Tuesday 4 September 2012

..mereka hanya si tua...hargai selagi ada..

Assalamualaikum wbt....


Dalam kecelaruan jiwa ni berhajat jugak nak menghentak kat blog nih...
Terhiris rasa kolbu melihat orang2 sekitar dimalukan dengan cara yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Wahai manusia...Apa perasaan kamu bila da malukan saudara sekampung, sebangsa, seagama dengan kamu sendiri?...Puas ke perasaan menyindir, memerli, menempelak atau yang seangkatan dengannya...Semata2 kerana BERBEZA IDEOLOGI POLITIK. Kenapa golongan tua dan ahli agama yang xbersalah harus dilibatkan dan dimalukan sedemikian rupa?..Kenyataan xsedar diri itu sangatlah xberasas ditambah pula dengan tambahan dialog2 berunsur  fitnah dan menjatuhkan air muka orang yang berkenaan.  HAnya kerana berlainan IDEOLOGI POLITIK, anak bangsa yang seagama dengan kita sanggup menjatuhkan air muka orang yang telah banyak berjasa pada penduduk kampung. Mereka yang tidak sedar diri itu adalah golongan emas yang dah bergelar atuk pernah berkhidmat sebagai tentera, guru, polis dan sebagainya. Atau apakah berhimpun untuk berbual-bual kosong itu salah?. Atau berhimpun itu memerlukan surat kebenaran rasmi?. Kepada si petualang kampung...kalau lah ideologi kamu dan golongan tua itu tadi tidak sealiran sekalipun..hormatilah mereka sebagai orang yang lebih tua dan lebih dulu merasa pahit getir perjuangan dalam hidup..Tanpa mereka siapalah kita..Tak perlulah rasanya kita memalukan mereka dengan cara paling keji, cara kononnya ingin mengambil gambar kenangan dan akhirnya gambar itu digunakan untuk tujuan kepentingan peribadi...Allah itu Maha Adil...satu kamu buka aib orang...di sana nanti entah berapa luas aib kamu dibuka oleh yang Maha Mengetahui...Aku hanya berpegang pada kata2 yang masih hingga kini melekap kuat di jiwa. Bila kita tutup aib orang lain....Di sana nanti Allah akan tutup aib kita dihadapan semua makhluknya...Si petualang..kenapa menyebar fitnah  dengan berselindung di sebalik gambar perempuan yang bertelanjang???? Atau kamu sebenarnya sememangnya si bacul yang membaling batu tapi kerna takut diketahui tangan kamu sembunyikan???

1 jari yang menuding manusia lain...maka 4 jari lain akan terarah pada di penuding..mempersoalkan perbuatannya itu.Wallahualam...

Sungguhpun kamu hendak naik ke atas...pastikan kenaikan kamu itu tidak membuatkan orang lain jatuh berguling-guling.

TQ 4 READING THIS

12 comments:

  1. Yang muda semuanya akan tua, dan kita sendiri tak mahu esok lusa di hari tua kita diperlayankan sebegitu.. Islam pun menyuruh kita menghormati orang tua kan? ^^

    ReplyDelete
  2. hargai la sebelum mereka pergi
    setiap akan merasai waktu tua

    ReplyDelete
  3. kita ni bukannya muda sepnjang hayat kita... tua akan menjemput kita dan kubur bakal menggamit kita ke sana.. masyaAllah, tak pyh la nk bangga dirilah.... MasyaAllah, tak tahulah apa nk jd dengan manusia sekarang... nak main keganasan je, dah hilang pertimbangan diri...

    ReplyDelete
  4. pada pendapat naz.. kita jgn terlalu ambil sgt2 kata-kata org ni.. yg betul kita jdikan iktibar dan yg slh kita jdikan pengajaran... manusia kdg2 senang alpa.. naz pun mcm tu.. bila terpesong je..cecepat sedar balik...

    ReplyDelete
  5. hormati orang tua.beringat-ingatlah yang kita nanti pun akan tua.

    ReplyDelete
  6. itulah busuknya politik. sebab tu saya tak suka politik..

    ReplyDelete
  7. Sebab politik saudara sesama Islam bergaduh. Hurmmm

    ReplyDelete
  8. satu masa nanti, orang2 macamtu mesti akan dapat balasannya. ;)

    ReplyDelete
  9. mybloggersociety berbesar hati memasukkan blog anda sebagai bloglist secara percuma secara seminggu ..

    Untuk meneruskan penyertaan blog anda didalam bloglist kami selama tempoh TIGA BULAN, anda perlu membuat review "mybloggersociety : Komuniti Blogger Malaysia" secara jujur ..

    hadiah menarik menanti siapa yang paling jujur ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mybloggersociety.blogspot.com

      Delete
  10. Kadang2 mmg ada gak bercanggah pendapat ngan my parents n my parents in law.. Tapi biasanya kita yg muda ni mengalah ja la ntuk sedapkan hati depa...

    ReplyDelete