentiasa ingatkan aku? harapkan aku? Aku ingat lagi masa tu aku hilang arah, jadi meroyan..macam orang gila...nikmat hidup, nikmat belajar terbang entah ke mana....Kau pulak enak memadu cinta dengan orang lain. Hah..aku dapat bukti..Bukti saat aku menderita..dan kau pulak bagai si keparat yang berkepala babi yang sapu ape je depan mata..No wonder la..bila tiap kali kau telefon aku, kau akan tuduh aku sedang happy dan bahagia dengan orang yang tersayang sedangkan masa tu apa yang kau tuduh tuk gambarkan diri aku adalah sangat kontra..kontra!!!! AKu terdiam menehan sebak dan muntah sedangkan masa kau cakap aku tu sebenarnya kau tengah bagitahu pasal kebahagiaan yang kau alami. Indahnya dunia cinta kau tu..%^&*$

n now...wedding kau pun dah berlangsung..Ingin sekali aku nak sampaikan salam takziah buat si cantik rupawan yang dah sah jadi isteri kau tu.. Your "b" tu adalah orang yang paling kuat sekali menipu dalam dunia ni.. Yup...i tak pernah tahu kenapa u minat sangat nak kenal dengan i. Tapi sebenarnya i mmg xnak kenal dengan u..u n your babie tu  boleh pegi jahanam. N now u the babi..aku xmampu nak balas perbuatan kau ni..tapi dalam masa yang sama aku bersyukur sebab Dia keraskan hati aku agar xcair dengan pujuk rayu kau. Sekali kau buat aku menangis...berapa erk jumlah sebatan dari tulang rusuk aku masa kat sana nanti? n kiralah berapa banyak kali kau dera emosi aku...kau buat aku meratap..kau buat aku meraung???...buat aku rasa bersalah tapi sebenarnya benda yang buat aku rasa bersalah tu xpernah wujud pun..what the f * * *..


Now jugak bawu aku teringat macam amna caranya kau buat aku. Macam mana caranya kau bagi tahu aku kau bertunang..kawen...haiyaaa...apelah aku ni naif sangat..patut lah mak aku selalu persoalkan tujuan kau bagitahu semua tu kat aku..haiyaa..cilakak la lu

Yer aku xmampu nak balas..dan aku memang xnak balas..sekadar aku nk lihat dari jauh, sejauh mana kau bahagia atas rasa bersalah yang kau lemparkan dalam hati aku. Satu aku patut cakap dengan kau...Betul cakap my parents...n aku bersyukur aku ikut cakap mereka..kau memang haram..keji.keparat..!!!

Bila monci berbicara..kau memang kejii...uweekkkk





Mengalah Sebelum Berjuang

Musim exam tiba lagi..tapi kali ni buka exam sekolah  atau di universiti..bukan exam untuk dapatkan gred seperti biasa yang pernah aku ambil. Ini adalah exam yang bakal membuat saraf dan urat jadi berpintal seperti wayar.

Aku xtau apa yang patut aku siapkan..buntu...bukannya aku xberusaha menyumbat otak ni dengan aneka bahan bacaan tapi sume tu pada aku tidak berkesan.  Entah dimana silapnya aku sendiri tak pasti. Keyakinan aku beransur-ansur hilang.Semangat makin pudar aku rasa. Langkah kaki menuju destinasi makin lemah. Serasanya tak ada benda pun yang mampu menyuntik tenaga yang aku perlukan. Lantaran itulah,  bahan bacaan yang ada aku pandang hanya sebelah mata.

Tuhan..dah terlalu lama kau mengharap..dah terlalu banyak harapanku musnah di pertengahan. Aku tak kuat menampung kekecewaan lagi. Terasa tiada tempat yang menerima, terasa diri tidak berguna...serasa apa yang diusahakan selam ni hanya sia-sia belaka. Tuhan...aku tak sanggup lihat keluhan serta rintihan dari orang sekelilingku seolah-olah aku manusia yang paling bodoh. Hidup hanya mengharapkan ihsan mereka. Menyusahkan saja hadirku ini buat mereka. Tuhan..kau tamatkanlah penantianku dengan segera. Seperti kau tamatkan pencarian Adam dan Hawa seperti kau tamatkan penantian Zulaika pada Yusuf. Kau usaikan kekusutan ini Ya Allah. Kurniakan aku dahan yang kukuh untuk aku berpaut.


Seorang pengecut akan mati berkali-kali dalam hidupnya sedangkan seorang pejuang hanya akan mati sekali sahaja seumur hidup..Dan mengalah sebelum berjuang..itu bukan aku...



Wednesday, 2 May 2012

Di sini Kita Juga Hanya Tumpangan

Assalamualaikum...new post lagik.. :)


Tadi malam ader 2 ekor makhluk berkaler oren datang ke rumahku....sama ada sesat atau dibuang orang, tu aku sendiri xpasti. Yang pastinya aku selaku manusia yang ada hati dan perasaan berasa sungguh kasihan sekali dengan makhluk tu. Mereka ditemui syahmi yang masa tu nak keluar. Nampak macam ader makhluk lain yang makan dalam dulang makanan peliharaan kami. Terus diambil dan ditunjukkan pada aku..Comel sangat...terus hati jatuh sayang...

Kami kelek makhluk itu ke kamar mak...kata mak comel...ya memang comel..sebab belum ada peliharaan kami yang berwarna seperti itu...namun ada tapinya...jangan dipelihara lagi...peliharaan kita dah cukup  banyak..Ya..aku xsangkal..memang rumah kami dah begitu banyak peliharaan. 20 ekor tu jumlah yang cukup banyak bukan. Tu belum masuk lagi pasal najisnya, makanannya...makanan nya sahaja dah agak tinggi kosnya..Aku memang tiada hak untuk bersuara..makanan mereka bukan aku yang beli..aku cuma tolong jaga, bagi makan, jaga kesihatan mereka, mandikan mereka..bersihkan najis mereka.. itu dunia aku..apa lagi hak yang ada kat seorang penganggur untuk membantah..

Harapan aku cuma satu..beri peluang untuk aku merawat mereka. iTu sahaja..Lantas semalam sebelum tidur, aku bulatkan tekad, kalau memang mereka ada bila aku bukak pintu rumah pagi esok, dah jadi tanggungjawab aku untuk membelanya atau sekurang-kurangnya aku beri makanan.

Dan pagi tadi bila aku buka pintu rumah, memang ada lagi makhluk tu bermain-main dan bila aku buka mereka terkaku dan dengan mata sayu memandang aku. Ya Allah..berilah kemurahan rezeki buat kami untuk kami rawat makhluk Mu ini...

To coeb, dashi. kak lin, dania, jack,popai, rindu, dompot, lilo,lera,noni,amor, ling, randa dan beberapa yang masih belum ada namanya...anjakkan sedikit ruang...buat mereka mengisi perut..kerana kamu juga menumpang di sini...sama seperti aku yang juga menumpang seketika di tempat persinggahan ini...Jika mereka ini yang kau hantar ke rumahku untuk menumpang rezeki kami di sini..bukakanlah pintu hati penghuni rumah ini dan murahkanlah serta cukupkanlah rezeki Mu pada kami agar dapat kami kongsikan... Amin Ya Allah...






p/S ~ yang dua ekor warna oren tu makhluk yang datang malam tadi. See...pandai dia menempatkan diri disebalik kemeriahan peliharaan aku menjamu selera. Aku bahagia melihat mereka Ya Allah..Sujud syukur pada Mu atas segala rahmat.. :)

Guilty and ...

assalamualaikum...

Tiba2 malam ni hati digigit rasa bersalah pulak. Aku mempersoalkan perkara yang menjadi milik orang lain dan bukannya aku.. Dengkikah aku? Tentunya x..buat ape nak mendengki kalau tiap manusia ni dah ada rezeki masing2. Cuma  cepat atau lambat datangnya kan.

Tersentak aku bila tahu coursemate masa kat u dulu dapat panggilan tuk interview PTD.. yup PTD is Pegawai Tadbir Diplomatik. Ya Allah bestnye dapat g interview lepas lulus periksanya yang susah tu. Menurut kawan aku dia dah 2x ambil exam tu..minggu depan g interview pulak...Terdetik dalam hati ni, mempersoalkan..kenapa aku xpernah dipanggil exam tu, kenapa bukan aku yang dipanggil interview..(lau dah namanya xpernah dipanggil exam camne pulak nak panggil temuduga kan..ha ha aha.. ketawa dalam tangisan la aku)...PTD tu satu2nya cita2 yang aku pasakkan dalam hati masa tahun pertama hingga tahun akhir aku di universiti...

Tapi aku sedar balik..balik ke alam realiti...cewah..bukan lah..tapi aku balik pada qadak dan qadar Allah...semua tu dah tersurat..Allah dah tuliskan perjalanan hidup aku ni..dan siapa pulak aku nak mempersoalkannya. .Astagfirullahalazim...Teruknya aku kan..Aku xdengki tau..cuma terkilan...kalau lah aku dapat jawatan tu..mesti aku dapat mengukir senyuman orang2 tersayangkan..Mesti aku jadi berguna di mata semua...

Ya Allah..aku tahu rezeki yang kau utuskan buatku belum sampai..Tapi aku bersyukur dengan rahmatMu..Aku masih punya tempat berteduh..masih ada makanan untuk aku suap saat perut ku lapar..masih ada pakaian untuk melindungi anggotaku..Syukur alhamdulillah...ampuni aku Ya Rab...kerana mempersoalkan perkara yang bukan untukku...To my fwen..ida doakan along berjaya ye..:)