Saturday 1 September 2012

...engkau pemangsa aku mangsa...

Assalamualaikum....

Petang sabtu yang teramat lah bosan..Sejak beberapa menjak ni aku jadi manusia yang amatlah perasa...perasa..perasa..perasa...Kenapa perasa? Entahlah..Mungkin jugak sebab fitrah kejadian seorang wanita...Entri kali ni hanya membawa pembaca menyelusuri kembara perasaan yang kian lara sejak akhir-akhir ini. 

kerana terlalu ingin menjaga hati dan air muka orang lain...
Aku biarkan sahaja hadiah untuk aku yang sepatutnya dibuka olehku dibuka sewenang2nya di depan mata aku sendiri. Hadiah milikku yang berbalut kemas dikoyak rakus di depan mata aku sendiri. Aku ulang..Di depan mata aku sendiri..Dan sebab nak menjaga hati seorang perakus itu..aku diamkan saja...sedangkan jauh dalam hati ni aku rasa sangat terkilan..aku malu pada si pemberi..seolah-olah aku xhargai..xjaga hadiah yang diberi untukku itu. Tapi kerana ingin sangat nak menjaga air muka si perakus itu...ya.aku diamkan saja...jauh dalam hati..aku tersangat malu pada pemberi dan untuk aku pula..aku terkilan..terkilan..

kerana ingin sangat diterima dan disayangi
Kata orang masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau mengaum..masuk kandang buaya..mengucap saja...Untuk apa peribahasa itu...ya..memang berguna bila kita nak melangkah ke arah satu persekitaran yang baru..penyesuaian diri tu sangat lah penting. Ala2 sesumpah lagaknya...Tapi mengapa bila penyesuaian itu sedang berlaku amatlah perit aku rasakan....Mengapa setiap tindak tandukku seakan tidak kena pada mata mereka. Ya aku memang seorang penganggur..tapi aku bukan pisau cukur..Alhamdulillah..masih cukup makan pakai hasil ehsan emak dan abah...xkan sebab sehelai sampul aku jadi kaya raya....tapi kerana nak sangat orang sayang..aku telankan jugak panah2 tajam dan bisa itu.



dan bila apa saja yang keluar dari mulut kita jadi pertikaian..mengundang pandangan sinis orang...mengundang amarah pada yang mendengar....
dan apa pula agaknya perasaan orang yang terpaksa menerima semua ni sebagai satu cara hidup..???satu kebiasaan? sedangkan seluruh jiwa aku menolak semua tu habis-habisan...terlalu sukar diri ini menerima bila setiap langkah yang diatur..setiap kata yang terucap hanya bagai seorang badut di pementasan. Apatah lagi bila orang yang melakukannya adalah orang yang selayaknya menghormati kita? Jika bukan sebagai saudara...pandanglah aku sebagai manusia..bukan anjing kurap yang boleh direnyuk, ditengking, dimarah..diperli sesuka hati....Jangan fikir kerana pangkat..pengaruh..apa yang kau lakukan akan tersembunyi di mata Allah...Belum tentu kejayaan dalam genggaman kalau amalan kau hanya mempertikaikan apa kata orang, melukakan hati orang yang kau patut hormati.memalukan orang yang patut kau hormat...Bersyukurlah..badut yang selalu jadi bahan lawak, perli, tengkingan kau ini patuh laksana anjing atas apa yang kau suruh...Aku manusia...ada hati ada rasa ada jiwa....aku memang banyak kekurangan,,,,jangan kerana kekurangan aku....kau malukan, kau lukakan aku...kau tahu apa??? Aku xredha...sama sekali aku tak redha atas apa yang kau buat ke atas aku...dan aku juga xmau peduli kalau kau tersungkur dimedan pertempuran kau....malah aku orang pertama yang akan sujud syukur melihat kekalahan kau...Walau siapa pun engkau....aku sudah xmahu peduli...dan diamku itu bukan bermaksud aku melupakan...

Sekian panjang lebar luahan aku....kisah pengembaraan luka aku. untuk hari ini..



TQ 4 READING THIS

13 comments:

  1. ish... ni dah kenapa pulak ni?? sabar tau awak... sabar banyak2. ni la namanya dugaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin..begini la yg dikatakan drama hidup, boni....lama hidup macam2 jumpa..

      Delete
  2. La tAhzan MY dear , banyakkan bersabar..
    tapi awk boleh tolak dgn baik ckp dkt kwn awk tuh , mmg kita kena jga hati owg tapi make sure hati kita pun dijaga.. ^^

    *http://youismysoul.blogspot.com/2012/08/spontaneous-thursday-kita-dan-bayang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia sgt petah berkata...pancung sana sini....mungkin dia contoh loyar berjaya..huhuhu...

      Delete
  3. Salam & apa khabar. Tahniah sebab blog anda
    terpilih sebagai pencalonan untuk
    "Anugerah Ekstravaganza 2012"
    http://awieomar.blogspot.com/2012/09/ae-2012-pencalonan-april-2012.html

    ReplyDelete
  4. Xpe lagi byk dugaan, lagi byk kita perlu bersabar means lagi byk pahala kan? ;D
    Allah tak akan uji hambaNya dgn sesuatu diluar kemampuan kita..
    Tentang si perakus tu, lainkai beritahu je elok2 eh jgn koyak mcmtu ak nak simpan kertas pembalut tu xD
    Sebab certain org tak tahu benda yg dia buat tu menyakitkan hati org lain..

    ReplyDelete
  5. hurmmm ena yg mmbacanya pun, ena turut injured sekali...tak mengapalah, ambil semua tu sekadar pengajaran untuk diri sendiri.. sabar ye sis...

    ReplyDelete
  6. http://peaceder.blogspot.com/2012/09/peaceder-ikan-serigala-bermata-tiga.html.. follow me yup

    ReplyDelete
  7. Dhia please be strong. Jangan ambil port sangat apa orang kata dan sometimes you have to stick to your decision stand up your own words.

    ReplyDelete
  8. cuba ada perenggan .. lagi senang berkongsi membaca .. haha ..

    ReplyDelete
  9. M harap Shida tabah la yek....macam2 dugaan dalam hidup kta ni..kalau kita susah, ramai lagi org yg lebih berat dugaan depa..

    ReplyDelete