Thursday, 11 October 2012

Matahari 10 Okt

Assalamualaikum...

Kenapa matahari 10 Okt...
Sebab ni ulang tahun kelahiran  my litle bro yg ke 19 tahun...
Pantasnya masa berlalu
Terasa baru semalam abah awak pergi hospital tengok adik baru...
Terasa baru semalam aku kendong dia bawak berjalan2 kat laman rumah...
Terasa baru semalam aku pintal2 kan rambut dia...
Ni yang paling jengkel sekali...ha..terasa baru semalam aku kunyah2 gula sugus tuk bagi dia makan..
Karang kalau bagi sebijik takut dia tercekik pulak..***memori sugus pink!!
kena lah kunyah sikit bagi bagi penyek semata2 nak bagi  dia makan..
berlari sama jatuh bersama bangun bersama..
suka duka jerit perih pahit getir menjadi anak Tuan Haji Nasir dan Pn Hajjah Halijah...
semua kami tempuh bersama2...
adakalanya bercakaran..adatlah adik beradik kan..
Untuk segala memory ni...
ikhlas hentakkan di keyboard pc ini menghentakkan
 Selamat hari lahir yang ke 19 tahun...
Semoga peningkatan usia ini akan mematangkan kau sebagai seorang lelaki dewasa yang matang lagi gagah..yeyehh!!!!
Untuk segala liku yang dah kau tempuh..untuk segala duri yang menusuk pedih
Non doakan agar tuah menjadi milik kau...
Jatuh berkali2 xkan sebabkan kita jatuh selamanya...
Jadikan kejatuhan itu sebagai satu kekuatan untuk kebangkitan kau di kemudian hari..

NAk tulis panjang2 takut Si faiz termuntah pulak..
Terima lah gambar yang xseberapa ni untuk tatapan pembaca belog ni..


10


9

8

7

6


5


4

3

2


1

janggggg


THANKS 4 READING








Sunday, 7 October 2012

Ketagihan Janji '',

Dalam apa jua keadaan dan situasi...dalam apa juga kesusahan..disaat kita menagih sesuatu yang sangat-sangat kita perlukan...tapi permintaan kita..amanah kita..hanya dianggap macam semilir angin lalu sahaja...Tiap2 hari kita meminta..kita menyalak bagaikan anjing menyalak bukit..tiap hari memerlukan kita memantau apa saja yang kita perlukan...samalah keadaannya macam menunggu buah muda yang masih kukuh ditangkainya untuk gugur ke bumi.

Ya  Allah..tertekannya perasaan..pendekatan apa yang kita guna still sama jugak keadaanya. Slow talk..tegas..segala yang baik2 kita dah cuba.. Dalam ruang lingkup fikiran ni..terbayang jugak..adakah maki hamun itu jalan keluar yang paling berkesan lagi baik?..macam mana pulak kalau lepas dimaki hamun..sengketa lain pula yang timbul..xpasal2 menambah musuh pulak..tu tak kira lagi perasaan mangsa maki hamun yang mungkin tergores dek kata2 kita yang macam panah-panah racun. (Berbunga2 ayat masa hati tengah sakit nih)...

Kita sibuk2 memikirkan perasaan mereka..dan adakah mereka2 yang berkaitan itu tadi memahami masalah yang wujud bila mana mereka xmenunaikan janji seperti  yang telah dipersetujui diawal pertemuan.. banyak lagi tuntutan lain yang nak dibuat selain daripada nak follow up mereka hari2...aku bukan bukan bos mereka dan ini adalah bisnes mereka..aku berkait dengan mereka semata2 hanya sebagai pelanggan..Teruk betul servis mereka...

Bila disuruh datang tengok design yang kononnya dah dibuat..terpaksa pulak menunggu hampir setengah jam..seolah2..mereka tak buat satu benda pun lagi..dan kerja mereka yang berlama-lamaan kat dalam tu hanyalah tukar gambar..nama..dengan isi telefon pun salah2..objek2 yang patut kita tukar langsung xletak...kita terpaksa bagitahu berkali2..warna pun lari...WTF!!!!!!!!!

yang kali ni pulak nak tengok design yang last..yg kononnya dah dibetulkan segala makan masa berminggu2...bila kaum lain berlumba2 untuk memenuhi citarasa pelanggan, kita kata mereka tamak..bila kaum kita yang lebih suka gunakan khidmat kaum lain dalam segala macam perkara..kita kata kaum sendiri xnak sokong, xnk guna khidmat kita...ada diskriminasi la..macam mana kita nak maju kalau asyik harap kat kaum lain...Tapi bila dah guna khidmat kaum sendiri..OMG!! memang macam macam harem la...

Tak nak salahkan sapa2..mungkin segelintir saja yang melakukan perkara2 seperti ini xkiralah dalam apa bentuk sekalipun..Tapi tolonglah...kalau anda mau jadi kaum yang maju..seiring dengan kaum lain...tolongla buat segala apa mengikut apa yang telah dipersetujui pelanggan..tepati masa...anggaplah urusan bisnes yang berjalan itu merupakan satu amanah...ikhlaskan hati dalam setiap tugas yang dilakukan..itu tanggungjawab anda..kalau anda berjaya lakukan ini dengan betul..insyaallah...anda bakal manusia berjaya..dan jangan jadi manusia yang apabila berjanji dia mungkir..dan bila diberi amanah dia khianat..tolong alihkan perspektif janji melayu dari yang negatif kepada yang positif. Supa bila mendengar ungkapan janji melayu, manusia lain akan tunduk mengaguminya..wallahualam..



Thursday, 4 October 2012

Rumah beserta dengan tangganya

Salam jumaat yang penuh berkat...:) Tup tap tup tap...da seminggu berlalu....betapa masa berlari meninggalkan kita...tinggal kita yang terhencot-hencot mengejar masa...hamboi..tragis sungguh bunyinya..dah lama rasanya xupdate entri..minggu ni minggu yang agak pack bagi aku...macam2 kena diurus...heee :) 


Cerita ni adalah salah satu daripada langkah yang harus kita lalui apabila kita mahu merancang untuk membina sebiji rumah beserta tangganya..Minggu lepas aku pergi menghadirkan diri ke kursus pra perkahwinan Islam..Matlamat asal nak pergi ke sana secara jujurnya nak dapatkan segulung sijil yang diperlukan untuk upacara nikah...uhukk...

Tapi selepas pergi ke sana...setelah menghabiskan 2 hari hujung minggu, setelah naik kematu punggung duduk dengar ceramah, lepas kebas pipi akibat ketawa..setelah puas wajah bertukar warna akibat termalu...sebenarnya..apa yang diperoleh adalah lebih daripada tu. Pengetahuan itu sebenarnya jauh  lebih berharga dari sekeping sijil.. 

Bukan mendabik dada dengan alasan dah pergi kursus tu ilmu da penuh dalam dada.. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara. Tertanya dalam diri..samaada sudah bersedia untuk menempuh alam baru yang xsemua masanya menjanjikan keindahan dan kebahagiaan. Dalam hati mula tertanya dah bersedia ke aku menerima kekurangan dia dan yang paling aku risaukan adalah samaada dia bersedia menerima kecacatan dan kekurangan aku. Masa bercinta nak batuk pun cover...dah kahwin t buatnya aku batuk terkokol2...x ke terkejut beruang  dia bila dengar.. (contohnya lah kan)...xpun masa berjumpa..makan pun sikit2..antara masuk dengan x je makanan dalam perut, nak control ayu  punya pasal..dah kawen...dengan makanan2 suami pun dibalun..ahakss....So para suami diluar sana...jangan gundah kalau isteri anda semakin comel..itu tanda mereka makan dengan baik..Lagipun setiap suap makanan yang masuk dalam mulut isteri, kan kaum suami juga yang dapat pahala...;)

Aku tertarik dengan kata-kata seorang penceramah ni..Jangan hipokrit!!!..buat apa kita nak mempamerkan perbuatan yang menidakkan itu adalah diri kita. Untuk apa kita nak gambarkan diri, berpura-pura kita seindah bidadari sedangkan xsampai satu pertiga pun kita seperti yang dipura-purakan. Ingat...andai benar dia ikhlas menerima kita...segala keburukan dan kebaikan kita dia akan terima dengan lapang hati. Tak ada apa nak ditakutkan...Yang penting...andai kita mahu berubah sekalipun..biarlah perubahan yang ingin kita lakukan itu adalah perubahan yang ikhlas yang terbit dari kerelaan hati dan kolbu kita. Kita hanya manusia biasa...xkan ada yang sempurna melainkanNya.

Semoga dengan kehadiran dia yang telah ditakdirkan untuk kita...kita akan saling lengkap melengkapi sesama sendiri. Dan pagi diri aku sendiri pula aku rusmuskan rupa, keadaan fizikal, kekurangan yang ada pada kita walau tidak  sempurna di mata orang lain barangkali akan nampak indah di mata orang yang menerima kita sepenuh hati. Mengenai kekurangan tu..biarlah dia nampak sekarang..sekurang-kurangnya kalau dia xdapat terima dan pergi..kita dalam keadaan yang masih belum ada ikatan. Kita bukan janda/duda selepas ditinggalkan.. Bagaimana pula bila sudah memegang status suami dan isteri...dia tahu kekurangan dan kejelekan kita...dia xdapat terima..lantas kita ditinggalkan. Xrugi bercinta selepas kahwin kalu kita rasa perkenalan kita dengan dia singkat...xlama macam pasangan lain..Insyaallah..Allah sendiri akan tanam rasa kecintaan itu dalam diri pasangan..Sama2 kita renung-renungkan.

Sesungguhnya segala apa yang ditulis hanya merupakan pendapat penulis semata-mata. Segala kekurangan harap dimaafkan. Janggal sangat rasanya menulis bab2 macam ni..heee..Mula2 semangat nak cerita..api ni je yang mampu nak dikongsikan..:)

**Banyak kali dalam kursus tu den kena bahan. Paling xboleh bla..penceramah tu bertanya kat aku panggil mr fiancée dengan panggilan apa. Dan apa pulak perasaan aku bila en fiancee panggil aku dengan panggilan anje/ayang ke...aku terus ketawa dan tekup muka. Rasa nak larik balik je..(xmatang sungguh aku kan.huh!!).habis satu kelas gelakkan aku...hohoho. Dan gara2 aku kerap dibahan...mr fiancée pun turut terlibatlah.Famous kejap dia....dah lah dia pemalu..kesian sungguh...Sorry yer!!

Ini nukilan ikhlas dari aku...nak tampal jugak muka dalm entri kali ni..selalunya guna ehsan mr google je...

                                            
Thanks 4 Reading


Sunday, 30 September 2012

kerana penyesalan pun dah xberguna

Dalam tiap2 kebahagiaan itu pasti ada derita/kesakitan yang datang menjengah...Life is not easy right...Terkadang kita dikasihi kerana mengasihi..dan sering juga kita tersisih lantaran terlalu mengasihi..Boleh jadi jugak kita menangis kerana terlalu mencintai...tak dinafikan kita juga sering terlalu bahagia kerana mencintai...Dah dicintai...kita masih lagi ingin dicintai..lebih lagi lebih lagi dan lebih...alpa rasanya diri bila mengenang cinta kepada Allah tu adalah cinta kita yang mutlak.cebisan cinta yang ada ini adalah darinya untuk kita mengasihi sesama makhluknya yang lain.

Itu manusia yang fitrahnya tak pernah puas dengan apa yang ada..Sering menyakiti tanpa niat...Dah dikasihi..dah dicintai..kita menyakiti pulak....Dah tengok dia sakit kita sakitkan dia lagi...Dan bila kita tengok dia menderita atas perbuatan kita kita lepas tangan je tengok apa yang berlaku...kita xpeduli pasal luka yang dah kita toreh..

Esoknya kita datang pulak macam xada apa yang berlaku. Kita paksa dia senyum walau kita tahu hati dia luka..Kita ketawa depan dia seolah2 kita gembira sangat dengan kelukaan hati dia yang mungkin bertambah parah..Parah sebab apa? sebab dia tambah luka yang kita tak peduli lansung pasal kesakitan dia...

Dan esoknya kita berjanji pula yang kita akan cuba memenuhi permintaan dia..dia gembira....Dia tunggu semua permintaan dia ,kita laksanakan...Penuh harapan di hati dia tunggu kita..Tapi bila tiba masa yang dijanjikan..semuanya punah..hancur..kita lupa janji yang kita ucapkan pada dia. 

Dan lusa bila kita datang pada dia...dia hanya tersenyum menunggu....tapi dia xbergerak.hanya kaku dipembaringan..senyumannya bukan untuk kita tapi untuk semua...matanya  seakan tertutup rapat...lena betul dia tidur...Rupanya dia dah pergi tinggalkan kita...dia pergi menyahut cinta Penciptanya yang tak pernah berdusta...


THANKS 4 READING

Wednesday, 26 September 2012

Berhenti mempersoal..mulalah berfikir..

Assalamualaikum....

Mungkin dah jadi lumrah bagi sesetengah  manusia sekarang...tabiat suka membanding-bandingkan antara satu manusia dengan manusia yang lain. Kenapa dia begini..kenapa dia begitu..kenapa tidak begini..Kenapa dia dapat begini..kenapa dia dapat begitu..kenapa dia x dapat yang macam ni..kita boleh.kita mampu..kenap mereka tidak boleh seperti kita? kenapa..kenapa..kenapa...

Bagaimana agaknya manusia seperti di atas menganalisis orang sekelilingnya? Agak2 korang macam mana? Adakah hidup ini sudah cukup bahagia kalau dapat apa2 anugerah dalam pekerjaan...atau kita boleh dikategorikan sebagai kaya budi bahasa andai kita kaya dengan kemewahan dunia...Adakah pahala kita dah terlalu banyak kalau setakat kita bersedekah tapi menggembar-gemburkan pemberian sedekah kita pada khalayak dengan niat mendapat kepujian atas segala tindak tanduk kita....

Atau kita sedang cuba mempersoalkan ketentuan Allah...Kita sedia maklum...soal ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki...adalah rahsia Allah..Siapa kita ingin mempertikaikan segala...Mempertikaikan soal rezeki contohnya...~eh dashi.kau ni nama je ada ijazah..tapi memerap duduk rumah jugak...xreti2 ke nak cari kerja...kau memilih sangat ke?..Si noni anak pak seman hujung kampung tu belum grad dah dapat kerja..(adakah orang yang mempersoalkan rezeki (soal kerja) pada si dashi tadi turut serta dalam pencarian kerja si dashi itu tadi..) Apa pulak perasaan si dashi itu tadi yang bertungkus lumus berusaha mencari tapi belum ketemu?.Sudah pula begitu...dipersoalkan pula nasibnya tadi tak sebagus noni.Semangat boleh merundum hingga ke angka sifar!!..Rasa xberguna..rasa sia2 belajar tinggi2 tapi masih xdapat kerja yang sesuai..Percayalah situasi ini masih wujud...tambah2 pula bila si pencari kerja terpaksa mencari pekerjaan yang sesuai dengan kekangan2 yang dihadapinya..Jangan sesekali menjatuhkan hukum sebelum kita fahami situsi seseorang...Sejauh mana juga dia berusaha..tapi jika Dia belum mahu beri...itu bermakna dia mahu menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya...dan kita yang sudah terlebih dahulu mengecap nikmat kurniaannya..seharusnya bersyukur dan mendoakan agar sahabat kita segera beroleh rezeki dari NYA.Berusahalah kerana itu adalah pintu kepada kejayaan..Perjalanan hidup kita adakalnya xsemudah yang disangka....tak juga sesenang yang direncanakan...



Bila dah cukup umur...timbul pulak soal lain..JODOH...Usia dah lanjut...tapi masih sorang lagi. Kawan2 sebaya da ada anak berderet2..kau masih lagi ke sana sini seorang.Tu la memilih sangat..ada orang hendakkan kamu, jual mahal.Sekarang dah terlajak kamu juga yang susah...Memang rimas bila hal penjodohan ni terpaksa diperbincangkan..tambah kalut jika jadi topik perbualan dikalangan sanak saudara.. Pilih jodoh bukan macam pilih ikan dekat pasar..silap pilih merana seumur hidup. Sepanjang usia berendam air mata..Pilih lah jodoh itu dengan mata hati..bukan dengan mata nafsu...:)(ini sekadar perkongsian kata aku pada korang semua dari seorang guru) 


Berhentilah dari mempersoalkan....mulalah berfikir....Setiap kata2 yang kita luahkan pada mereka2 yang manjadi mangsa keadaan adakalanya mungkin menjadi racun yang membinasakan hati dan diri mereka..berhenti mempersoalkan...mulalah berfikir..kerana dalam fikir2 kita banyak jawapan yang akan hadir..Jangan sesekali melupai bahawasanya rahmat Allah itu mengatasi segala.Hari ini kita mengata...jangan sampai esok kita pula yang menjadi mangsa kata-kata..Wallahualam..

THANKS 4 READING

Monday, 24 September 2012

Buat Insan yang saya panggil SAHABAT

Assalamualaikum...


Menyayangi dan disayangi...Mesti semua orang pernah punya rasa ni...Xkisahlah sayang pada ibu bapa, adik beradik, sahabat, suami, kekasih...Bila kita dah saling sayang, kadang2 kita jadi terlalu rapat dengan orang yang kita sayang...sukar untuk kita ke lembaran baru kehidupan tanpa dia yang kita sayang. Kalau boleh..tiap saat dalam hidup kita, apa yang jadi pada diri kita nak kita kongsikan bersama dengannya.. 

Kita selalu anggap dia tempat meluah rasa, rahsia kita pun banyak yang dia tahu, kita xsegan silu curah segala macam masalah pada dia..Bila suka dia yang kita cari..niat hati nak kongsi bersama..bila sedih...telinga dia yang kita harapkan tuk dengar segala malang yang jadi pada kita....

Dia macam saudara sendiri....mana kita pergi dia juga yang kita kenang...tiada yang macam dia...tiada yang kita selesa bila bersama selain dia...Kita suka cara dia....kita suka macam mana dia berdepan dengan masalah..kita suka semua sekali pasal dia..Dia yang paling setia di sisi saat kita memerlukan...Kami meniti jambatan usia remaja bersama-sama..

Sampai satu masa..ada persimpangan yang menunggu kat depan...Kita dengan dia terpisah membawa panji masing-masing....bawa impian masing-masing....menjunjung amanah orang tua...untuk bawa balik kejayaan...Tapi sayang...jalan kita xsemudah jalan dia...Dalam kelelahan merentas kepayahan yang berlingkar..dalam hati sentiasa ingatkan dia...besar harapan kita agar silaturahim ni xkan pupus dimamah masa...Kita pergi kejap..nanti kita datang balik bajakan semua kemesraan dalam jalinan yang pernah kita ciptakan sama2...

Tapi bila kita datang balik pada persimpangan yang pernah memisahkan kita...kita lihat dia sedang megah bersama yang lain...Dia pandang kita seolah kita seorang yang tak pernah dikenali di masa lalu..Lantas hati bertanya...serapuh itukah silaturahim yang terjalin lantaran dimamah usia..Kita sangka ikatan ini akan berkekalan...kita serapat dulu...kita tak pernah awak lupa dia...Tapi melihatkan situasi ni..kita bukan siapa2 pada dia..Sekurang-kurangnya ingatilah kita dihari bahagia dia...ketika saat termanis dalam hidup dia.

Perpisahan ini xpernah buat kita lupa pada awak...tapi perpisahan ini buat awak buang kita terus dari fikiran awak..dan yang paling sakit awak buang kita dari hati awak...Kita terasa janggal bila lihat awak...awak xpandang kita macam dulu lagi...

Walau dimana pun awak sekarang..walau dah berkilo2 kebelakang awak lupakan kita..tapi dalam hati...kita xpernah lupa pada awak...sekalipun tidak...tiap detik yang kita lalu..bayangan awak pengubat rindu...selagi nyawa masih berangkai pada jasad...kita doakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat awak....saya redha saya xsebagus dia...saya bangga awak dapat dia yang baik..yang buat awak padam nama saya dalam hati awak sekelip mata...Dalam hati saya...jauh terperuk..saya terlalu sayangkan awak....

**di ketika kita keseorangan mengharap kehadiran seseorang....sunyi tu adalah peneman yang paling baik..dan dalam sunyi pula kita xakan berseorang kerana Dia sentiasa menyahut permintaan kita...Lantas aku akur, sayang sesama makhluknya tidak akan kekal selamanya melainkan sayang kepada NYa jua yang kekal abadi...


p/S~ Rajin update blog sekarang....suka baca komen yang banyak2..hehehe...Thanks korang sebab support blogger picisan seperti ini..ecehhhh...Rasa dihargai dalam dunia maya blogger yg luas lagi lebar ni...

THANKS 4 READING

Sunday, 23 September 2012

Lauk kG Kegemaran Den..

Assalamualaikum....

Hai korang..apa kabar semuanya...sihat x..harap2 semuanya sihat walafiat ok..untuk yg demam tu rerajin makan ubat okeyh..kasi cepat sembuh...:) (macam mengkarang karangan surat tak rasmi sekalah rendah la pulaks...huk3) 

Ari ni nak share pasal makanan yang jadi kegemaran dalam keluarga kitaorang....sangat best sampai xsedar da tambah nasi 4x...4x okeyh...sampai mengening perut nampak urat....**erk...ader ke itu macam..tapi kalau lauk ini ader..mmg gudbye la ayam, sotong, ketam udang segala....

Bahan utama yang kita gunakan untuk melengkapkan lauk ni kitaorang dapat masa air sungai pasang jer..hujan lebat pun boleh jugak sebab masa tu ramai kawan2 abah datang menjual kat rumah..(al maklumlah kami sekeluarga bukan kaki pancing..atau kaki jala..tunggu orang jual sajer)....

Kat tempat aku memang berhampiran dengan sungai..lombong pun ader..jadi kalau air naik atau hujan..memang banyak ikan mabuk naik...lumayan kan????....hehehe..Menurut mak...orang yang tinggal di kawasan yang berdekatan sungai memang suka lah makan ikan2 sungai ni..buat gulai..Kebetulan ari tu hujan..air naik..ikan mabuk, ader orang jual ikan sungai ni..jadi dapatlah mak masakkan kitaorang baung masak lemak cili api....Resepi asli dan enak dimakan bersama nasi panas...kecur air liur....Gulai ikan sungai ni haruslah masam dan pedas untuk mengatasi bau hanyir ikan sungai..lagipun kan memang org nogori suka makanan yang pedas2. TAk ramai yang suka makan ikan jenis ni..alasan..ada yang kata hanyir la..rasa tanah la..Tapi bagi kami..ikan ni memang lauk istimewa.

Meh aku share gambar gulai ikan baung mak aku....(aku da makan 2x da malam ni..abes la diet....hahahaha)..


 **************




****************


***************



***************


**************




*************



*********




*************


janggg...

Gulai ikan baung masak lemak cili api...kaler kuningnya menyengat kan..:)



Ni ulam petai..pak cik jiran bagi tadi..terima kasih daun keladi, esok2 bagi la lagi..hahahaha


THANKS 4 READING :)