Wednesday 26 September 2012

Berhenti mempersoal..mulalah berfikir..

Assalamualaikum....

Mungkin dah jadi lumrah bagi sesetengah  manusia sekarang...tabiat suka membanding-bandingkan antara satu manusia dengan manusia yang lain. Kenapa dia begini..kenapa dia begitu..kenapa tidak begini..Kenapa dia dapat begini..kenapa dia dapat begitu..kenapa dia x dapat yang macam ni..kita boleh.kita mampu..kenap mereka tidak boleh seperti kita? kenapa..kenapa..kenapa...

Bagaimana agaknya manusia seperti di atas menganalisis orang sekelilingnya? Agak2 korang macam mana? Adakah hidup ini sudah cukup bahagia kalau dapat apa2 anugerah dalam pekerjaan...atau kita boleh dikategorikan sebagai kaya budi bahasa andai kita kaya dengan kemewahan dunia...Adakah pahala kita dah terlalu banyak kalau setakat kita bersedekah tapi menggembar-gemburkan pemberian sedekah kita pada khalayak dengan niat mendapat kepujian atas segala tindak tanduk kita....

Atau kita sedang cuba mempersoalkan ketentuan Allah...Kita sedia maklum...soal ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki...adalah rahsia Allah..Siapa kita ingin mempertikaikan segala...Mempertikaikan soal rezeki contohnya...~eh dashi.kau ni nama je ada ijazah..tapi memerap duduk rumah jugak...xreti2 ke nak cari kerja...kau memilih sangat ke?..Si noni anak pak seman hujung kampung tu belum grad dah dapat kerja..(adakah orang yang mempersoalkan rezeki (soal kerja) pada si dashi tadi turut serta dalam pencarian kerja si dashi itu tadi..) Apa pulak perasaan si dashi itu tadi yang bertungkus lumus berusaha mencari tapi belum ketemu?.Sudah pula begitu...dipersoalkan pula nasibnya tadi tak sebagus noni.Semangat boleh merundum hingga ke angka sifar!!..Rasa xberguna..rasa sia2 belajar tinggi2 tapi masih xdapat kerja yang sesuai..Percayalah situasi ini masih wujud...tambah2 pula bila si pencari kerja terpaksa mencari pekerjaan yang sesuai dengan kekangan2 yang dihadapinya..Jangan sesekali menjatuhkan hukum sebelum kita fahami situsi seseorang...Sejauh mana juga dia berusaha..tapi jika Dia belum mahu beri...itu bermakna dia mahu menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya...dan kita yang sudah terlebih dahulu mengecap nikmat kurniaannya..seharusnya bersyukur dan mendoakan agar sahabat kita segera beroleh rezeki dari NYA.Berusahalah kerana itu adalah pintu kepada kejayaan..Perjalanan hidup kita adakalnya xsemudah yang disangka....tak juga sesenang yang direncanakan...



Bila dah cukup umur...timbul pulak soal lain..JODOH...Usia dah lanjut...tapi masih sorang lagi. Kawan2 sebaya da ada anak berderet2..kau masih lagi ke sana sini seorang.Tu la memilih sangat..ada orang hendakkan kamu, jual mahal.Sekarang dah terlajak kamu juga yang susah...Memang rimas bila hal penjodohan ni terpaksa diperbincangkan..tambah kalut jika jadi topik perbualan dikalangan sanak saudara.. Pilih jodoh bukan macam pilih ikan dekat pasar..silap pilih merana seumur hidup. Sepanjang usia berendam air mata..Pilih lah jodoh itu dengan mata hati..bukan dengan mata nafsu...:)(ini sekadar perkongsian kata aku pada korang semua dari seorang guru) 


Berhentilah dari mempersoalkan....mulalah berfikir....Setiap kata2 yang kita luahkan pada mereka2 yang manjadi mangsa keadaan adakalanya mungkin menjadi racun yang membinasakan hati dan diri mereka..berhenti mempersoalkan...mulalah berfikir..kerana dalam fikir2 kita banyak jawapan yang akan hadir..Jangan sesekali melupai bahawasanya rahmat Allah itu mengatasi segala.Hari ini kita mengata...jangan sampai esok kita pula yang menjadi mangsa kata-kata..Wallahualam..

THANKS 4 READING

37 comments:

  1. org yg mempersoalkan kadang2 lupa yang segala ketentuan rezeki semua, ajal maut jodoh pertemuan tuhan dah tentukan. walaupun kita berusaha membuat perancangan terbaik tapi Allah penentu segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu cik nana. berat mata yg memandang..berat lagi yg menanggung...siapa yang xnak hidup sempurna...tiap kl semua org pun berusaha ke arah tu...tp kalau da ketetapan Nya begitu pasti ada hikmah kan..huhuhu

      Delete
  2. orang yang suka mempersoal ni biasanya orang2 yang sentiasa tak berpuas hati dengan orang lain dan juga dirinya sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia ada cite2 yang xtertunailah kot..kesian org yang jadi mangsa soal..xpat jawab terkulat2 jela :)

      Delete
  3. Setuju dgn entry ni ^^
    Pernah dgr dalam ceramah Ustaz Kazim dia kata org yg tidak disukai Allah antaranya org yg byk mempersoalkan mcm ni lah...
    kita ni xboleh defensive sgt kena belajar menerima nasihat org lain andaikata ianya benda yg betul kan? ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...asal kena pada tempat dan cara apa salahnya...pasti dibalas dgn baik ye x..huhuhu :)

      Delete
  4. suka entri ni
    sama la dengan pepatah melayu
    gajah kat tepi tak nampak
    tapi kuman di seberang nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks darl...ni contoh2 mereka2 yang ada masalah rabun dekat kan momoy..;)

      Delete
  5. betul tu...begitulah lumrah hidup..semua tu adalah putaran hidup yg pasti setiap org melaluinya termasuk saya..hanya kesabaran dpt mengatasi semua tu..;)
    dtgla melawat saya www.garapankenangan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully kita semua ada kesabaran yang cukup untk mengatasinya...insyaallah...ida mesti datang terjah blog awak nanti..:)

      Delete
  6. berhenti mempersoal dan mula berfikir. Mendalam maksudnya.

    ReplyDelete
  7. btul tu....xperlu kte persoalkn ketentuan Allah...msing2 ader khidupan msg2....dan stiap khdpn kite adlh bebeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. 101% setuju dengan kamu mira...siapa lah kita nak persoal ketentuanNYA...:)

      Delete
  8. org yg ckp tue memang senang
    cuba kena kat diri sendiri tgk mcm mana rasa
    rasa apa oren?????
    so stop asking Q yang x sesuwei gituew

    ReplyDelete
    Replies
    1. asking menda2 yang seswei je kan ayu..:)
      xpown cuba bg motivate ke, tlg sama cari jalan keluar tuk problem dorg ke..kann..;)

      Delete
  9. hana suka mempersoalkan. kalau hana mempersoalakan kat kawan2 mesti kawan2 hana susah nak bagi jawapan sebab soalan tu diluar jangkaan diorang.hehe

    lagipun hana mempersoalakan bukan nak jawapan pun, saja nak membolehkan otak bergerak untuk berfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya persoalan tu sbg penggalak je la.hehehe...
      tu tanda hana berpikiran luas lagi kreatif..;)

      Delete
  10. very meaningful , memang sesuai untuk CP yang tgh down nih , hehehe !

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cP...
      semoga esok semangat cp kembali pulih macam biasa..:)

      Delete
  11. Betul betl betul... manusia skrg asyik nak bandingkan orang itu ini.. setiap manusia takdir dia telah ditetapkan, jalan kehidupan seseorang itu lain caranya.. yg lebih sakit, bila orang skrg ni dah tak boleh nak lihat kebaikkan atas orang lain, asyik sangka buruk je kat orang lain.. bila nak maju kalau macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sweety ana...-ve thinnking tu la yang paling bahaya kan...bukan je dia halang ketenangan hati dia..tp turut ganggu gugat ketenangan org len..smpai bila2 pun kita susah nak maju :)

      Delete
  12. Inilah lumrah kehidupan...
    Kebaikan kita jarang orang persoalkan...
    Tetapi kalau keburukan dan kekurangan kita...
    Memang akan jadi buah mulut orang....
    Susah nak puaskan hati semua orang...
    So, paling bagus...pekakkan telinga jak la...
    Suka entry nie...Very meaningful...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks wilma...
      lagi sakit klu yg terdekat dengan kita turut terlibat..
      cadangan yang bek tu...harus pekakkan telinga..yg elok kita ambil jd teladan..yg xbaik kt campak je jauh2..;)

      Delete
  13. Lumrah kehidupan dhia, mempersoalkan dah dipersoal. Kebaikan yang kita buat tak selalu orang akan fahami dan hargai, tapi bila kita buat jahat sekali terus orang ingat sampai mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu fi.padat komen ni....nk bina nama baik sikit la punye ssh..nak musnahkan nya sekelip mata je..

      Delete
  14. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...saper la kt nak persoalkan apa lagi nak membandin2 kan...nk banding bole tp biarla menjadi motivate jgn smpai demotivate sudah...

    ReplyDelete
  15. yup sokong sgt . pyka penah hadapi situasi mcm kat atas tuh , semua benda dipersoalkan . errr -_-"

    ReplyDelete
  16. biasalah memang itulah dia lumrah kehidupan... ;)

    ReplyDelete
  17. jagn sesekali mengata @ memburukkan org... kerana ALLAH itu maha adil... takut terkena batang hidung sendiri...

    nice sharing

    ReplyDelete
  18. Betul , orang takkan nampak kebaikan yg kita buat..tapi orang akan nampak yg buruk je ;(

    ReplyDelete
  19. Soal mempersoal ni tak kan penah hbs. even dah mninggal pun org still prsoal lg

    ReplyDelete
  20. begitu la lumrah kehidupan.. mcm2 ragam org.. slalu mpertikai dari mnyelesaikan masalah..

    ReplyDelete
  21. terima kasih untuk peringatan macam ni.

    berhati-hati memilih bicara.

    ReplyDelete
  22. :) terlajak perahu blh diundur..terlajak kata...padah.kata-kata itu umpama racun yg berbisa kalau tidak letak ditempatnya,pasti bahana :)

    ReplyDelete
  23. errrmmmmm .. iyerlahkan agaknya memang selagi kt kat dunia ni.. memang itulah yg kt kene hadapi...

    ReplyDelete