Tuesday 3 July 2012

Adegan Tangis Tangisan

Perempuan lazimnya kalau merajuk..nak dipujuk bukan dibiarkan baik sendiri...nak dipujuk dengan kata-kata yang lemah lembut. Kalau biarkan baik sendiri tu boleh baik tapi parut yang ada tu? Paham2 je lah. Ia akan kekal menjadi parut yang hodoh serta mencacatkan suasana. Jadi jangan salahkan perempuan andai berlaku perselisihan faham lagi dia akan mengungkit dan terus mengungkit...sampai bila? Sampai hati jadi puas..betul-betul puas...sampai rasa tak mampu nak mengungkit lagi dah..
Kalau depa nak menangis pulak?...For sure lelaki memang paling benci, tak suka, bosan atau apa-apa sajalah yang seangkatan dengannya bila perempuan menangis..Betul tak?...Masa mula-mula fall in love dulu, setitik air mata pun xnak dibiarkan menitik. Punyalah berharganya nilai air mata sang gadis masa di awal-awal musim cinta. Kalau tertumpah atau tertitis sekalipun masa tu, sanggup sampai pecah-pecah kepala, migraine la untuk cari ayat-ayat bunga nak memujuk...Tengah-tengah pokai sekalipun sanggup puasa sebulan ~melampau la pulak kan~ gara-gara nak beli bunga rose barang setangkai dua..mr teddy la..paling x pun cekelat...nak pujuk pujaan hati...After dah lama sikit perempuan nak merajukkah..nak menangiskah...lantak depa lah..ADA AKU KESAH????..Bunga taik ayam yang melata kat jalan pun xmampu nak dipetik untuk tujuan pujuk memujuk ni .Patutkah jadi begini? Mengapa dulu begitu sekarang begini....
Please guy..tolonglah jadi gentleman sikit. Kalau perempuan menangis..at least perempuan yang ada ikatan biologi atau ikatan kimia yang kuat dengan korang..Tolonglah pinjamkan
~Telinga untuk mendengar luahan si penangis...Tunjukkan simpati anda dan betapa anda sangat ambil kisah pasal kesedihan mereka. Fahami situasi mereka dan anggaplah anda berada pada situasi seperti itu.Trust me..Itu sudah cukup membahagiakan..
~Bahu sebagai tempat untuk disandarkan segala masalah, keluhan, isi hati, isi perut..alamakkk..:)  Jadikan diri anda sebagai tempat yang boleh diharapkan si penangis untuk berkongsi pelbagai rasa...Itu mampu menenangkan perasaan yang sedang berlibang libu.
~Ketika sedang dengar permasalahan mereka...xboleh ke hold hand (bagi yang muhrim okies,,)..Percaya tak..tindakan menggenggam jemari si penangis tu adalah umpama kita menyalurkan kekuatan yang boleh meninggalkan impak yang baik kepada si penangis..Apalah sangat nak salurkan sikit kekuatan yang bagai badang tu kepada kaum yang lemah..kan kan....
..lastly..aku tersangatlah fed up dengan mereka-mereka yang bersembunyi atas nama lelaki yang selalu buat alasan..U janganlah nangis,,i x reti la nak pujuk,,i xpaham kenapa u nak nanges2 ni, bukan ada sesiapa yang meninggal pun..i xboleh nak letak diri i sekarang kat situasi u coz kalau i berada kat situasi u.of course la i xkan menangis...i payah nak menangis..ok fine...Awak hati batu, awak jiwa kental, awak kulit biawak..tapi kenapa terlalu berkira sangat untuk pujuk seorang kaum lemah yang mengalirkan kekecewaaan di matanya..tambah-tambah lagi kalau kamulah punca pada kekecewaan yang mengalir tu?..xsemestinya kalau kita jiwa kental..kita hati batu..kita xperlu ada pengetahuan nak pujuk orang yang bertangis-tangisan ni. Jangan sebab kita mata biawak punya orang..terror..xmudah mengalirkan mata air di mata, kita boleh lelap mata je tengok orang menangis. Xtahu nak pujuk? Xtahu kenapa xmau cuba pujuk...xtahu kenapa xnak berusaha ambik tahu..xtahu kenapa xnak fikir sebelum buat sesuatu yang boleh mendorong kepada terjadinya perkara-perkara yang demikian..Kalau xtahu kenapa bla bla bla....
P/S~air mata seorang wanita itu sebenarnya macam biji benih yang sedang bercambah kukuh tatkala ianya mengalir. JADI..jangan terkejut kalau satu masa dia ambil keptusan drastik yang sesiapa pun xkan sangka...Air mata itu KEKUATAN..BUKAN KELEMAHAN PEREMPUAN.
Aku kalau nangis gini nescaya rahangku sakit alik..;)
  THANKS 4 READING

12 comments:

  1. love dis entri!
    angguk2 bace entri ni td. haha :'D
    tande setuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh syg....sbb stuju..gugurl sll paham gugurl len kan..:)

      Delete
  2. air mata itu kekuatan.. sokong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear..kita makhluk yg lembut di luar tapi perkasa di dalam..ewahhh :)

      Delete
  3. hurm.. dah lama tak ada perempuan menangis di sisi saya. sampai saya da terlupa macam mana moment tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. parah ni boni..awak smpai boleh lupa..hik3

      Delete
  4. jarang menangis.


    menangis bila perlu sebab mencari kekuatan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat lega dan tabah bila ianya dikuarkan..:)

      Delete
  5. menangis sbb rasa benda tu blh melegakan :)

    saya suka lelaki yg sensitif. nmpk kelembutan hati dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yana..kalau dia keras hati kita lagi keras hati ye x..;D

      Delete
  6. bile sy mnangis, 'orang' sy slalu sruh sy b'henti. dye ckp dye sedih bile dgr sy mnangis. x tau blh cye ke x dye ckp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia swuh berenti sebab di terlalu sygkan awak agaknya..:))

      Delete