Wednesday, 19 September 2012

Nakal ke Jelmaan Hantu raya ni??

Assalamualaikum...:))

Kehadapan pembaca2 sekalian...Entri saya datang lagi...ewahhh...ape erk nak mengomel ari ni...hehehe.... jongket muncung sket...pancing idea la kunun...Puihhh...poyo benor ghope kamu shahida..haih...Sebenarnya ada da point ni..Saja menceceh2 kejap. Nampak x ni....



Pernah x korang rasa geram gila ngan budak2....Bukan geram sebab comel tau..tapi geram sebab kejahatan diorang yang xmacam2 budak...diorang bukan bawak watak jahat budak ok..tapi jahat s****. Bila ditegur sampai nak juling biji mata dorang menjeling, pastu buat muka masam macam murtabak gajah yang basi..Hui..panas..panas..

tahu diorang tu cume budak2..tapi sumpah..aku xpenah jumpa budak2 yang macam ini...Meh sini aku listkan apa "jasa2" dorang terhadap aku serta komuniti setempat...aku tak tahu lah salah saper tapi...kadang2 sering je kesabaran aku senipis kulit bawang bila berdepan dengan mereka.

1)  Bermula dengan adegan belaan aku dicopet mereka. Mereka lebih dari seorang ok. Siblings...Ao...masa kucing aku yang sarat hamil hilang buat beberapa ketika dan pulang ke rumah dengan perut yang kempis, dah tentulah aku yang macam kucing hilang ekor. macam nk mamai aku cari  anak si dania..(nama kucing ku dania...class kan..). Rupanya si Dania senyap2 pandai2 g beranak kat tepi rumah hantu raya ni. Petang tu jugak aku capai bakul.. Lapikkan dengan kain..niat hati nak pergi tuntut anak dania...Dah dania pun nampak xkeruan. Simpati aku tengok. Bila sampai je tengok anak2 solehah tu tengah jinjit2 leher anak dania sambil bagi susu pekat kat anak kucing yang baru sehari dilahirkan tu. then aku cuba minta dekat ibu diorang...ibu diorg pun subahat sekali. Kata dia kucing tu dijumpai kat tepi jalan masa nak melintas...Masuk akal ke anak kucing yang belum pun terbuka matanya melintas jalan??....berapa kali aku minta..tapi...dia enggan bagi...bila dania datang mengiau dekat rumah diorg minta dikasihani...nak dekat dengan anak yang dilahirkannya.sanggup  dihalau dania yang xbersalah itu. Then, bila da seminggu anak solehah tu anta anak kucing yang dah nazak ke rumah aku..alasannya tu anak dania. Dia jmpa dalam bilik..K. Itu anak kucing yang sama aku tengok dorg jinjit ok!! Da nazak..dari 4 tinggal seekor..Kata mereka ibu dorg yang bijaksana tu pesan anak kucing tu dijumpai dalam bilik dorg yang xpernah dibuka..korang tahu x apa perasaanku masa tu? Hidup2 aku kena tipu dek cerita dongeng yang direka...Dah nazak, da nak mati..pandai dorg hantar anak dania balik...selang berapa minggu..anak kucing tu mati  tanpa sempat aku bagi nama..

Nilah dania....Ibu kucing yang malang tu...
2) Ni situasi dari hari sehari puasa sampai dekat nak raya..Tiap2 malam dorg main mercun..Pernah satu petang aku yang tengah keluarkan kuih yang dah masak dari ketuhar, terlepas dulang yang sedang aku pegang...gara2 terkena kejutan mercun tu. Tahu x apa diorang buat, diorang campak mercun bola dalam rumah aku. Boleh x korang bayangkan kalau mercun tu terkena benda-benda yang senang terbakar????...Betapa boleh terbakar rumah aku...Kalau tingkap bertutup dorg baling pulak dekat porch kereta...Kadang2 aku tengking juga....apa x nya pagi petang siang malam benda2 yang sama jugak yang terpaksa aku hadap..Terpulang lah kalau korang nak kata aku ni jahat macam mak tiri..tapi the fact is aku xtahan sangat..

3) Pernah sekali diorang letupkan meriam buluh kat depan rumah aku. Hasil letupan tu buat batu2 dan serpihan terpercik ke sana sini dekat rumah-rumah yang jauh apatah lagi yang berdekatan.. anak-anak solehah tu lari dan tinggalkan kawan dorg yang masih terkejut kat situ. Yang jadi mangsa tentulah kawan dorg yang tinggal tu.. Apa tidaknya sekarung besar serbuk kabaid ditemui ditempat kejadian...Boleh korang bayangkan macam mana budak seusia mereka dapat benda2 tu? Dalam kuantiti yang banyak pulak tu. Ya Allah..mujur tiada siapa yg cedera..lau ada yg putus anggota badan? Acane?



4) Ni kisah yang paling worse dan paling baru sekali..perkara ni jadi masa aku tengah siapkan juadah berbuka puasa.. Mak aku terlelap lantaran kepenatan pulang dari kerja. Aku nampak kat depan rumah aku ada api yang tinggi..asap hitam tebal.Tapi aku fikir mungkin makcik jiran aku ni bakar sampah..maklumlah kan dah nak raya. Tiba2 masuk adik bongsu aku berlari2 kejutkan mak kata rumah sebelah terbakar. Ya Allah..kami sekeluarga terus berlari keluar..tengok2 jiran2 yang lain da keluar..tolong padamkan api..Api da naik sampai siling rumah..dinding rumah sebelah da hitam da...Nak tahu x sapa punyer kerja semua ni...anak2 solehah tu main2 api last2 terbakar sofa..Nasib la pakcik2 jiran aku yang budiman sempat tarik kuar sofa yang jadi punca kebakaran tu. that mean..asap n api yang aku tengok masa tengah siapkan judah berbuka tadi datang dari sofa tu.. Menangis2 lah anak solehah tu lantaran takut n terjerit2 lah mintak tolong..Mujur cepat kalau x..sederet kawasan kejiranan kami boleh musnah dimakan api..Bayangkanlah kalau raya dah dekat kami pula tinggal sehelai sepinggang.


Banyak lagi n aku pun tak tertulis kedajalan dorg kat sini.  pendek kata aku memang stress ngn dorg...Mak ayah dorg tu aku no comment lah..Tapi lau bab mengajar anak2 depan khalayak diorang lah orangnya..semoga anak2 kecil tu akan menyumbang sesuatu untuk bngsa dan negara..jangan jadi pakar letup sudah..Harapan jangka pendek..aku harap sangat dalam masa terdekat ni xda masalah yang diorang buat lagi atau aku boleh jadi hantu dibuat mereka...

TQ 4 READING 

Sunday, 16 September 2012

HAri Nyah Habuk Sedonia

Assalamualaikum semua...:)
 Kejap je bulan Syawal da sampai ke penghujungnya..Baru semalam rasanya buat kueh raya**erkk. Happy holiday jugak diucapkan pada semua. Apa aktiviti korang masa cuti ni?.Aku duduk rumah je pun....beramai-ramai dengan family sambil menikmati keenakan nasi ayam buatan mak..:))


Apa dia hari nyah habuk sedonia...**dalam konteks sendiri sebenarnya..Sebenarnya hari mengemas bilik je..general cleaning bilik segala...Habuk adalah benda yang paling banyak yang terjumpa dan dijumpai.. :D..tu xkira lagi ngan baju yang bersepah2, almari da macam tin sardin cap hayam brand, dengan segala macam sepit rambut, ikat rambut, bedak, lotion, pencuci, krim, toner bagai.ha..bodak sojok yang mak jemah suka pakai pun hader...haihh..dan lagi segalanya yang patut ada dalam bilik pompuan lah..Lagi pulak..ada terbaca satu artikel ni yang seorang manusia menghabiskan lebih dari separuh hayat mereka dalam bilik...Yela kan..nak tido je kita kat bilik da..nak rehat..nak bersantai..time frust, sedih nak menyendiri,nak bergayut segala..kan3..Moh tengok gambo bilik2 cantik jap..Bagi naik semangat ckit..



Sememangnya lah aku ni seorang yang sangat alergi pada habuk....ader je habuk mula lah muka gatal la, hidung berair la, selesema la...kang mula la sroottt2...sedut hingos..xpun akan kedengaran la bunyi aciuuuu2 di sana sini sudut dalam rumah..terbang barang2 yang ada kat tepi..**punye la kuat den bersin ha..

Hokey.. muler2....kat kipas dulu...ni la punca habuk berkitaran dalam bilik aku..lap bersih..terjengket2 la si petot ini...pastu tengok atas almari, meja solek, dan xlupa bawah katil aku yang macam tongkang tebalik....huhuhu....

After that, kita asing susun barang2...macam 5s da ha...Then terbaca plak dalam internet kalau nak mengemas nih oleh (Peter Walsh) mengemas ni boleh dilakukan denagn menyediakan 3 baku yang mana tiap2 satunya kita namakan sebagai simpan, buang dan derma....Kalau ikut cara ni barang2 yang dimasukkan dalam tiap2 bakul kena adil dan sekata...xboleh la kalau nak simpannnn je semua...xsemua barang kita perlukan betul x...

yang paling menarik sekali ketika aku menjalankan perkara berkenaan bakul ni dengan istiqomah, xsampai separuh jalan lagi, aku mendapati bahawa semua barang patut disimpan..sayang nak derma..nak buang..makanya dengan sehabis daya...aku try jugak susun atur semua segala...sebaik yang boleh..dan pastu kerja mengemop lantai kasi licinnnn dan hasilnya tadda..walau pun xda hiasan dalaman yang cantik..bilik aku bebas habuk dan agak tersusun la barang walau masih nampak sarat..insyaallah...lau kekuatan tu ada akan ku gunakan tips 3 bakul tu dengan redha...

Moralnya~kalau nak mengemas tu lakukan sehabis daya..jangan jadi macam aku ni.lau ditanya bab habuk rasanya tader da.lau ada sikit pun besar zarah..mana la aku nampak..Fuhhh.Lega hidung tayer.:)) TApi kalu bab kemas mengemas ni sejauh mana berjaya..err...segan nak cakap..huhuhu..

Errr nak wish selamat mengemas tuk korang leh??? :)

THANKS 4 READING 

Friday, 14 September 2012

bila hati dah mati

Bila hampa itu ada di mana-mana... 
Bila kecewa itu menghambat walau di mana saja kita berada...
Bila tiada kata yang mampu diucapkan..
untuk apa mengucap kata kalau kata itu kedengaran sumbang dipendengaran semua.
Jadi hanya dongakkan wajah...lihatlah wajah2 bongkak yang menongkat langit..
Persetankan duka....Biar kata2 jadi bisu...
Sedarkan diri..Diri hanya si kerdil...Masakan layak berkutik walau sedikit..
Allah itu Maha Adil...Dia yang Melihat segala yang berlaku...
Andai kejatuhan yang kau harapkan buatku
Tidak akan terjatuh aku berguling melainkan dengan kehendaknya..
Hati yang mati masakan dapat merasa sakit..
Hati yang mati sudah kontang dengan duka
Hati yang mati sudah kebal dengan pengkhianatan..
biarkan jasad masih mencangak biarpun hati ini dah lama mati..


Tuesday, 4 September 2012

..mereka hanya si tua...hargai selagi ada..

Assalamualaikum wbt....


Dalam kecelaruan jiwa ni berhajat jugak nak menghentak kat blog nih...
Terhiris rasa kolbu melihat orang2 sekitar dimalukan dengan cara yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Wahai manusia...Apa perasaan kamu bila da malukan saudara sekampung, sebangsa, seagama dengan kamu sendiri?...Puas ke perasaan menyindir, memerli, menempelak atau yang seangkatan dengannya...Semata2 kerana BERBEZA IDEOLOGI POLITIK. Kenapa golongan tua dan ahli agama yang xbersalah harus dilibatkan dan dimalukan sedemikian rupa?..Kenyataan xsedar diri itu sangatlah xberasas ditambah pula dengan tambahan dialog2 berunsur  fitnah dan menjatuhkan air muka orang yang berkenaan.  HAnya kerana berlainan IDEOLOGI POLITIK, anak bangsa yang seagama dengan kita sanggup menjatuhkan air muka orang yang telah banyak berjasa pada penduduk kampung. Mereka yang tidak sedar diri itu adalah golongan emas yang dah bergelar atuk pernah berkhidmat sebagai tentera, guru, polis dan sebagainya. Atau apakah berhimpun untuk berbual-bual kosong itu salah?. Atau berhimpun itu memerlukan surat kebenaran rasmi?. Kepada si petualang kampung...kalau lah ideologi kamu dan golongan tua itu tadi tidak sealiran sekalipun..hormatilah mereka sebagai orang yang lebih tua dan lebih dulu merasa pahit getir perjuangan dalam hidup..Tanpa mereka siapalah kita..Tak perlulah rasanya kita memalukan mereka dengan cara paling keji, cara kononnya ingin mengambil gambar kenangan dan akhirnya gambar itu digunakan untuk tujuan kepentingan peribadi...Allah itu Maha Adil...satu kamu buka aib orang...di sana nanti entah berapa luas aib kamu dibuka oleh yang Maha Mengetahui...Aku hanya berpegang pada kata2 yang masih hingga kini melekap kuat di jiwa. Bila kita tutup aib orang lain....Di sana nanti Allah akan tutup aib kita dihadapan semua makhluknya...Si petualang..kenapa menyebar fitnah  dengan berselindung di sebalik gambar perempuan yang bertelanjang???? Atau kamu sebenarnya sememangnya si bacul yang membaling batu tapi kerna takut diketahui tangan kamu sembunyikan???

1 jari yang menuding manusia lain...maka 4 jari lain akan terarah pada di penuding..mempersoalkan perbuatannya itu.Wallahualam...

Sungguhpun kamu hendak naik ke atas...pastikan kenaikan kamu itu tidak membuatkan orang lain jatuh berguling-guling.

TQ 4 READING THIS

Saturday, 1 September 2012

...engkau pemangsa aku mangsa...

Assalamualaikum....

Petang sabtu yang teramat lah bosan..Sejak beberapa menjak ni aku jadi manusia yang amatlah perasa...perasa..perasa..perasa...Kenapa perasa? Entahlah..Mungkin jugak sebab fitrah kejadian seorang wanita...Entri kali ni hanya membawa pembaca menyelusuri kembara perasaan yang kian lara sejak akhir-akhir ini. 

kerana terlalu ingin menjaga hati dan air muka orang lain...
Aku biarkan sahaja hadiah untuk aku yang sepatutnya dibuka olehku dibuka sewenang2nya di depan mata aku sendiri. Hadiah milikku yang berbalut kemas dikoyak rakus di depan mata aku sendiri. Aku ulang..Di depan mata aku sendiri..Dan sebab nak menjaga hati seorang perakus itu..aku diamkan saja...sedangkan jauh dalam hati ni aku rasa sangat terkilan..aku malu pada si pemberi..seolah-olah aku xhargai..xjaga hadiah yang diberi untukku itu. Tapi kerana ingin sangat nak menjaga air muka si perakus itu...ya.aku diamkan saja...jauh dalam hati..aku tersangat malu pada pemberi dan untuk aku pula..aku terkilan..terkilan..

kerana ingin sangat diterima dan disayangi
Kata orang masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau mengaum..masuk kandang buaya..mengucap saja...Untuk apa peribahasa itu...ya..memang berguna bila kita nak melangkah ke arah satu persekitaran yang baru..penyesuaian diri tu sangat lah penting. Ala2 sesumpah lagaknya...Tapi mengapa bila penyesuaian itu sedang berlaku amatlah perit aku rasakan....Mengapa setiap tindak tandukku seakan tidak kena pada mata mereka. Ya aku memang seorang penganggur..tapi aku bukan pisau cukur..Alhamdulillah..masih cukup makan pakai hasil ehsan emak dan abah...xkan sebab sehelai sampul aku jadi kaya raya....tapi kerana nak sangat orang sayang..aku telankan jugak panah2 tajam dan bisa itu.



dan bila apa saja yang keluar dari mulut kita jadi pertikaian..mengundang pandangan sinis orang...mengundang amarah pada yang mendengar....
dan apa pula agaknya perasaan orang yang terpaksa menerima semua ni sebagai satu cara hidup..???satu kebiasaan? sedangkan seluruh jiwa aku menolak semua tu habis-habisan...terlalu sukar diri ini menerima bila setiap langkah yang diatur..setiap kata yang terucap hanya bagai seorang badut di pementasan. Apatah lagi bila orang yang melakukannya adalah orang yang selayaknya menghormati kita? Jika bukan sebagai saudara...pandanglah aku sebagai manusia..bukan anjing kurap yang boleh direnyuk, ditengking, dimarah..diperli sesuka hati....Jangan fikir kerana pangkat..pengaruh..apa yang kau lakukan akan tersembunyi di mata Allah...Belum tentu kejayaan dalam genggaman kalau amalan kau hanya mempertikaikan apa kata orang, melukakan hati orang yang kau patut hormati.memalukan orang yang patut kau hormat...Bersyukurlah..badut yang selalu jadi bahan lawak, perli, tengkingan kau ini patuh laksana anjing atas apa yang kau suruh...Aku manusia...ada hati ada rasa ada jiwa....aku memang banyak kekurangan,,,,jangan kerana kekurangan aku....kau malukan, kau lukakan aku...kau tahu apa??? Aku xredha...sama sekali aku tak redha atas apa yang kau buat ke atas aku...dan aku juga xmau peduli kalau kau tersungkur dimedan pertempuran kau....malah aku orang pertama yang akan sujud syukur melihat kekalahan kau...Walau siapa pun engkau....aku sudah xmahu peduli...dan diamku itu bukan bermaksud aku melupakan...

Sekian panjang lebar luahan aku....kisah pengembaraan luka aku. untuk hari ini..



TQ 4 READING THIS

Wednesday, 29 August 2012

.....Syawal yang berlabuh...

Assalamualaikum...

Kehadapan pembaca2 yang disayangi serta dirindui...(nada gedikkksss....auwww)...Maaf dipinta atas keadaan blog yang agak huru hara dan sana-sini bersawang lelabah (nak bagitahu dah lama xjenguk blog secara halusnyer..)..>,< sambil tangan melibas2 ke kiri serta kanan dalam usaha membersihkan sawang lelabah sambil terbatuk tersedu2..ewahhh...

Ramadhan dah lama berlalu pergi dan Syawal pula dah hampir 2 minggu menyingkap tirai...dan semoga Ramadhan kita semua menjadi titik tolak kepada perubahan2 yang + ve dan pengakhiran kepada permulaan yang - ve baik pada diri ni atau pada diri korang semua.. semoga Syawal ini menjadi saksi kepada detik perubahan kemenangan kita mengubah landasan yang digunakan kepada landasan yang lebih baik. Fuhhh...dah macam bagi ucapan dekat majlis hari raya la pulak...

Macam mana dengan Raya korang tahun ni?..Mesti gempak dan meriah kan...Raya tahun ni  membuatkan diri ni banyak mengenang mereka-mereka yang dah tiada dan betapa beruntungnya diri ni jika dibandingkan dengan mereka2 yang ada disekeliling...kat kawasan kejiranan ni banyak jugalah peristiwa-peristiwa kematian yang berlaku sehari dua sebelum raya..Al Fatihah untuk mereka yang sudah tidak lagi bersama kita di tempat tumpangan yang sementara ni. 

Sayup takbir yang bergema membisikkan syukur yang tak putus2 dalam hati ni kerana masih punya keluarga kecil yang bahagia bersama2 meraikan kedatangan Syawal...Melihat wajah abah..mak...bangah..aih dan alif...air mata ni seakan nak berlumba-lumba turun..Ni raya terakhir diri ni sebagai orang 'bujang'..insyaallah...jika panjang jodoh...betapa aku akan mengenangi saat-saat bujang manja dan mengada-ngada ini di sepanjang hidup ni....Raya sebagai seorang isteri nanti tentunya tidak akan sama dengan raya sebagai seorang anak bujang bukan??....Mungkinkah tahun depan aku akan bertukar menjadi matang dan muke berkerut saat bersalaman dengan ahli keluarga tercinta...ohh tidakkk....besar harapan supaya perubahan yang ada nanti tidak berlawanan dengan jiwa muda serta gila yang ada sekarang...

Tapi yang bestnya..umur dah 25 tahun pun masih dapat duit raya dari mak, abah serta dari yang tersayang okies..ok xnak cakap banyak..karang jadi isu xpuas hati pulak kat sini...(pada yang berkenaan lah...) Fobia ok nak letak gambar dapat duit raya..***keterlukaan itu masih diingati hingga kini..sungguh!!

Akhir kata...dengan kerendahan hati walaupun dah terlambat..tapi xlah lambat sangat..nak ucapkan jugak Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger dan kepada sesiapa yang mengenali..Maaf dipohon andai terkasar bahasa sepanjang perkenalan indah  kita dalam dunia blogger ni...Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah..yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri...

***malam ni tadi baru lepas tengok cerita My Name Is Khan..tu pun tengok bila cerita hamper nak habes..oh ya.nak bagitahu..tadi petang masa kiter masak..poooopppppppp minyak goreng ikan meletoopp dan menyambar bahagian bibir dan dagu...ohh sangatt pijar dan pedih sekali..maka terkupas la kulit seperti kulit ubi kayu yang dikopek sebelum digoreng....tolong doakan kesembuhan patik ya kawan2.. ; )

Thursday, 2 August 2012

ALONG

Assalamualaikum...hello dear readers.....salam jumaat semuanya...selamat berpuasa jugak.....tengah hari macam ni kritikal benor rasanya kan...tengok dapur perut ase sayu je...ye ke??Boleh pulak kan...hehehe....Dah lama rasanya kiter x berbloging.....uzur rasanya blog yang xseberapa ni....komen2 korang jua lah penambah seri...suka baca taw...t kiter datang follow n komen kat blog korang plak...

Hari ni kita kepingin sangat nak bercerita pasal dilema, perasaan atau ape2 ajelah..semuanya dalam lingkaran sulung...Yup anak sulung.....Jadi selagi sulung..selagi gelaran ALONG itu milik anda..Fuhhh..kemain ayat... >,< Tapi boleh aje kalau angah, achik, alang, atam, uda atau ocu sekalipun nak baca..Sekurang-kurangnya walau dalam seminit dua boleh jugak kita selami sikit dari lubuk jiwa terdalam seorang ALONG...:)


  1. Point number 1~ seorang ALONG...haruslah berjiwa kental ala2 komando.. SEbab apa kena kental?? Boleh jadi beliau ada adik yang ramai...Kalu dia berjiwa lembut..macam mana lah dia nak handle adik2 yang bersusun paku tu kan2...silap2 sesenang je nak kena pijak kepala. Bayangkanlah kalau along suruh jangan main air, kalau dapat adik yang jenis menurut tu taper lah jugak..tapi kot dapat adik yang kuat melawan...xkan kena lawan sikit..kena tinggi suara sikit..kena tengking sikit  da cembeng si along tu...xboleh begitu kan......t kepala pijak kepala....
  2. Point seterusnya seorang along itu harus...xboleh tidak untuk bersedia mengendong kesalahan yang bukan kesalahannya.. Selalu x kita tengok dalam realiti kehidupan..kalau salah itu datang dari adik...yang kena peluru berpandu dari ibu atau ayah adalah along..lagi lagi along...kenapa? alasannya along yang tua..kenapa xmahu beralah...dah tahu salah kenapa x tegur...kenapa xjadi contoh yang baik pada adik...
  3. Next~seorang along haruslah kaya dengan air mata? Untuk apa? Untuk melepaskan apa yang xdapat dilepaskan di depan ibu ayah, adik2..dan sesapa jugaklah..Walaupun kental jiwanya..along juga seorang manusia..ada rasa...ada perasaan.tahu rasa sedih...ibarat macam dalam hati ada taman gitewww..
  4. Berkorban apa saja harta ataupun nyawa..itulah kasih mesra..sejati dan mulia..yang macam ni kalau along tu betul berjiwa srikandi..Ha..berkorban..Adik2 ramai....keinginan pun banyak..masing-masing ada kehendak..Selaluuu sangat seorang along itu beralah untuk beri laluan  kepada adik2nya bagi mereka peluang nak dapatkan apa yang dihajati atau diidamkan....Tapi jarang bila seorang along itu beralah orang sedar....sengsara bukan???...
  5. seorang along harus tahu buat semua....along kena jaga adik..along kena tahu kemas rumah..along kena tahu lipat baju..along kena tahu masak..semuanya...Tapi adik2 xpernah ambil tahu..along jugak tahu PENAT....along juga pernah terasa  nak menangis..nak menjerit gara2 tenguk baju yang terlipat rapi dibaraikan secara sengaja...rumah yang telah dikemas sehabis baik disepahkan semula tanpa simpati...adakala masakan yang along masak dengan sepenuh kasih sayang itu terbiar sepi xberjamah!!...xperlu pingat along terbaik..along cemerlang..hanya hargailah segala lelahnya...berterima kasih lah untuk kasih dan sayang yang xpernah putus buat keluarganya.
FUHhh...xbanyak point pun..Tapi cukup untuk buat aku terasa sebak..nak je cari langsir kesat cendol..haiiiYOOOo...Tapi nilah sedikit sebanyak yang mampu aku taipkan beserta ulasan serta contoh yang mungkin jugak pada sesetngah orang xmasuk akal..ALONG tetap ALONG....disebalik sikap ala Hitler nya tersisip kasih sayang yang terlalu dalam buat ibu ayah serta adik2....disebalik kerutan wajahnya terselit doa yang xputus2 untuk kebahagiaan mereka....Nak interframe gak kat sini

gugurl dalam pict ni anak sulung la...*_^

THANKS 4 READING...