Assalamualaikum...
Sebenarnya dari sekolah rendah lagi dah naik tuli telinga ni disogokkan dengan cerita pasal pak cik2 miang keladi yang kebanyakannya dah beristeri mengganggu isteri2 orang anak dara janda atau apa je lah yang namanya perempuan secara seksual. Yang menyedihkan...ada yang dilakukan oleh Pak Haji yang baru sahaja pulang dari tanah suci. (memang memalukan...) Apatah lagi sifat kebinatangan itu dilakukkan dan ditonton orang ramai yang datang menziarahi kematian di rumah berdekatan.
Baru2 ni pulak peristiwa gangguan kebinatangan ini kembali menusuk pendengaran..Kali ini dilakukan oleh orang yang berlainan kepada pekerja pasar. Tapi yang bagusnya kali ini bila gangguan seksual itu dilakukan, pekerja pasar itu tadi terus menyimpah air yang digunakan untuk menjirus ikan2 tadi ke muka si pelaku. Nahh...Memalukan sungguh bukan...Tapi rasanya itu masih belum cukup buat si pelaku...Alangkah nikmat kalau si mangsa menyepak muka si pelaku secara berkali2 hingga pengsan..dan menghempuk muka si pelaku dengan ikan busuk..Biar pengsan masa tu jugak..
Secara peribadinya di situasi2 yang diceritakan..aku mengenali si pelaku yang mana kedua2nya dah bercucu pun.. Dah tua2 tapi masih gagal memenuhi tuntutan akhlak yang terpuji.. Dapat aku bayangkan tingkat malu yang ditanggung oleh isteri, anak dan cucu si lelaki tadi bahana palitan najis yang dipalitkan oleh si pelaku tadi . Si miang keladi ni kalau pandang perempuan macam perempuan yang ada kat depan mereka ni xda seurat benang..xkisahlah samaada perempuan yang dipandang tu bertudung atau x.
Mungkin ni hanya picisan dari cerita gangguan seksual yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari. Ni yang aku nampak..yang aku tahu. Mungkin ada yang lebih dasyat dari ni..Itu aku percaya...Percaya aku, gangguaan bodoh ini xakan menyebabkan wanita merasakan bahawa diri mereka dihargai, tetapi akan menyebabkan mereka merasakan diri tidak dihormati apatah lagi dihargai. Jangan merendahkan martabat kaum wanita dengan sifat2 kebinatangan ini. Gurauan juga boleh dikira sebagai gangguan seksual tanpa kita menyedarinya.. Ini boleh terjadi jika gurau senda yang mengandungi unsur2 lucah mengganggu perasaan dan emosi si mangsa.
Dan buat kaum perempuan, selamat Melindungi diri daripada si pelaku yang mungkin bertebaran mencari mangsa di luar sana..dan buat kaum lelaki yang budiman...jika anda terlihat perbuatan seperti ini berlaku di depan mata anda.ambillah langkah yang bijak...tunjukkan sikap gentleman anda dengan menjadi penyelamat/super hero..(cewaahhh...)
Tolong hormati wanita sebagai makhluk Allah yang indah ciptaannya..berhenti dari melihat wanita sebagai objek yang yang memberahikan semata2..
THANKS 4 READING

.jpg)





