Assalamualaikum...
Bila diri terperangkap dalam satu
situasi...dan bila kita sedaya upaya ingin lari dari lingkaran kesukaran yang
ada...dikecam pula dari segenap sudut yang ada..terasa diri ni amatlah kerdil
di mata si pengecam. Terasa seperti apa saja yang dilakukan serba tidak kena
apatah lagi dengan muka yang sudah setebal tembok dalam menghadapi macam-macam
kata-kata cercaan.
Situasi 1
Situasi seorang penganggur
“Eh, kau ni dah lama habis belajar..kerja
apa sekarang..takkan duduk rumah saja..tak reti-reti ke nak cari kerja”,
...ujar Pak Meon yang sejak dulu hinggalah sekarang bekerja sebagai seorang
kerani di sebuah bank.
“Jangan-jangan kau ni memang memilih, xpun
keputusan xbagus, eh.apa bidang yang kau ambil dulu erk..bidang tu memang xlaku
kot”,..ujarnya lagi...
Belum sempat pun menjawab soalan yang
diutarakan ditambah pula lagi...
“Zaman sekarang kerja memang banyak...tengok sajalah dekat internet..aku dulu umur 18
tahun dah dapat kerja..umur kau sekarang dah lebih 21 tahun..xkan xdapat2 kerja
lagi..”..terjegil2 mata, terjuih2 bibir Meon bercerita.hilang gelaran pak cik sebab si pendengar dah hilang hormat...
Macam mana lah nak berhujah dengan orang
bijak pandai seperti Meon ni?...Kalau menang berhujah dengan kerani bank
ni...akankah si mangsa akan terus mendapat jawatan pegawai dalam bank tempat
pak cik Meon bekerja...???...tahu x manusia bernama Meon ni pasal usaha?..tahu
xdia perihal Qadak dan Qadar Allah?...Bukankah rezeki itu telah ditentukan
Allah...berikhtiar, mencari dan berusaha itu adalah tugas kita dan selebihnya
bertawakal lah kita pada Allah...rezeki itu perlu dicari, pencarian itu sudah
tentunya memakan masa, cepat atau lambat dalam pencarian itu semuanya adalah
urusan Allah...2012 dengan zaman kegemilangan Meon itu memang jauh bezanya.
Kalau dulu lepas SRP pun dah confirm2 dapat keje..pas SPM dah boleh masuk
maktab..keluar2 universiti..kerja yang menunggu...tapi zaman sekarang...tengok
masalah ekonomi..masalah graduan..sebelum mahu berhujah mengalahkan orang yang
tiada iman..berkata-kata dengan akal di punggung..itulah jadinya...Penganggur
juga punya perasaan..ada hati...mereka juga ingin bekerja....penat belajar
bertahun...masakan ingin duduk goyang kaki tanpa menuai hasil penat lelah
mereka...kalau kita tidak mampu menjadi kabel untuk mereka masuk dalam pasaran
kerja...janganlah kita menjadi racun yang merosakkan semangat mereka...cucuhlah
jiwa mereka denagn semangat bagi memperkasa azam mereka menempuh
badai..menembusi pasaran kerja yang sudah pastinya nanti mengubah hidup
mereka...Insyaallah....
Situasi 2
Situasi seorang gadis..
Umur da lanjut..apa yang kau tunggu2
lagi..itulah memilih sangat...si anu itu hendak kau jual mahal..ikut kepala kau
saja..sekarang...seorang pun tak nak pandang kau...
Eh..hantaran kau kenapa rendah sangat...ada
degree ada masters...last2 letak banyak itu..xberbaloi lansung..harga saham pun
makin naik sekarang ni...
Kau tu pegawai tadbir diplomatic...last2
pengawal keselamatan juga yang kau pilih...xada class langsung...xmalu ke
engkau nak mengaku suami kerja apa nanti?....
Mulut orang kita...asal tengok saja seorang
anak gadis tu dah terlajak usia dari yang sepatutnya untuk berkahwin...mulalah
pelbagai spekulasi timbul. Memilih lah...degillah..ikut hati sangat
lah...Ok..saya utarakan pertanyaan ini pada pembaca...sekiranya si gadis itu
tadi telah pun berkawan dengan seorang lelaki
dalam satu tempoh jangka masa yang lama..10 tahun misalnya..dan putus
selepas itu...tidakkah kita terfikir akan satu perkara..JODOH...ya
jodoh...bukankah jodoh itu telah ditentukan oleh Allah sementelah kita berusia
4 bulan dalam kandungan ibu. Jika dia bukan yang ditakdirkan Allah sebagai
pasangan kita..maka sekuat mana pun usaha kita..mustahil kita akan bersama
dengannya..
Dan salahkah jika seorang perempuan itu
menolak seorang lelaki yang menjadikan judi, arak serta zina itu sebagai
kembarnya?.. Bukankah calon nakhoda rumah tangga yang baik dilihat melalui
akhlak serta tingkah lakunya?...
Soal hantaran?..adakah agama menggariskan
hantaran yang tinggi dalam sesebuah perkahwinan? Adakah hantaran yang tinggi
itu member jaminan kepada kebahagiaan rumah tangga dunia serta akhirat...Atau
adakah redha Allah dalam sesebuah perkahwinan itu terletak kepada jumlah
hantaran?...dan saya yakin...tujuan para siswazah untuk mendapatkan ijazah
adalah untuk mengubah hidupp mereka..mengorak langkah yang lebih gemilang menuju
ke alam pekerjaan...bukannya untuk nilai
hantaran...saya tegaskan di sini,.nilai itu biarlah berpadanan dengan kemampuan
si pemberi..atau kita lebih rela begini? Menunjuk pada jiran tetangga, saudara
mara akan nilai hantaran yang tinggi...tapi selepas kahwin..hutang sana sini...sedangkan
pengisian untuk keperluan selepas kahwin itu adalah lebih utama.
Situasi 3
Situasi pasangan yang dah berkahwin
Kerjaya suami dan isteri itu janganlah
diketengahkan secara berlebihan kerana ianya bakal mennguris hati pihak lelaki
ataupun keluarganya. Asalkan keduanya saling menghormati dan tahu peranan yang
perlu dijalankan itu sudah mencukupi. Adalah perlu diingatkan bahawa tidak
semua golongan yang bekerjaya itu mampu menjadi nakhoda yang baik dan begitu
juga sebaliknya. Walau sejauh mana pun perbezaan taraf hidup antara suami dan
isteri, hormat menghormati itu sangatlah penting...di rumah..mereka tetap ketua
yang perlu dihormati...
Soal anak..Ini rasanaya soalan yang paling cepumas yang selalu ditanya kepada pasangan yang dah berkahwin..Tambah-tambah lagi bila angka tahun dalam perkahwinan makin meningkat..Anak tu urusan Allah....Bukan soal manusia...buat apa bertanya yang tidak2 hingga menggores hati pasangan...menambahkan tekanan dalam fikiran merka..Doakan sahaja semoga mereka dikurniakan putera serta puteri yang solehah..tengok anak orang ramai pun ada yang mengata..cepat dapat anak pun jadi isu..Yang jadi mangsa kata2...
kalu berdepan dengan situasi2 macam ni memang stress kan????
Fuhhh..Macam penceramah bebas dah rasanya…terkadang
senyap itu adalah jawapan yang paling baik pada semua persoalan…Jangan sebab mulut
badan kita yang merana…
Motif gambar ni??...sajer suka2 letak..
Thanks 4 Reading
Setuju 100%...
ReplyDeleteNice entry Sis...
Mnemang mulut orang nie susah nak ditutup...
Ada jak yang salah di mata dorang...
Tapi, kalau kebaikan kita, orang tak kan nampak ^_^
Hairan bin Ajaib kan...
Dah alami ketiga-tiga situasi ni. Mula-mula stress juga tapi lama-lama dah lali. Buat tak tahu saja,lama2 orang yang bertanya tu akan diam dengan sendirinya. Lagipun bukan kerja kita, kerja Allah. Yang penting kita dah usaha. Sabar jela
ReplyDeletemulut orang susah nak tutup..tapi telinga kita boleh ditutup..^^
ReplyDeleteeh eh eh pak meon tu banyak bunyik pulakkkkkkkkkkk..
ReplyDeletedia berenti, bak keje dia kat orang yg menganggur.
haaaa geram ni geram ni..grrr
mulut org sekarang mmg macamni. tak boleh nak tutup -.-'
org man penah puas hati kan.. sibuk hal orang.. betul tuh.. diam lebih baik
ReplyDeletesetuju sangat2 sis.. mulut orang ni aiiihhhhhh kadang2 bercakap guna kan kepala lutut, bukan guna akai.. urghhhh semoga kita ni diberi kesabaran dan ketabahan yang kuat amin
ReplyDeleteAla Pak Meon tu bohsan kot takder kerja nak buat. Kasi can dia syok ngan pot pet pot pet tu kejap, penat nnt diam la dia.
ReplyDeletemereka2 hanya pandai berkata-kata tanpa mengetahui keadaan yang sebenar....
ReplyDeletehehehe cter pak meon... :)
ReplyDeletesaya dah update :) jom check
itulah manusia...mmg tak pernah puas dlm hidup dia..sampai kat hidup org pun dia nak menyibuk hehe..
ReplyDeletemanusia kan..bak kata arwah wan ida..lagi lama kita hidup lagi byk org kita kenal..lagi byk yg kita kenal..lagi banyak ragamnya yang kita jumpa...ida bit emo dalam situasi2 macam ni sbb ada antaranya mmg sedang mengalaminya pown..Selebihnya cuma ida diterjah rasa simpati bila mndengar pertanyaan2 yg tidak2 ditanyakan buat mereka yg masih mengharap..masih menunggu.Tpi ida pcy rahmat Allah tu mengatasi segala..:)
ReplyDeletemereka yang bertanya soalan sampaikan memang tak ada jawapan untuk soalan tu..tu namanya tak percaya qadar dan gada'
ReplyDeleteKita bakor je pak meon..! hahaha..betul tu..typical malaysian..macam tu la..sabar je la..
ReplyDeletelama mana org nk tanya...bt bodo aje...janji kita xkacau duit org, xkacau hal dioarang, tu dh kira lbh baik kan...:)
ReplyDeletesy pun sdg mengalaminya..uhukk
ReplyDeleteconclusion nya
ReplyDeletemlt manusia xkan pernah benti brckppppp.
smua tak kena .
mesti ada yg slh di mata
yup betul kengkdg senyap tu lebih baik, supaya tak makin panjang sebrg perselisihan or pertengkaran, walaupun kengkdg tu kita tak salah...hehehehe
ReplyDeletesakit hati kalau org cakap macam tuu..
ReplyDeletedia bukan di tempat kita so dia tak tahu situasi kita..
"kata-kata lebih tajam dari pedang"
hahahahaha...memang stress.. tapi nak buat macam mana.mulut orang kita tak boleh nak tutup.. masuk telinga kiri keluar telinga kanan je lah..
ReplyDeletesakit nye hati..tp btul mulut org mcmne pun kita mmg ade je yg xkena mmg ade je yg dyeorg nak kata.
ReplyDelete