Tuesday 6 November 2012

Payah tu mmg Payah...


Assalamualaikum...

Bila diri terperangkap dalam satu situasi...dan bila kita sedaya upaya ingin lari dari lingkaran kesukaran yang ada...dikecam pula dari segenap sudut yang ada..terasa diri ni amatlah kerdil di mata si pengecam. Terasa seperti apa saja yang dilakukan serba tidak kena apatah lagi dengan muka yang sudah setebal tembok dalam menghadapi macam-macam kata-kata cercaan.

Situasi 1
Situasi seorang penganggur
“Eh, kau ni dah lama habis belajar..kerja apa sekarang..takkan duduk rumah saja..tak reti-reti ke nak cari kerja”, ...ujar Pak Meon yang sejak dulu hinggalah sekarang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah bank.
“Jangan-jangan kau ni memang memilih, xpun keputusan xbagus, eh.apa bidang yang kau ambil dulu erk..bidang tu memang xlaku kot”,..ujarnya lagi...
Belum sempat pun menjawab soalan yang diutarakan ditambah pula lagi...
“Zaman sekarang  kerja memang banyak...tengok  sajalah dekat internet..aku dulu umur 18 tahun dah dapat kerja..umur kau sekarang dah lebih 21 tahun..xkan xdapat2 kerja lagi..”..terjegil2 mata, terjuih2 bibir Meon bercerita.hilang gelaran pak cik sebab si pendengar dah hilang hormat...
Macam mana lah nak berhujah dengan orang bijak pandai seperti Meon ni?...Kalau menang berhujah dengan kerani bank ni...akankah si mangsa akan terus mendapat jawatan pegawai dalam bank tempat pak cik Meon bekerja...???...tahu x manusia bernama Meon ni pasal usaha?..tahu xdia perihal Qadak dan Qadar Allah?...Bukankah rezeki itu telah ditentukan Allah...berikhtiar, mencari dan berusaha itu adalah tugas kita dan selebihnya bertawakal lah kita pada Allah...rezeki itu perlu dicari, pencarian itu sudah tentunya memakan masa, cepat atau lambat dalam pencarian itu semuanya adalah urusan Allah...2012 dengan zaman kegemilangan Meon itu memang jauh bezanya. Kalau dulu lepas SRP pun dah confirm2 dapat keje..pas SPM dah boleh masuk maktab..keluar2 universiti..kerja yang menunggu...tapi zaman sekarang...tengok masalah ekonomi..masalah graduan..sebelum mahu berhujah mengalahkan orang yang tiada iman..berkata-kata dengan akal di punggung..itulah jadinya...Penganggur juga punya perasaan..ada hati...mereka juga ingin bekerja....penat belajar bertahun...masakan ingin duduk goyang kaki tanpa menuai hasil penat lelah mereka...kalau kita tidak mampu menjadi kabel untuk mereka masuk dalam pasaran kerja...janganlah kita menjadi racun yang merosakkan semangat mereka...cucuhlah jiwa mereka denagn semangat bagi memperkasa azam mereka menempuh badai..menembusi pasaran kerja yang sudah pastinya nanti mengubah hidup mereka...Insyaallah....

Situasi 2
Situasi seorang gadis..
Umur da lanjut..apa yang kau tunggu2 lagi..itulah memilih sangat...si anu itu hendak kau jual mahal..ikut kepala kau saja..sekarang...seorang pun tak nak pandang kau...
Eh..hantaran kau kenapa rendah sangat...ada degree ada masters...last2 letak banyak itu..xberbaloi lansung..harga saham pun makin naik sekarang ni...
Kau tu pegawai tadbir diplomatic...last2 pengawal keselamatan juga yang kau pilih...xada class langsung...xmalu ke engkau nak mengaku suami kerja apa nanti?....
Mulut orang kita...asal tengok saja seorang anak gadis tu dah terlajak usia dari yang sepatutnya untuk berkahwin...mulalah pelbagai spekulasi timbul. Memilih lah...degillah..ikut hati sangat lah...Ok..saya utarakan pertanyaan ini pada pembaca...sekiranya si gadis itu tadi telah pun berkawan dengan seorang lelaki  dalam satu tempoh jangka masa yang lama..10 tahun misalnya..dan putus selepas itu...tidakkah kita terfikir akan satu perkara..JODOH...ya jodoh...bukankah jodoh itu telah ditentukan oleh Allah sementelah kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu. Jika dia bukan yang ditakdirkan Allah sebagai pasangan kita..maka sekuat mana pun usaha kita..mustahil kita akan bersama dengannya..
Dan salahkah jika seorang perempuan itu menolak seorang lelaki yang menjadikan judi, arak serta zina itu sebagai kembarnya?.. Bukankah calon nakhoda rumah tangga yang baik dilihat melalui akhlak serta tingkah lakunya?...

Soal hantaran?..adakah agama menggariskan hantaran yang tinggi dalam sesebuah perkahwinan? Adakah hantaran yang tinggi itu member jaminan kepada kebahagiaan rumah tangga dunia serta akhirat...Atau adakah redha Allah dalam sesebuah perkahwinan itu terletak kepada jumlah hantaran?...dan saya yakin...tujuan para siswazah untuk mendapatkan ijazah adalah untuk mengubah hidupp mereka..mengorak langkah yang lebih gemilang menuju ke alam pekerjaan...bukannya untuk  nilai hantaran...saya tegaskan di sini,.nilai itu biarlah berpadanan dengan kemampuan si pemberi..atau kita lebih rela begini? Menunjuk pada jiran tetangga, saudara mara akan nilai hantaran yang tinggi...tapi selepas kahwin..hutang sana sini...sedangkan pengisian untuk keperluan selepas kahwin itu adalah lebih utama.

Situasi 3
Situasi pasangan yang dah berkahwin
Kerjaya suami dan isteri itu janganlah diketengahkan secara berlebihan kerana ianya bakal mennguris hati pihak lelaki ataupun keluarganya. Asalkan keduanya saling menghormati dan tahu peranan yang perlu dijalankan itu sudah mencukupi. Adalah perlu diingatkan bahawa tidak semua golongan yang bekerjaya itu mampu menjadi nakhoda yang baik dan begitu juga sebaliknya. Walau sejauh mana pun perbezaan taraf hidup antara suami dan isteri, hormat menghormati itu sangatlah penting...di rumah..mereka tetap ketua yang perlu dihormati...

Soal anak..Ini rasanaya soalan yang paling cepumas yang selalu ditanya kepada pasangan yang dah berkahwin..Tambah-tambah lagi bila angka tahun dalam perkahwinan makin meningkat..Anak tu urusan Allah....Bukan soal manusia...buat apa bertanya yang tidak2 hingga menggores hati pasangan...menambahkan tekanan dalam fikiran merka..Doakan sahaja semoga mereka dikurniakan putera serta puteri yang solehah..tengok anak orang ramai pun ada yang mengata..cepat dapat anak pun jadi isu..Yang jadi mangsa kata2...

kalu berdepan dengan situasi2 macam ni memang stress kan????

Fuhhh..Macam penceramah bebas dah rasanya…terkadang senyap itu adalah jawapan yang paling baik pada semua persoalan…Jangan sebab mulut badan kita yang merana…

Motif gambar ni??...sajer suka2 letak..


Thanks 4 Reading

20 comments:

  1. Setuju 100%...
    Nice entry Sis...
    Mnemang mulut orang nie susah nak ditutup...
    Ada jak yang salah di mata dorang...
    Tapi, kalau kebaikan kita, orang tak kan nampak ^_^
    Hairan bin Ajaib kan...

    ReplyDelete
  2. Dah alami ketiga-tiga situasi ni. Mula-mula stress juga tapi lama-lama dah lali. Buat tak tahu saja,lama2 orang yang bertanya tu akan diam dengan sendirinya. Lagipun bukan kerja kita, kerja Allah. Yang penting kita dah usaha. Sabar jela

    ReplyDelete
  3. mulut orang susah nak tutup..tapi telinga kita boleh ditutup..^^

    ReplyDelete
  4. eh eh eh pak meon tu banyak bunyik pulakkkkkkkkkkk..
    dia berenti, bak keje dia kat orang yg menganggur.
    haaaa geram ni geram ni..grrr

    mulut org sekarang mmg macamni. tak boleh nak tutup -.-'

    ReplyDelete
  5. org man penah puas hati kan.. sibuk hal orang.. betul tuh.. diam lebih baik

    ReplyDelete
  6. setuju sangat2 sis.. mulut orang ni aiiihhhhhh kadang2 bercakap guna kan kepala lutut, bukan guna akai.. urghhhh semoga kita ni diberi kesabaran dan ketabahan yang kuat amin

    ReplyDelete
  7. Ala Pak Meon tu bohsan kot takder kerja nak buat. Kasi can dia syok ngan pot pet pot pet tu kejap, penat nnt diam la dia.

    ReplyDelete
  8. mereka2 hanya pandai berkata-kata tanpa mengetahui keadaan yang sebenar....

    ReplyDelete
  9. hehehe cter pak meon... :)

    saya dah update :) jom check

    ReplyDelete
  10. itulah manusia...mmg tak pernah puas dlm hidup dia..sampai kat hidup org pun dia nak menyibuk hehe..

    ReplyDelete
  11. manusia kan..bak kata arwah wan ida..lagi lama kita hidup lagi byk org kita kenal..lagi byk yg kita kenal..lagi banyak ragamnya yang kita jumpa...ida bit emo dalam situasi2 macam ni sbb ada antaranya mmg sedang mengalaminya pown..Selebihnya cuma ida diterjah rasa simpati bila mndengar pertanyaan2 yg tidak2 ditanyakan buat mereka yg masih mengharap..masih menunggu.Tpi ida pcy rahmat Allah tu mengatasi segala..:)

    ReplyDelete
  12. mereka yang bertanya soalan sampaikan memang tak ada jawapan untuk soalan tu..tu namanya tak percaya qadar dan gada'

    ReplyDelete
  13. Kita bakor je pak meon..! hahaha..betul tu..typical malaysian..macam tu la..sabar je la..

    ReplyDelete
  14. lama mana org nk tanya...bt bodo aje...janji kita xkacau duit org, xkacau hal dioarang, tu dh kira lbh baik kan...:)

    ReplyDelete
  15. sy pun sdg mengalaminya..uhukk

    ReplyDelete
  16. conclusion nya
    mlt manusia xkan pernah benti brckppppp.
    smua tak kena .
    mesti ada yg slh di mata

    ReplyDelete
  17. yup betul kengkdg senyap tu lebih baik, supaya tak makin panjang sebrg perselisihan or pertengkaran, walaupun kengkdg tu kita tak salah...hehehehe

    ReplyDelete
  18. sakit hati kalau org cakap macam tuu..
    dia bukan di tempat kita so dia tak tahu situasi kita..
    "kata-kata lebih tajam dari pedang"

    ReplyDelete
  19. hahahahaha...memang stress.. tapi nak buat macam mana.mulut orang kita tak boleh nak tutup.. masuk telinga kiri keluar telinga kanan je lah..

    ReplyDelete
  20. sakit nye hati..tp btul mulut org mcmne pun kita mmg ade je yg xkena mmg ade je yg dyeorg nak kata.

    ReplyDelete