Salam jumaat yang penuh berkat...:) Tup tap tup tap...da seminggu berlalu....betapa masa berlari meninggalkan kita...tinggal kita yang terhencot-hencot mengejar masa...hamboi..tragis sungguh bunyinya..dah lama rasanya xupdate entri..minggu ni minggu yang agak pack bagi aku...macam2 kena diurus...heee :)
Cerita ni adalah salah satu
daripada langkah yang harus kita lalui apabila kita mahu merancang untuk
membina sebiji rumah beserta tangganya..Minggu lepas aku pergi menghadirkan
diri ke kursus pra perkahwinan Islam..Matlamat asal nak pergi ke sana secara jujurnya nak
dapatkan segulung sijil yang diperlukan untuk upacara nikah...uhukk...
Tapi selepas pergi ke sana ...setelah
menghabiskan 2 hari hujung minggu, setelah naik kematu punggung duduk dengar
ceramah, lepas kebas pipi akibat ketawa..setelah puas wajah bertukar warna
akibat termalu...sebenarnya..apa yang diperoleh adalah lebih daripada tu.
Pengetahuan itu sebenarnya jauh lebih
berharga dari sekeping sijil..
Bukan mendabik dada dengan alasan
dah pergi kursus tu ilmu da penuh dalam dada.. Tapi sekurang-kurangnya kita
tahu dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara. Tertanya
dalam diri..samaada sudah bersedia untuk menempuh alam baru yang xsemua masanya
menjanjikan keindahan dan kebahagiaan. Dalam hati mula tertanya dah bersedia ke
aku menerima kekurangan dia dan yang paling aku risaukan adalah samaada dia
bersedia menerima kecacatan dan kekurangan aku. Masa bercinta nak batuk pun
cover...dah kahwin t buatnya aku batuk terkokol2...x ke terkejut beruang dia bila dengar.. (contohnya lah kan )...xpun masa
berjumpa..makan pun sikit2..antara masuk dengan x je makanan dalam perut, nak
control ayu punya pasal..dah kawen...dengan
makanan2 suami pun dibalun..ahakss....So para suami diluar sana ...jangan gundah kalau isteri anda semakin
comel..itu tanda mereka makan dengan baik..Lagipun setiap suap makanan yang
masuk dalam mulut isteri, kan
kaum suami juga yang dapat pahala...;)
Aku tertarik dengan kata-kata
seorang penceramah ni..Jangan hipokrit!!!..buat apa kita nak mempamerkan
perbuatan yang menidakkan itu adalah diri kita. Untuk apa kita nak gambarkan
diri, berpura-pura kita seindah bidadari sedangkan xsampai satu pertiga pun
kita seperti yang dipura-purakan. Ingat...andai benar dia ikhlas menerima
kita...segala keburukan dan kebaikan kita dia akan terima dengan lapang hati.
Tak ada apa nak ditakutkan...Yang penting...andai kita mahu berubah
sekalipun..biarlah perubahan yang ingin kita lakukan itu adalah perubahan yang
ikhlas yang terbit dari kerelaan hati dan kolbu kita. Kita hanya manusia
biasa...xkan ada yang sempurna melainkanNya.
Semoga dengan kehadiran dia yang
telah ditakdirkan untuk kita...kita akan saling lengkap melengkapi sesama
sendiri. Dan pagi diri aku sendiri pula aku rusmuskan rupa, keadaan fizikal, kekurangan yang ada pada kita walau tidak sempurna di mata orang lain barangkali akan nampak
indah di mata orang yang menerima kita sepenuh hati. Mengenai kekurangan
tu..biarlah dia nampak sekarang..sekurang-kurangnya kalau dia xdapat terima dan
pergi..kita dalam keadaan yang masih belum ada ikatan. Kita bukan janda/duda
selepas ditinggalkan.. Bagaimana pula bila sudah memegang status suami dan
isteri...dia tahu kekurangan dan kejelekan kita...dia xdapat terima..lantas
kita ditinggalkan. Xrugi bercinta selepas kahwin kalu kita rasa perkenalan kita dengan dia singkat...xlama macam pasangan lain..Insyaallah..Allah sendiri akan tanam rasa kecintaan itu dalam diri pasangan..Sama2 kita renung-renungkan.
Sesungguhnya segala apa yang
ditulis hanya merupakan pendapat penulis semata-mata. Segala kekurangan harap
dimaafkan. Janggal sangat rasanya menulis bab2 macam ni..heee..Mula2 semangat nak cerita..api ni je yang mampu nak dikongsikan..:)
**Banyak kali dalam kursus tu den kena bahan. Paling xboleh bla..penceramah tu bertanya
kat aku panggil mr fiancée dengan panggilan apa. Dan apa pulak perasaan aku
bila en fiancee panggil aku dengan panggilan anje/ayang ke...aku terus ketawa
dan tekup muka. Rasa nak larik balik je..(xmatang sungguh aku kan.huh!!).habis
satu kelas gelakkan aku...hohoho. Dan gara2 aku kerap dibahan...mr fiancée pun
turut terlibatlah.Famous kejap dia....dah lah dia pemalu..kesian sungguh...Sorry yer!!
Ini nukilan ikhlas dari aku...nak tampal jugak muka dalm entri kali ni..selalunya guna ehsan mr google je...
Thanks 4 Reading







