Friday 12 October 2012

Dia Asiah si Ratu Syahadah...

Assalamualaikum...

Salam Jumaat..semoga kita semua dilimpahi rahmat olehNya di hari yang menjadi penghulu buat segala hari ini..:) 

Sempena hari jumaat ni...pendengaran ni terngiang2 dek alunan merdu lirik ratu syahadah.. Xbanyak yang aku tahu mengenai wanita unggul yang menjadi inspirasi dalam lagu tu..Yang aku tahu...wanita itu merupakan isteri kepada Firaun, wanita yang menyelamatkan Nabi Musa, wanita yang teguh rasa kecintaannya pada Allah...wanita yang Allah janjikan istana untuknya di dalam syurga....dia adalah ASIAH...

Lantas pada petang Jumaat yang terik ni..aku usahakan meng 'google'kan diri menyoroti satu demi satu lembaran kisahnya..Makin tinggi rasa kagum pada wanita istimewa ini..menitis air mata insan jahil ini bila membaca peristiwa2 sejarah yang diceritakan...Wanita yang taat pada kedua ibu bapanya..yang pandai memujuk suami dengan kata2 bijaksananya, ibu pengasih yang menyelamatkan NAbi Musa, hamba Allah yang begitu padu rasa taqwa dan kecintaannya hinggakan dia redha diseksa dan dibunuh suami demi membuktikan kecintaan nya pada Ya Rabb...Ya Allah...

"Wahai Firaunpendirianku tidak akan berubah walau apapun yang menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa samaada aku atau engkau adalah manusia biasa.Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah"

"Wahai firaun..lakukan apa sahaja yang engkau mampu tetapi tidak dengan sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah penyataan ku..Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah"

maka dengan segala derita yang ditanggungnya maka terlahir doa dari mulut Asiah..

"YA Tuhanku, bangunlah rumah untukku di sisi Engkau, lepaskanlah aku dari Firaun perbuatannya dan lepaskanlah aku dari kaum yang dianiaya"..

Surah Al Tahrim

Doa Asiah telah diperkenankan Allah, dan diperintahkan olehNya kepada malaikat

'Sesungguhnya hambaku telah memohon padaKu agar diperkenankan permohonannya. Maka perlihatkan kepadanya gambaran kerana suaminya yang di dunia akan Aku gantikan dengan suami yang lebih baik di syurga dan istananya di dunia akan Aku gantikan dengan istana yang lebih baik baginya di dalam syurga'

dan dengan itu telah diperlihatkan oleh malaikat kepada Asiah istananya di syurga dengan izin Allah hingga tersenyum Asiah...dan ketika beliau menghadapi kematian yang menamatkan penderitaanya, beliau menghadapinya dengan senyuman...ya dengan senyuman...betapa janjinya adalah benar buat hamba2nya yang bertaqwa dan beriman...betapa setia Asiah pada syahadah yang dilafazkannya...betapa hingga akhir hayatnya hanya nama Allah yang meluncur dari bibirnya...Betapa kerdilnya aku disisinya...terkenang olehku dugaan2 yang pernah aku alami yang terkadang selalu membuatkan aku hilang arah...apalah kiranya dugaan yang aku tempuhi berbanding dengan kesengsaraan Asiah yang diancam, diseksa dan dibunuh oleh suami sendiri. Dan betapa Allah begitu bermurah hati mengkabulkan permohonan hambanya..dan betapa semua janji Allah itu benar belaka..

Aku bukan seorang ustazah...orang yang pandai memberi motivasi..bukan jua ilmuan..apatah lagi ahli fikir. Tapi aku adalah insan yang begitu mengagumi ketaqwaan dan kecintaan Asia pada agamanya dan atas rasa kagum aku soroti lembaran kisahnya untuk santapan jiwa aku sendiri dan insyaallah untuk kawan2 blogger yang membaca.

Kecintaan kita..ketaqwaan kita padaNya pula? setinggi mana pula.Kita boleh bilang kita cinta sangat dengan kekasih..suami....Cinta setinggi langit...seluas lautan..sebanyak udara yang kita perlukan..Tapi..sebanyak mana pula Cinta kita pada Ya Rabb yang memberikan kita rasa untuk mencintai itu...Terjawab x kita???




Wallahualam...

Thanks 4 Reading

39 comments:

  1. Kalau kita di tempat Asiah mungkin kah iman kita seteguh dia.

    ReplyDelete
  2. sgt teguh imannya. ada baca pasal Asiah & banyak lg dalam buku bidadari syurga. best sgt. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida amsih mencari lagi kisahnya..lau ada buku salnya pasti nak beli..

      Delete
  3. semoga kita dikurniakan iman sekuat asiah. amin :)

    ReplyDelete
  4. sungguh mulia Asiah kan.. semoga kita menjadi seperti dirinya.. Menyintai Allah dari yang lain.. Terima kasih share kisah yang mulia ni... ^~^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mudahan ena..:) wajarlah kisah ni jadik santapan jiwa para wanita..;) aminnn...
      Most welcome..:)

      Delete
  5. cara untuk sentiasa mengingati dan mencintai Dia ialah berzikir setiap masa.. amalkan benda tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu boni ..
      aku sokong

      Delete
    2. Thanks boni tuk nasihat..:)..
      siap ader penyokong nih..;)

      Delete
  6. Aduh, sentap pulak bila baca... Sepatutnya cinta kepada Allah yg diletakkan teratas. Asiah memang memang antara wanita unggul yg menutamakan cintanya kepada Maha Pencipta... Bukan senang mencari wanita sehebat itu. *terasa malu pulak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida pun rasa kerdil sgt bila baca kisah dia...cb terfikir kalau diri ada kat situasi tu..bkn mudah kan..cinta pada Pencipta harus diaras yang paling tinggi..

      Delete
  7. Masih membina kecintaan kepada Allah. ...perkongsian yang baik. Moga Allah menilai dengan rahmatNYa setiap perkongsian ilmu yang baik ini. SYukran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn ya Rabb..:)
      trima kasih n semoga kita berjaya memiliki rasa cinta itu..:)

      Delete
  8. InsyaALLAH "Asiah" pasti ada pada mereka yang mencarinya..

    ReplyDelete
  9. saya cari makmum perempuan lagi ni ..hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan mmoga pencarian anda bakal ke garisan penamat..:)
      insyaallah..:)

      Delete
  10. alhamdulillah..kini hati masih teguh padaNya.
    btw, dah folow sini jugak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh3...haha..
      Nor Zilla disini :D

      Delete
    2. ALhamdulilah Zila..:)
      trima kasih sbb follow..:)

      mmg rasa sayu sgt iffah...sayu lau dgr lagu mengenainya nyayian inteam tu

      Delete
  11. thanks for sharing, masa kecik2 ne adalh kisah antara saya ingat sampai sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida dulu pun dengar kisah ni masa kecik2..tp da besar2 teringin nk emnyelusuri lembaran kisah wanita unggul ni :) thanks syg..:)

      Delete
  12. salam perkenalan dari akk.di
    http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. bagus n3 ni...tengs sharing...


    salam, tengs drop by my blog n following mine, saya follow sini terus yer...

    ReplyDelete
  14. Untuk kita menjadi Aisha memang mustahil tapi kita berusaha utk menjadi yg lebih baik dari sekarang adalah tidak mustahil..

    ReplyDelete
  15. semoga kita semua mampu berusaha menjadi sepertinya :)

    ReplyDelete